Dalam satu taklimat keselamatan baru-baru ini, Wahabi telah dikaitkan dengan keganasan. Sudah dijangkakan tentulah pihak terbabit melenting ditambah lagi oleh provokasi media. Pembela Wahabi dan Arab Saudi menyarankan agar diadakan dialog dengan pihak berkaitan.
Bagi mereka yang sangat faham dalam isu ini, 'ganas' memang sangat sinonim dengan pendekatan Wahabi. Ganas yang mereka anggap sebagai tidak ganas. Ganas yang diolah bertukar kononnya ada nilai intelektual. Pandangan, saranan dan fatwa golongan Wahabi sebenarnya sangat banyak yang 'ganas'.
Wahabi dengan mudahnya 'mengganas' dalam menghukum sesat terutamanya berkaitan persoalan bida'ah. Wahabi juga amat 'ganas' menyerang golongan kerohanian dengan tuduhan sesat. Bagi golongan Wahabi tegar, mereka sanggup mengkafirkan sebahagian besar ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk mengatakan Imam Abu Hassan Al Asya'ari dan para pengikutnya sebagai ahli neraka!
Ini adalah sebahagian bentuk keganasan Wahabi. Mungkin definasi keganasan yang dimaksudkan oleh pihak keselamatan jauh berbeza. Namun keganasan dalam bentuk begini pun sudah memadai menjadikan ramai umat Islam terkeliru bahkan membawa kepada perpecahan yang bukan sedikit.
Isu menarik juga minggu ini berkaitan serbuan ke atas sebuah gereja oleh pihak berkuasa agama. Umum faham bahawa agama Islam tidak akan terbela jika hanya berharap kepada pihak berkuasa agama. Pihak berkuasa agama hanya menjalankan tanggungjawab secara rasmi dalam bidang-bidang tertentu yang cukup terhad. Pihak berkuasa agama tidak akan mampu menyelesaikan semua masalah umat Islam kerana mereka terkongkong dengan peraturan dan disiplin jabatan.
Lebih menyulitkan keadaan lagi bila mana sebahagian petugas pihak berkuasa agama hanya bertugas kerana gaji semata-mata! Mereka tidak langsung menjiwai kerja-kerja kebajikan apatah lagi hendak membela nasib agama dan penganutnya. Mereka bertugas mengikut kadar mereka dibayar gaji. Itu pun sudah dikira yang terbaiklah!
Islam dan umat Islam selamanya tidak akan terbela jika terus berharap kepada pihak berkenaan. Islam dan umat Islam hanya akan terbela nasib mereka bila mana ada golongan yang benar-benar berjuang atas nama Allah dan untuk Allah. Mereka ini 'full time' dengan Allah. Mereka membangun sistem Tuhan dalam kehidupan. Mereka melaksanakan Islam sebagai cara hidup. Mereka inilah yang akan mampu membela dan memartabatkan Islam dan umat Islam. Cuma sudah menjadi kebiasaan, golongan inilah yang sangat dihasad oleh agamawan rasmi.
Bila isu umat Islam bergantung pada ehsan gereja timbul, semua pihak kecoh pulak pasal duit hasil kutipan zakat. Di zaman Rasulullah dan para sahabat, Islam mampu membela kebajikan penganut agama lain sekalipun umat Islam itu sendiri miskin. Mereka di zaman itu tidak mengharapkan pembelaan menggunakan wang dari Baitulmal, sekalipun wang Baitulmal semakin bertambah-tambah.
Umat Islam di zaman salafussoleh membela nasib sesama saudara mereka dan juga nasib orang lain atas dasar taqwa. Mereka berlumba-lumba membuat kebajikan. Syaidina Umar semasa menjadi Amirul Mukminin sanggup berhutang kerana menunaikan hajat saudara muslim. Inilah fenomena sifat taqwa yang menghiasi diri para sahabat dan salafussoleh.
Di akhir zaman ini, bukan sahaja wang zakat yang sudah menjadi fitnah, kebanyakan ibadah seperti haji, umrah dan solat jenazah pun juga sudah dijadikan bahan kormesil. Ibadah bukan lagi bertujuan membesar dan mengagungkan Tuhan tetapi untuk membesarkan wang! Wal'iyazubillahi minzalik!
0 comments:
Catat Ulasan