Rabu, 24 Ogos 2011

Petikan Wawacara BUJ dalam Buletin Rakyat [Abuya Masih Hidup-4]


Kali ini siri Abuya Masih Hidup memetik sebahagian wawancara Bonda Ummu Jah yang disiarkan dalam Buletin Rakyat keluaran 15 Ogos 2011.

S : Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) boleh dikatakan agak berjaya dalam meluaskan empayar perniagaan sehingga menembusi Negara Timur Tengah. Kenapa GISB terus dibayangi oleh Ashaari Muhammad?

UMMU JAH : Semua ketua-ketua syarikat yang inginkan syarikatnya maju jaya dan membesar akan melakukan apa juga kaedah, motivasi dan strategi kea rah itu. Kadang-kadang mereka berbohong, menipu asalkan dengan cara itu barang-barang mereka akan laku. Yang haram jadi halal misalnya.
Bagi GISB, walaupun Abuya sudah tiada, tapi nama Abuya sangat bernilai kepada ahli-ahlinya. Iaitu sebagai pencetus yang membawa manusia kepad Allah. Mengingati perjuangannya orang akan teringatkan Allah. Abuya Ashaari sebenarnya pada kami adalah seorang yang telah ikatkan hati kami kepada Allah sebagai satu perangsang kepada kakitangan kami untuk mengembangkan syarikat GISB, tidakkah ia sebuah strategi dan motivasi yang bijak dan menguntungkan? Kenapa ya, ada orang yang tidak senang dengan itu semua? Walhal dalam masyarakat riba, tipu, fitnah, bohong yang teruk, itu pun dibenarkan atas nama bisnes.


S : Sebagai umat Islam kita wajib taksub kepada Allah Taala. Namun sesetengah pihak berpendapat bekas jemaah Al-Arqam dilihat seolah-olah begitu taksub dengan Ashaari. Apakah benar dakwaan ini?


UMMU JAH : Ada beberapa sebab kami, jemaah Ikhwan ini, dikatakan taksub dengan Ashaari. Ini adalah kerana Abuyalah yang berjasa memperkenalkan Allah yang Agong, maka jas-jasanya dikira cukup besar dan amat dibanggakan. Walhal tidaklah taksub itu mengatasi cinta kami kepada Allah SWT. Abuya juga membuatkan kami terhubung hati juga dengan  Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi AKhir Zaman yang sedang berperanan sebagai pesuruh Allah. Maka siapalah tidak hendak berterima kasih yang setinggi-tingginya kepada Abuya itu. Tapi tentulah tidak sama kesyukuran itu dibanding dengan apa yang kami lakukan untuk Nabi Muhammad kekasih junjungan. Ertinya taksub kepada Abuya itu ialah taksub kepada seorang yang telah taksubkan kami kepada Allah dan Rasul-Nya. Hasil bimbingan dan tunjuk ajar Abuya maka kami menjadi seorang yang suka bersembahyang, berjuang di jalan Allah dan melaksanakan cara hidup Islam yang sedang kami alami, adalah hasil didikan dan semuanya ini adalah bimbingan Abuya.  Sebelumnya kami asing dengan semua itu. Masakan dengan guru dan pemimpin yang negitu baiknya, kami tidak menghargainya. Tapi kami tidak pun melanggar syariat Allah dalam hal membalas budi baik seseorang manusia biasa yang begitu besar jasanya kepada kami. Macam taksub dengan ibu ayah saja dan tak lebih dari itu. Lagi pun Allah, Rasul pun memang suka orang yang berjasa dibesarkan jasanya. Seperti yang diamalkan oleh Negara dalam menghargai jasa pembesar-pembesar mereka. Atas tiga sebab ini, maka saya ulangkan lagi kenyataan di atas iaitu taksub kepada Abuya ialah taksubkan kepada seorang yang taksubkan kami kepada Allah dan Rasul. Sebenarnya dalam Islam ada nas iaitu menyebut nama orang soleh itu satu rahmat.


S : Jasa Abuya dalam meluaskan empayar perniagaan memang tidak dapat dinafikan sama sekali. Kenapa dalam meneruskan kesinambungan perniagaan GISB seolah-olah dilihat masih menggunakan nama Abuya atau tidak berusaha mewujudkan identity baru?


UMMU JAH : Jasa Abuya Ashaari terbesar bukannya dalam hal perniagaan. Tapi jasa itu ialah beliau telah ikatkan hati kami dengan Allah SWT.

InsyaAllah akan menyusul beberapa siri lagi untuk membuktikan Abuya Masih Hidup. Antaranya ialah ulasan berhubung nasib musuh-musuh lama perjuangan dan tak lupa juga yang baru mula nak berputik.

1 comments:

Tanpa Nama berkata...

Saalam. Bagaimana nanti jika pemuda bani tamim dan imam mahdi yang muncul itu wajah mereka langsung tiada mirip-mirip abuya asaari dan syeikh suhaimi. Adakah waktu tu komuniti global ikhwan khususnya ummu jah dan orang-orang kanannya akan menenetang imam mahdi dan pemuda bani tamim yang sebenar. Apa-apa sahaja boleh berlaku seperti mana pada pendapat ummu jah sendiri tidak mustahilnya Allah mengghaibkan abuya walaupun dia kelihatan dimatikan tapi sebenarnya tidak mati. Cuma ghaib sahaja. Jangan nanti global ikhwan jadi penentang imam mahdi pula sebab yang mereka sangka meleset. Fikir-fikirkanlah.