Sabtu, 6 Ogos 2011

Keruntuhan Sistem Politik Dan Ekonomi Dunia [Abuya Masih Hidup-2]

Bila dikatakan sistem politik dan ekonomi dunia sedang menuju kehancuran, pada umumnya ramai di kalangan kita yang sangat bersetuju. Beberapa buah negara sedang mengalami krisis politik dan kepimpinan di semua peringkat. Termasuk juga di tanah air kita tercinta.

Sistem ekonomi dunia juga sedang mengalami kekalutan yang amat mencemaskan masyarakat antarabangsa. Negara-negara kuasa ekonomi dunia semakin hilang idea untuk berhadapan dengan keadaan yang di luar jangkaan dan sekali gus di luar kemampuan mereka untuk mengatasinya.

Abuya Ashaari pernah mengambarkan situasi ini dalam banyak ucapan dan tulisan beliau. Buku beliau bertajuk "Barat Di Ambang Maut" adalah antara contohnya.

Sudah menjadi kebiasaan Abuya, beliau bukan sahaja meramalkan kehancuran sistem hidup ciptaan manusia yang menafikan sistem dari Tuhan, namun beliau  tampil berjuang bersungguh-sungguh membangunkan sistem hidup dari Tuhan.Bermula dalam diri, keluarga, jemaah, masyarakat, nasional dan seterus di peringkat antarabangsa. Sistem hidup berTuhan yang mencakupi semua aspek kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, kebudayaan, pertanian, penerbitan, multimedia, hiburan, keseniaan dan penyiaran terus dibangun dan diperjuangkan.

Abuya telah berjaya membangunkan model masyarakat Islam praktikal di beberapa bandar utama di Malaysia. Malah model masyarakat dan bandar Islam telah wujud di beberapa buah bandar di negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Jordan, Mesir dan Syria.

Melalui GISB Abuya telah berjaya bertapak di Mekah dan Madinah sejak setahun yang lalu dengan kos operasi dan overhead mencecah belasan juta Ringgit Malaysia. Terkini, GISB mula membuka restoran dan pusat kebudayaan di Perancis dan London.

Perjuangan untuk sampai ke peringkat ini sangat menagihkan pengorbanan yang sangat luar biasa daripada pejuang-pejuang yang mempunyai keyakinan yang juga sangat luar biasa. Sehingga kini walaupun musuh-musuh perjuangan tidak pernah rehat untuk menggagalkan misi perjuangan Abuya, tetapi semua halangan yang diciptakan dapat dilepasi dengan bantuan Tuhan.

Abuya sering mengingatkan pejuang-pejuangnya agar yakin dengan sebenar-benar yakin, bahawa ini adalah masa untuk Islam menang dan tak akan kalah lagi. Dalam masa jemaahnya digerakkan membangunkan sistem hidup berTuhan dalam segenap aspek kehidupan, tangan ghaib terus menggoncangkan dunia.

Sistem politik demokrasi, sistem ekonomi kapitalis dan apa jua sistem ciptaan otak manusia sedang dihayun-hayunkan untuk dihancurkan oleh 'power' orang-orang roh. Mereka sedang sangat berkerja demi sebuah kebangkitan total kebenaran dari Tuhan.

0 comments: