Selasa, 2009 November 24

Cinta Lelong

Sejak 20 hari kebelakangan ini, saya tengah mabuk dengan Facebook. Dapat juga kenalan dan ramai peminat yang kadang-kadang tidak semua dapat dilayan.

Laman jaringan sosial yang telah disertai lebih 3.5 juta rakyat Malaysia ini merupakan salah satu medan perhubungan cara baru. Rangkaian rakan dan kenalan baru boleh dibina dengan pesertanya terdiri daripada pelbagai latar belakang. Menariknya, kita boleh meningkatkan kemahiran bergaul yang agak luarbiasa bila mana kita boleh melayani pemikiran dan perasaan peserta-peserta yang terdiri daripada kelompok berlainan tetapi dilakukan serentak dalam satu masa.

Berikut saya turunkan satu contoh perbualan umum rakan-rakan dari jaringan berbeza dan latar belakang berbeza berhubung tajuk cinta. ( tiada suntingan kecuali terlalu sedikit)

Nurul Aini Hj Nordin
"Kalau kita boleh beli cinta berapa harganya?? ada sesapa yg nak jual cintanya x..?"
6 jam yang lalu · Komen ·SukaTidak suka

Khairul Rizal Osman
Saya orang miskin Aini. Tak ada duit nak beli cinta.

Alim Ghani
cinta itu mahal harganya kpd org yg sentiasa menghargainya

Nurul Aini Hj Nordin
hahaha..kena gadai tanah sawah camni..
**sy x suruh beli,sy tanya je..huhuhu

Ija Hashim
cinte da blh dibeli...tp ade juge setengah org kate boleh dibeli... so phm2 lah yea yg begitu macam mane kan...

Ija Hashim
* blh

Nawawi Dahalan
ada...skrg byk lelong...sesekali p la tgk org lelong cinta kat...nak tau? pon kena bayar jugak!

Jezlee Pit
Ada sesiapa nak beli? Klu ada market blh kd ejen & buat MLM

Lokman Don
Cinta tak boleh dijual beli, skrip cinta boleh jual buat drama cinta...tapi cinta adalah rahsia hati..luah pada yang dicintai

Nurul Aini Hj Nordin
lelong..lelong..lelong..!!!

Lokman Don
Jangan la tolong la...sabar la..hargai cinta jangan letakkan harga pada cinta...Nurul pls....

Nawawi Dahalan
lelong cinta...biasanya hujung2 tahun cam ni byk...tapi tahun ni org x beduit sangat kot...belum dgr lelongan besar2an...

Salina Osman
nape x g je kat bling bling mitc

Najib
Sbbiasa jual timbang kati je...

Abg Selamba
ada cuba runding dgn Datuk Arif, hihihi dia dah lama tenderkan cinta dia tinggal belum peringkat lelong jer lagi

Zainoori Bt Zainal Abidin
Cinta itu adalah penawar.... Cinta itu adalah racun... Jadi kalau bernilai dgn duit... xder siapa akan kecewa....

Nurul Aini Hj Nordin
AS - datuk arif tu budak sgt lah..

Nawawi Dahalan
kalu budak murah ckit la...x payah tgu lelong..kenkadang tender ngan lelong...lelong lagi mahal...tgk sarung tangan MJ..bape tu???Juta!

Noriyah Binti Cheklah
kalau ada, aku pun nak beli gak.... tapi kalau rasa tak sesuai, boleh pulangkan balik tak? ada gerenti ke? hehehe...

Nawawi Dahalan
mestilah...ada jaminan punya! tgk kategori...nak 10 tawun pon ada apa?

Abg Selamba
wawi, itu MJ ni Datuk Arif jauh Brand dia
Nurul, Budak lagi ker Dtk Arif tu, ingatkan dah hajidah tua

Noriyah Binti Cheklah
ada banyak pilihan ke? kat mana kedainye tu? akak nak jadi agent ler...part time.... hehehe

Nawawi Dahalan
mana tau, kot Datuk Arif leh naikkan nama 1 Malaysia, dah kira bagus tu!

Nawawi Dahalan
mau tau itu kedei...pon kena kasi dulu...ini brg dunia punya dalam, satu timpat juga ada...laen timpat tarak ooo...

Abdul Rahman Safian
lelong nurul ngan arif sekali... sekali jalan... senang... hahaha....

Nawawi Dahalan
waar itu mcm ka? itu mcm punya lelong...guar punya lesen sdh mati la...suruh laen org bikin itu lelong ma...

Akral Idris
Wow... nurul...!!!! belanja CINTA ye..!!!

KoaruKasuga Hayami
hmmmm....cinta tak dapat dijual beli, coz ianya lahir dari hati yang benar-benar ikhlas dan mengandungi seribu pengorbanan dan pengabdian diri...

Arfah Abdul Rahman
cinta pada yg satu banyak pedahnye

Nawawi Dahalan
cintakan bunga, bungakan layu, cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan Tuhan itulah cinta tertinggi, hakiki dan kekal abadi...sori semua...jmpa lagi..

Arfah Abdul Rahman
setuju.......................

Ridzuan Duan
despreate je bunyik..muakkak

Perbualan di atas nampak macam tidak ada fokusnya kecuali borak-borak. Sebenarnya maksud penulis yang merupakan salah seorang peserta berbual tentang cinta yang dilelong itu ialah bila mana media suka menguar-uarkan perkahwinan yang mahal-mahal dengan majlis yang gilang gemilang.

Jika itulah ukuran cinta lelaki dan wanita, ertinya percintaan itu telah dinilai dengan material. Sebab itu sekarang ramai gadis yang sanggup berkahwin dengan orang yang jauh lebih tua yang penting calon tersebut kaya, berharta atau berkuasa. Bahkan jika bermadu pun sanggup asalkan kaya dan berharta. Inilah fenomena cinta yang dimaksudkan dengan cinta lelong.

Renung-renungkanlah bersama sempena banyak majlis persandingan di musim cuti sekolah ini.

Khamis, 2009 November 19

Nilailah Perbualan Ini

Berikut adalah salin tampal perbualan saya dengan seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Saya rasa tidak perlu diperincikan dan tiada sebarang suntingan. Saya siarkan skrip asal dalam bahasa perbualan di ruang sembang laman sosial Facebook ini sekadarnya untuk penilaian anda pembaca semua.
Agak panjang sedikit kerana bentuk dailog.

Nawawi
a'kum tuan..ke encik?
1:49pmSaiful
yer
salam
1:50pmNawawi
amcm kes saham tu? komen ckit..
1:50pmSaiful
corrupt lar..
1:51pmNawawi
k'smpln teus..cite dia..
kan lama
nape la ni kuar
1:52pmSaiful
tak jadi isu bila keluar..
pokok nyer.. korup
1:53pmNawawi
tp x selesai masalah...
mcm bukak pekung sndiri
Saiful
pekung sapa?
1:54pmNawawi
sbb itu perangai lama..
msa dlm parti
sapa yg ajar
1:54pmSaiful
tak jadi isu sapa yang ajar..
azmin korup atau tidak?
Nawawi
semua x jd isu?
yg jd isu org?
sbb itu x sama..pndgn rakyat
rakyat cerdik anggap itu perangai org politik
org poitik x trm...
jd xde perubahan
slogan je..
1:57pmSaiful
rakyat pun korup jugak
korup mentality
and
1:57pmNawawi
buktinya...bila dah jd musuh baru bongkar
1:57pmSaiful
rakyat ingat dia cerdik sangat
Nawawi
majoriti rakyat mmg x cerdik
sbb itu undi org x cerdik
jd org plitik manipulasi kedunguan rakyat
itu realitinya
org politik crdik dlm memanipulasi keadaan saja...
2:00pmSaiful
mungkin sdr betul
2:00pmNawawi
x cerdik mana pon...
2:01pmNawawi
Allah berfirman, sedikit sekali hambaKu yg bersyukur...
golongan sikit tulah yg cerdik
kenal Tuhan..sbb tu bersyukur
golongan byk..tak bersyukur sbb x kenal Tuhan!
politik undi, demokrasi ni...kira memanipulasi org x cerdik la..
itu cerdiknya yahudi yg lagang sistem tu
2:05pmSaiful
ok..
2:16pmNawawi
mcm kata umno berubah..
isu camtu x leh jelas
dgn baik
2:16pmSaiful
kalau macam tu.. tak yah sokong umno lar..
2:17pmNawawi
sistem pilihanraya tu sndiri saya x sokong
ni bkn soal sokong
2:17pmSaiful
buat revolusi...
2:17pmNawawi
soal baiki
revolusi bkn cara Islam..lbh teruk
kecuali revolusi minda
jiwa
akal
roh
sikap
perangai
akhlak
itu mmg kena revolusi
kena didik betul2
sungguh2
sehingga berubah secara total
ini semua mesti ada ilmunya
kaedah
pendekatan
ini saya katakan
xde pada umno skrg
ikut tune org
tune musuh
2:20pmSaiful
umno sudha berubah
hanya mereka yang tahu akan tahu
2:20pmNawawi
berubah?
sbgai contoh
Islam dikatakan dibawa oleh pedagang arab
sebenarnya pendakwah yg berniaga
sbb tu boleh islamkn org
hanya dgn sikap
tp ada pedagang, ahli korporat kt islamkan org hny dgn berdagang?
korporat jual islam byk!
2:36pmNawawi
aha...mana dia yg dok cerdik sgt tadi
2:37pmSaiful
apa dia?
2:40pmNawawi
ok la...minta maaf bebanyak..kalo boleh offline pun ok gak...muzakarah
ni bkn ug
sbb saya x komit ngan parti mana2
sbb x setuju..tp amik berat
pasal agama n negara kita
Saiful
yer yer
saya sibuk nih
kalau tak saya suka juga berbual
2:46pmNawawi
ok trm ksh n mnt maaf ganggu lak

Rabu, 2009 November 18

Langkah Ke Belakang

Pengerusi Felda melontarkan cadangan agar Tun Mahathir dilantik sebagai menteri kanan. Bunyinya memang menarik. Mungkin satu penghargaan kepada Tun. Boleh juga dianggap sebagai membalas jasa dan juga memanfaatkan ketokohan Tun. Idea, kewibawaan dan kepimpinan Tun memang belum dapat ditandingi maupun sekadar menyamainya oleh mana-mana tokoh walaupun selepas Tun bersara Umno juga BN sudah dua kali bertukar pemimpin.

Walaupun terdapat kebaikan mungkin juga keperluan melantik Tun sebagai menteri kanan, namun langkah tersebut jelas menunjukkan Umno dan BN sudah ketandusan tokoh berwibawa. Bukan sahaja Umno dan BN sudah tiada tokoh yang dapat menyamai lebih lagi menyaingi kepimpinan Tun di pihak pembangkang pun sebenarnya, belum ada tokoh yang benar-benar berkaliber untuk mampu menyelesaikan kekusutan politik, pentadbiran, ekonomi dan juga kebanyakan masalah semasa yang dihadapi oleh negara.

Ketua Pembangkang yang juga Penasihat PKR masih belum cukup ampuh daya kepimpinan beliau. Populariti DSAI lebih menonjol kepada kemampuannya dalam usaha mempengaruhi rakyat dengan ucapan dan tindakan provokasi yang telah menjadi 'trade mark' beliau. Dari sudut kepimpinan, Datuk Seri Anwar Ibrahim belum begitu menonjol kerana sejarah kelemahan yang ketara dalam Institut Sofa, ABIM dan juga Umno belum dapat diatasi dengan reputasi sebagai Penasihat PKR di mana PKR pun masih belum stabil.

Jika hasrat melantik Tun menjadi menteri kanan dilaksanakan kemungkinan rakyat semakin hilang keyakinan kepada Umno dan BN adalah tinggi. Rakyat merasakan bahawa Umno dan BN telah mengambil langkah kebelakang. Sekali pun majoriti rakyat percaya Tun mungkin boleh menyumbang sesuatu kepada kestabilan politik dan ekonomi terutamanya, tetapi selama mana kita perlu bersandar kepada Tun?

Umno dan BN nampaknya semakin hari semakin lemah sedang dalam keadaan begini mereka kembali mengharapkan keajaiban daripada seorang tokoh yang juga semakin 'lemah'. 

Mungkin slogan Umno kena ditukar kepada dulu, kini dan semula...

Isnin, 2009 November 16

Kesusahan Orang Senang

Semua orang mahu hidup senang. Kalau pun tidak semua orang tetapi majoriti manusia mahu hidup senang. Kesusahan hidup telah dianggap sebagai musuh utama sehingga ada pihak yang isytihar perang terhadap kemiskinan. Begitulah takutnya manusia dengan kesusahan.

Sangkaan umum bahawa orang yang hidup senang tidak mengalami sebarang kesusahan adalah tidak tepat dan satu tanggapan yang silap.

Orang yang hidup senang juga mengalami berbagai kesusahan. Cuma bentuk kesusahannya sahaja yang berbeza. Tapi dari segi perasaan susah, tetap sama malah kadang-kadang perasaan mereka jauh lebih susah berbanding dengan orang yang hidupnya benar-benar susah.

Sepatutnya untuk menceritakan kesusahan orang senang, lebih terasa kalau orang yang senang itu bercakap sendiri. Orang lebih percaya daripada kita yang belum dan tidak pernah hidup senang. Tetapi dalam pengamatan, pengalaman dan penilaian kita terhadap realiti kehidupan orang senang, kita juga boleh dan dapat mengesan serta merasai kesusahan orang senang.

Sebagai contoh, kenapa berlaku perceraian di kalangan suami isteri yang terdiri daripada orang kaya, terkenal dan berkuasa?

Jika dilihat dari sudut harta, wang, kemewahan, glamour dan segala-galanya serba ada tentulah hidup mereka aman, damai, tenang dan bahagia. Tetapi kenapa berlaku juga sehingga bercerai berai?

Antara kesusahan orang senang ialah bagaimana untuk menjaga dan mengekalkan kesenangan mereka. Kadang kala menjaga dan mengekalkan kesenangan itu lebih sulit dan rumit berbanding untuk mendapatkannya.

Pendek katanya seperti pepatah orang tua-tua, besar periuk, besar juga keraknya. Jadi kalau besar kekayaannya, besar juga keperluannya.

Janganlah anggap orang ada sejuta cukup untuk hidup berehat-rehat sepuluh dua puluh tahun tanpa kerja. Bila dah ada sejuta, hidup tentu berubah untuk sesuaikan dengan gaya jutawan. Teringat kita cerita P.Ramlee, Ali Baba dengan 40 penyamun.

Kesusahan yang dihadapi orang senang juga seperti kurang masa dan kesempatan untuk bergaul dengan orang ramai, anak-anak terabai kasih sayang, rumahtangga bersengketa, tidak mesra jiran tetangga, kurang rapat dengan saudara mara dan sebagainya.

Kehidupan begini hakikatnya mengundang rasa benci dan iri hati manusia. Akibatnya mereka juga rasa tidak bahagia dan menderita kerana kurangnya perasaan kasih sayang yang sangat diperlukan oleh setiap jiwa manusia.

Kesimpulannya, kesusahan orang senang yang paling ketara ialah sukarnya untuk mereka mendapatkan kasih sayang manusia kecuali jika mereka mampu merendah diri, mengagihkan nikmat dan juga memberikan kasih sayang kepada orang lain terutamanya kepada golongan yang kurang bernaib baik.

Khamis, 2009 November 12

Episod Gelora Politik

Selepas berlakunya tsunami politik pada Mac 2008, politik tanahair terus bergelora tanpa ada tanda bila akan berakhir.

Seperti tsunami yang melanda Aceh terutamanya, ribuan malah mungkin puluhan ribu gempa susulan pula berlaku di seluruh dunia pada skala kecil mau pun skala besar.

Kita sudah menyaksikan gelora dalam UMNO sehingga membawa kepada penggantian kapten parti. Gelora MCA bertambah bercelaru dan semakin kusut. Gelodak dalam parti PPP belum pun selesai sebenarnya walaupun beritanya sudah tertimbus oleh isu yang lebih sensasi. MIC pula memang meluat dengan sikap presidennya. Gerakan juga tidak mampu mengelak daripada kepincangan dalaman. Komponen BN dari Sabah dan Sarawak juga dipercayai sedang diancam berbagai perbalahan dalaman yang akan meletus bila-bila masa terutamanya hampir pemilihan parti juga sekiranya ada pilihanraya kecil atau pilihanraya negeri. BN yang menjangkau usia 60 tahun semakin ketara keuzuran, tenat dan boleh dikatakan sebagai sedang nazak.

Harapan yang dibawa oleh PR pula dilihat hanya tinggal harapan apabila satu persatu masalah dalaman parti gabungan tidak rasmi PKR, PAS dan DAP menjadi bahan perbincangan dan penilaian umum.

PKR yang menghadapi masalah pertembungan dan kecelaruan nilai, budaya, fahaman dan kepentingan anggota teutamanya kepimpinan menyebabkan banyak berlaku perbalahan dalaman.

PAS pula sebuah parti yang berulang kali berada dalam situasi tersepit, terhimpit dan dalam persimpangan setiap kali mengadakan kerjasama dengan parti lain berhadapan dengan krisis keyakinan ahli terhadap barisan kepemimpinan parti. Pertembungan aliran fahaman tua dengan pendekatan kaum muda semakin menjadi-jadi. Senario ditelan mati emak diluah mati bapak dalam meraih sokongan majoriti umat Islam berbanding minoriti bukan Islam tidak menemukan formula atau jalan keluar yang meyakinkan.

DAP yang lebih konsisten dan komited terhadap gagasan dan wawasan mereka dilihat lebih berjaya menyembunyikan masalah dalaman mereka walaupun tidak dapat dinafikan berlaku macam-macam 'perkara'.

Gabungan PR yang berlaku di atas matlamat bersama menjatuhkan BN dengan masing-masing parti mempertahankan prinsip dan dasar yang bertentangan satu sama lain nampaknya semakin rapuh dan pincang. Benarlah harapan tinggal harapan atau lebih tepat harapan berterbangan bersama angan-angan!

Persoalannya, ke manakah arah tuju politik tanahair?

Rakyat terus dipertontonkan dengan adegan-adegan panas, karut dan tahyul dalam episod gelora politik yang terlalu panjang. Rakyat sudah bosan, kecewa, hilang kepercayaan, marah, benci, tidak peduli dan akhirnya lebih banyak fikir diri sendiri. Nafsi-nafsi. Bila umat Islam terutamanya hidup nafsi-nafsi maka waktu itulah saat kehancuran umat sekalipun kedudukan musuh pada waktu itu juga terlalu lemah.

Harapan sebenar umat hanyalah kepada Tuhan. Tuhan telah menjanjikan akan adanya penyelamat di akhirzaman yang akan menyatukan semula umat Islam seterusnya menaungi dunia dari penzaliman dan penindasan. Imamul Mahdi adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu segenap lapisan. Tetapi sebelum Imamul Mahdi muncul, Putra Bani Tamim terlebih dahulu diangkat sebagai pemimpin yang akan membuka laluan.

Kita yakin episod gelora politik yang sedang ditayangkan adalah merupakan antara intisari skrip Tuhan untuk akhir zaman. Semakin hampir gelaran ikhwan menjadi milik mereka yang berjuang dalam jemaah kebenaran. Kemenangan yang dijanjikan Tuhan sememangnya perlu menempuh berbagai ujian terutamanya ujian keyakinan. Ayuh! Bangunlah wahai pejuang kebenaran yang yakin dengan janji Tuhan untuk hidup mati bersama 'Orang Tuhan'!

Selasa, 2009 November 10

Kuasa Minda vs Kuasa Politik

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penahanan Dr. Asri mantan mufti Perlis. Kecoh, riuh rendah dan gempar seketika dunia ilmuan, ulama, pentadbir atau pihak berkuasa agama dan gerakan-gerakan Islam samada yang berbentuk NGO maupun parti politik. Tokoh pembangkang dan kerajaan saling membuat ulasan dan tanggapan. Keliru sebentar masyarakat khusus umat Islam di Malaysia.

Dr Asri dalam reaksi balasnya meminta pihak berkuasa agama atau orang yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam jangan menyekat atau menghalang sesuatu fahaman atau pemikiran melalui kuasa. Beliau juga mendakwa sistem pentauliahan yang diamalkan oleh pihak berkuasa agama sebagai sistem yang ketinggalan, karut malah tiada dalam Islam. Begitulah telatah mantan mufti Perlis yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahabi itu dalam usahanya mempertahankan diri.

Yang hairannya pada masa yang sama beliau beria-ia mempertahankan sijil-sijil sebagai bukti kelayakan atau pencapaian beliau yang didakwa oleh setengah pihak sebagai palsu. Apakah sistem sijil yang dibanggakannya itu ada dalam Islam? Apa bezanya sistem sijil dengan tauliah pejabat agama?

Ada pula pihak yang mendakwa jangan cepat menolak atau bertindak jika hanya berbeza pendapat. Perbezaan pendapat memang sering terjadi dalam apa jua perkara. Dalam Islam perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam perkara furu' atau cabang memang dibenarkan bahkan membawa rahmat. Tetapi perbezaan dalam perkara pokok terutama aqidah sememangnya tiada kompromi.

Seingat kita, mereka yang berfahaman Wahabi sangat menolak perbezaan pendapat. Pendukung fahaman Wahabi sering membangkit persoalan kilafiah menjadi asas perbincang sehingga dianggap perkara tersebut sebagai persoalan pokok. Perbincangan yang sering kali mengundang polemik seperti persoalan talkin, tahlil, maulid, bacaan qunut, tawasul, istighasah dan sebagainya selalu sahaja diperbahaskan sehingga membawa kepada tuduhan-tuduhan melampau.

Kenapa dalam perkara seumpama itu puak-puak Wahabi ini tidak boleh berlapang dada atau bertolak ansur dengan perbezaan pandangan atau perselisihan pendapat. Sedangkan persoalan tersebut kebanyakannya sudah pun diperbahaskan oleh ulama muktabar secara terperinci dan dengan penuh kasih sayang.

Kes Dr Asri ini mengimbau kembali kita kepada kes Al Arqam. Al Arqam sehingga kepada pengharamannya tidak langsung dapat dibuktikan terlibat dalam melakukan sebarang bentuk kesalahan jenayah. Samada jenayah sivil maupun jenayah agama. Kes Al Arqam adalah kes perbezaan pendapat dan fahaman. Pihak berkuasa agama tertutamanya Pusat Islam kemudiannya Jakim berbeza pendapat dalam beberapa isu seperti tawasul, istighasah, Imam Mahdi, tariqat, mimpi bertemu Rasulullah, yaqazah dan seumpamanya.

Dalam isu Al Arqam, pihak berkuasa agama ternyata tidak mampu berhadapan dengan kekuatan Al Arqam khususunya Ustaz Ashaari (sekarang lebih dikenali sebagai Abuya) dalam menyebarkan pandangan mereka. Jentera dan sistem penyampaian Abuya dan Al Arqam cukup terancang, tersusun, komited dan menyeluruh.

Justeru dalam kes ini jelas pihak berkuasa agama tidak mampu berhadapan kuasa minda Abuya dan Al Arqam. Lalu akhirnya mereka menggunakan kuasa politik untuk menghalang, menyekat dan cuba membunuh kuasa minda Abuya dan Al Arqam. Ternyata hanya jenama Al Arqam yang dapat dimusnahkan. Roh Al Arqam masih segar dan subur dalam minda umat kini.

Apakah kekecohan yang tercetus antara golongan ulama, cendikiawan Islam, pihak berkuasa agama dan mantan mufti ini merupakan salah satu kifarah akibat mubahalah di atas penindasan dan kezaliman mereka? Wallahu'alam.

Mungkin tidak lama lagi Tuhan akan lakukan peristiwa yang lebih menggemparkan umat Islam terutamanya golongan agama!