Dengan Nama Allah Tuhan Yang Maha Baik
Mohon ampun dan izin daripada Rasulullah, Syaidi dan Abuya.
Pada tahun 2002 saya mula berjinak-jinak dengan internet. Bila ada masa saya berpeluang menyertai forum-forum yang membahaskan pasal Abuya, Arqam, Rufaqa dan yang berkaitan. Masa tu la saya dah mula ‘berperang’ dengan puak-puak tu. Tetapi hampir semua musuh tu kita tak kenal. Semua guna nama samaran. Masa ini saya belum kenal Facebook lagi.
2 tahun lepas saya mula berFB. Sempat buat 2 grup yang sangat aktif waktu itu. MENGAJAK MANUSIA MENGAGUNGKAN ALLAH dan DISKUSI MINDA. Selama hampir 2 bulan boleh dikatakan setiap hari saya akan mengadap facebook setidak-tidaknya 2 jam sehari.
Masa tu suka sangat berhujah. Akibatnya ada yang sangat benci, tak kurang juga yang sangat suka. Tapi hampir 90% rakan di alam maya itu adalah kenalan maya semata-mata. Pada masa tu, hanya sekitar 10% saja rakan FB terdiri daripada kenalan lama atau rakan semasa.
Itu semua dah tinggal kenangan belaka. Sudah beberapa kali cuba kembali aktif, tapi belum berjaya. Suam-suam kuku jugak.
Sejak beberapa minggu lepas, saya meneroka semula alam maya secara drastik tetapi masih senyap. Kurang meninggalkan jejak. Singgah menjamu selera apa yang terhidang tanpa menyapa tuan rumah pun.
Beberapa bulan sebelum ini, telah sempat mengeluarkan nama-nama yang saya tidak berminat untuk berkawan dengannya sekalipun sekadar di alam maya. Ada macam-macam jenis dan dengan sebab-sebab yang tertentu pula. Maka akhirnya wall FB saya pun mulai sunyi dan sepi.
Apa yang pelik dan menarik, akhir-akhir ni permintaan untuk menjadi rakan agak luar biasa. Adakala sampai berpuluh permintaan dalam sehari.
Macam-macam jenis orang. Cuma terkesan bila terlalu ketara permintaan yang seakan-akan dari kelompok ‘sinun’. Mungkin orang yang sama tetapi membuka akaun baru untuk penyamaran. Fenomena satu individu punya banyak akaun FB dan satu akaun digunakan secara bersama. Nampak macam ramai, hakikatnya tak berapa kerat saja pun.
Ciri pengikut jemaah kebenaran, tidak ramai tetapi pengaruhnya besar. Sementara penentang kebenaran biasanya nampak macam sangat berpengaruh, sebenarnya mereka hanya di dukung oleh beberapa kerat sahaja. Orang ramai tak ambil tau pun.
0 comments:
Catat Ulasan