Sepanjang perjuangan, ujian datang silih berganti. Kawan dan lawan bertukar ganti. Ujian dalaman, maupun ujian yang datang dari pelbagai arah. Kiri kanan, depan dan belakang. Sejak Abuya melagang perjuangannya, sudah beberapa kali percubaan bekas anak murid atau mantan pengikut beliau sendiri cuba menggugat jemaahnya.
Setelah mereka gagal menguasainya dari dalam, mereka mencuba untuk menyainginya dari luar. Namun belum pernah ada kejayaan di pihak yang mana hati kecil mereka itu sangat tau, siapakah gerangan yang menjadi saingan mereka. Mereka sangat kenal Abuya.
Baru-baru ini sekelompok bekas pengikut Abuya memulakan usaha untuk menandingi jemaah Abuya. Kelompok ini mendakwa bahawa Ummu Jah telah mengambil alih kepemimpinan jemaah. Ia, mereka cuba meyakinan bahawa jemaah Abuya sedang dipimpin oleh seorang wanita yang sangat mereka 'geruni' semasa mereka masih bersama Abuya.
Ummu Jah sebagai seorang isteri yang sangat memahami cita-cita dan perjuangan Abuya, telah berjaya mengambil cita-cita dan perjuangan Abuya menjadi cita-cita dan perjuangannya juga.
Sejak beberapa lama sebelum pemergian Abuya, Ummu Jah telah pun diberi kepercayaan untuk mengendalikan program-program utama dalam jemaah. Malah pembangunan projek-projek bertaraf mega dalam perjuangan juga berjaya direalisasikan oleh Bonda Ummu Jah sehingga menjadikan perjuangan dan jemaah Abuya terus mendapat kepercayaan dan keyakinan masyarakat Islam dalam maupun luar negara.
Semenjak pemergian Abuya lebih setahun lalu, BUJ telah melangkah lebih jauh dengan berjaya membuka restoran bertaraf lima bintang di Jordan selain memperkemaskinikan lagi projek yang sedia ada di Mesir dan di Syria. Bukan sekadar itu, BUJ telah berjaya membuka laluan perjuangan ini untuk bertapak di Mekah dan Madinah dengan Power Kaabah.
Perjuangan kini berpusat dan berkampung di perkampungan Rasulullah saw yakni di Haromain. Ini semua diterajui oleh Bonda Ummu Jah atau Khadijah Aam yang merupakan isteri kedua Abuya.
Timbul persoalan apakah benar perjuangan Abuya telah diterajui oleh seorang wanita?
Jika benar perjuangan ini sudah kehilangan Abuya lalu jemaah Abuya ini bergantung semata-mata kepada kepimpinan seorang wanita, ini sangat luar biasa. Bayangkanlah seorang wanita mampu mengendalikan sebuah jemaah yang begitu besar, berpengaruh dan sangat digeruni oleh musuh-musuhnya, bukankah ini satu yang sangat luar biasa?
Abuya pernah berkata kepada seorang tokoh politik yang juga bekas pemimpin nombor satu sebuah gerakkan Islam di Malaysia, katanya "Pemimpin kebenaran setiap zaman mestilah didampingi oleh Rasulullah saw". Mana mungkin pemimpin perjuangan kebenaran mampu memperjuangkan kebenaran jika tidak dipimpin oleh Tuhan. Tuhan memimpin pemimpin kebenaran melalui RasulNya. Rasulullah saw merupakan wasilah kepada Tuhan!
Jika Abuya pun mengaku tidak mampu untuk memimpin sebuah jemaah dan perjuangannya yang sebegini besar jika tanpa didampingi oleh Rasulullah saw, maka apakah Bonda Ummu Jah lebih hebat daripada Abuya?
Bonda Ummu Jah tidak pernah sama sekali mengatakan perjuangan ini dipimpin oleh beliau melainkan beliau hanyalah sebagai wasilah kepada kepimpinan roh. Apakah yang dimaksudkan dengan kepimpinan roh? InsyaAllah kita akan bertemu lagi bagi tujuan mengulas isu berkenaan. Ampun maaf.

0 comments:
Catat Ulasan