Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Terima kasih Tuhan yang Maha Baik. Mohon keampunan dan rahmat Mu Ya Allah. Mohon maaf, mohon izin daripada Rasulullah saw, Syaidi Imamul Mahdi dan Putera Bani Tamim.
Oh Politik
Politik tanahair semakin meloyakan. Apa jua isu diulas demi kepentingan politik puak masing-masing. Yang malangnya Islam dijadikan alasan dan sasaran. Kedua-dua pihak yang beragama Islam, mendakwa membela Islam. Sekutu mereka yang bukan Islam sedang memerhati dengan penuh senyum sinis.
Jangkaan bahawa BN akan kecundang suatu yang tidak dapat disanggah lagi. PR berada dalam keadaan yang amat yakin dapat menumbangkan BN. Namun disebalik keyakinan PR, rakyat awam masih belum yakin sepenuhnya kepada PR. Hakikatnya kedua-dua pihak masih menegakkan sistem demokrasi Barat. Sistem jahiliah moden yang diciptakan oleh Yahudi untuk membunuh peluang kebangkitan Islam.
Bagi pejuang kebenaran, mereka melihat situasi politik tanahair kini merupakan satu khabar gembira dan cemas. Gembira kerana tanda-tanda akan berlakunya peristiwa yang sangat ditunggu-tunggu, iaitu saat di mana sistem jahiliah moden akan musnah seratus peratus dan akan digantikan dengan sistem dari Tuhan. Janji Tuhan pasti akan berlaku dan ianya semakin jelas dan terlalu hampir.
Cemas kerana takut kemenangan itu merupakan ujian yang akan menjauhi diri mereka dengan kekasih agungnya, Tuhan. Mereka takut dunia yang datang akan menjadi hijab dengan Tuhannya.
Buang Bayi
Setiap hari ada kes buang bayi. Kematian bayi yang tidak berdosa bukanlah satu kesedihan yang perlu digembar gemburkan. Bayi tersebut telah pun selamat dalam kasih sayang Tuhan. Apa yang lebih menyedihkan ialah nasib ibu dan bapa [samada yang sah/tidak sah] kepada anak tersebut, yang patut difikirkan apakah jalan keluarnya.
Dosa membuang bayi merupakan kesalahan yang berantaian. Dosa yang tercetus daripada dosa sebelumnya. Entah sudah berapa peringkat dosa yang dilakukan sebelum berlakunya dosa membuang bayi.
Sebelum membuang bayi, tentu ada dosa zina (bagi kes anak luar nikah). Sebelum berzina, tentu ada muqaddimah zina, biasanya pergaulan bebas lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Pertemuan lelaki dan wanita bukan mahram sehingga kepada perlakuan zina sebenarnya rentetan dari kesalahan berganda. Pendekkan cerita, bermula dari pendidikan dan kasih sayang yang diterima daripada ibubapanya.
Pada masa ini, masyarakat hanya memperkatakan masalah. Tiada jalan penyelesaian yang dirintis apa lagi diperjuangkan sungguh-sungguh. Kalau pun ada hanyyalah umpama tikus membaiki labu.
Pihak Global Ikhwan, jemaah Abuya sangat terbukti berjaya menangi isu remaja. Sekalipun terdapat segelintir remaja Global Ikhwan yang terlibat dengan gelaja maksiat dan berpeleseran, namun usaha menanganinya dari peringkat awal sehingga peringkat kes kronik dilakukan berterusan.
Pada waktu ini, Global Ikhwan sedang memberi kursus intensif kepada lebih 100 orang remaja yang majoritinya terlibat dengan rokok dan sebahagian kecilnya dadah. Usaha yang dilakukan sangat menampakkan kesan bila mana dalam tempuh tiga minggu, 20 peratus daripadanya sudah berjaya dipulihkan sepenuhnya.
Global Ikhwan
Global Ikhwan atau GISB adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Abuya. Bermula dengan Al Arqam, Rufaqa’ dan kini Global Ikhwan, Abuya berjaya membuktikan Islam itu sangat indah, selamat dan syumul dari semua aspek kehidupan secara praktikal.
Sehingga kini belum ada mana-mana jemaah yang boleh mencipta kejayaan di pelbagai bidang kehidupan yang dibangunkan atas nama Islam berbanding apa yang diperjuangkan oleh Abuya. Bukan sekadar itu, Abuya berjaya mencetuskan model masyarakat Islam di peringkat antarabangsa.
Di Mekah dan Madinah sudah wujud projek-projek yang membentuk bandar Islam praktikal. Kafeteria [mat’am], pasaraya [bakolah], ladang unta, resort, gelanggang kuda, ternakan ayam, arnab dan sebuah istana dinamakan istana Rasulullah sebagai pusat aktiviti telah pun dibangunkan. Kos operasi yang menelan berjuta RM setahun khususnya di Mekah dan Madinah itu sudah membuktikan kemampuan Global Ikhwan sebagai sebuah jemaah Islam yang bukan calang-calang.
Islam akan kembali gemilang di akhir zaman adalah keyakinan Global Ikhwan. Abuya memperjuangkan Islam bertolak daripada keyakinan. Hanya perjuangan yang mempunyai keyakinan kepada janji Allah dan bantuan dari Allah sahaja mampu mencipta kemenangan. Kemenangan yang akan Allah hadiahkan kepada mereka yang yakin, bukan pejuang semangat, berkepentingan apatah lagi pejuang terdesak!

0 comments:
Catat Ulasan