Kemelut politik tanahair nampaknya berterusan, semakin rumit dan kompleks. Rakyat biasa semakin meluat dan hilang keyakinan kepada parti memerintah atau parti pembangkang samada di pusat mau pun di negeri-negeri.
Sebahagian penyokong parti-parti yang semakin banyak di arena politik pilihanraya di negara ini sudah bertambah tawar hati dengan pemimpin-pemimpin mereka. Membosan dan membingungkan dengan gelagat atau politiking yang semakin mengarut dan melalut dari semasa ke semasa.
Pegeseran dan perselisihan antara pemimpin dalam parti-parti politik sudah tidak dapat disembunyikan lagi dari pengetahuan umum. Mereka yang bercakaran sesama sendiri kerana pengaruh, kuasa dan kepentingan tersembunyi tidak dapat menahan perasaan yang terpendam lalu memuntahkan kepada khalayak. Selama ini mereka mendabik dada mampu menyelesaikan masalah jika diberikan kuasa dilihat semakin menambah masalah sementara masalah yang sedia ada pula gagal dan tidak mampu untuk dirawat.
Pemimpin-pemimpin politik sejak dulu hingga sekarang dilihat lebih banyak menimbulkan masalah samada berbentuk peribadi atau pun menyentuh kepentingan umum. Ini membuktikan sistem politik sedia ada tidak berjaya melahirkan pemimpin yang berkualiti. Jika ada pun pemimpin politik yang baik dan berprinsip itu bukan dicipta atau dilahirkan oleh sistem politik sedia ada. Ini adalah kerana latar belakang pendidikan, asuhan, bimbingan, keluarga, ilmu, pegangan dan keyakinan peribadi pemimpin tersebut yang dibentuk di luar sistem politik tetapi mereka kemudiannya menceburi bidang politik.
Maka apa yang kita dapat faham bahawa sistem politik Barat yang terbukti jauh terpesong daripada kebenaran ini, sebenarnya gagal melahirkan pemimpin yang berkualiti sebaliknya sudah menjadi kebiasaan pula kita lihat sistem politik inilah yang merosakkan peribadi pemimpin walau pun sebelumnya itu dia adalah seorang yang berkualiti.
Sebab itu sebelum terlambat kepada mana-mana ahli politik, penyokong parti politik atau penganut fahaman politik yang masih ada ruang hati terbuka agar meninggalkan kepercayaan dan kebergantungan kepada sistem yang semakin menuju kehancuran dan kepupusan ini.
Sebenarnya masalah politik yang sedia ada dan semakin mencengkam hidup masyarakat bukanlah kerana kesalahan pemimpin politik semata-mata tetapi yang paling jelas adalah kesilapan dan kerosakan akibat daripada sistem yang direka dan dicipta oleh akal manusia terutamanya akal manusia yang telah menolak kewujudan dan sistem daripadaTuhan.
Jadi jika kerosakan ini ingin diperbaiki sekadar dengan menukar pemimpin tetapi pemimpin yang baru itu masih dilahirkan daripada sistem politik sedia ada maka sudah tentu tidak membawa apa-apa kejayaan dan kemungkinan besar akan bertambah buruk berdasarkan seperti apa yang sedang kita saksikan sekarang.
Setiap perubahan mesti ada pemimpin. Pemimpin adalah faktor penentu kepada perubahan untuk kejayaan dan kebaikan. Oleh kerana pentingnya pemimpin untuk memimpin satu perubahan menyeluruh maka pemimpin tersebut mestilah yang benar-benar berkualti, berwibawa, mempunyai kekuatan minda, ilmu, strategi, pendukung, sistem dan akhirnya 'power' yang luar biasa. Hanya pemimpin yang lahir daripada sistem Tuhan mampu melakukan perubahan yang sangat diharap-harapkan oleh semua manusia pada ketika ini termasuk pemimpin-pemimpin yang sedang bergelut dengan 'dosa-dosa' mereka.
Tunggulah masanya semua sistem dan pemimpin-pemimpin yang berada dalam sistem karut ini jatuh berguguran bersama-sama. Mereka pasti akan jatuh setandan, hempap menghempap antara satu sama lain tidak lama lagi.
Selasa, 2009 September 29
Isnin, 2009 September 28
Kegembiraan Hari Raya Dan Kematian Di Jalanraya
Semalam iaitu hari Ahad merupakan hari terakhir Op-Sikap 10. Jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya jauh melebihi jumlah yang dicatatkan dalam Op-Sikap 9. Sepanjang menyambut hari raya kita bukan sahaja disajikan dengan pelbagai juadah seperti makanan, hiburan, suasana kegembiraan, pembaziran, kemewahan bahkan kita juga dipaparkan dengan berita kematian pada setiap hari akibat kemalangan terutamanya yang melibatkan pengguna jalanraya.
Kegembiraan yang sepatutnya dirasai telah direntap oleh berita kemalangan atau kematian bagi mereka yang terbabit. Inilah fenomena setiap kali musim perayaan. Kegembiraan yang diharap-harapkan sebaliknya kesedihan yang menjelma.
Hari raya sebenarnya bukanlah hari bergembira sakan. Bergembira sehingga lupa Tuhan, lupa syariat Tuhan, lupa akhlak dan hilang kasih sayang adalah budaya songsang yang diamalkan setiap kali menyambut hari lebaran. Hari raya terutamanya hari raya puasa adalah hari mengucapkan kesyukuran dan mengagih-agihkan nikmat pemberian Tuhan.
Hari di mana kita patut rasa bersyukur kerana diberi kesempatan menempuh bulan keampunan, keberkatan dan kerahmatan sepanjang Ramadhan. Bersykur kerana pada masa yang sama ada di kalangan saudara mara, sahabat taulan dan kenalan sudah kembali ke rahmatullah yakni pulang ke kampung asal di Akhirat tidak berkesempatan menyambut Ramdahan.
Pada masa yang sama sepatutnya menyambut hari raya juga perlu ada rasa malu, insaf dan menyesal. Malu kerana ibadah sepanjang Ramadhan tidak seberapa. Kalau pun dibuat mungkin lebih sedikit daripada bulan biasa tetapi hanya ibadah rangka belum ada rohnya lagi. Ertinya ibadah bangkai tidak bernyawa. Walau pun cantik tapi tiada makna apa-apa. Macam ratu cantik bertaraf dunia yang telah tidak bernyawa, hanya layak dikebumikan.
Rasa insaf juga patut ada kerana sepanjang bulan puasa masih melakukan perkara sia-sia bahkan masih banyak buat dosa. Secara sengaja maupun tidak sengaja tapi tetaplah berdosa. Lahir atau batin serupa juga.
Kita juga wajib menyesal kerana nikmat umur yang diberikan kita tidak gunakan benar-benar kembali kepada Tuhan sehingga Tuhan sangat dicintai dan ditakuti yang merupakan intipati taqwa. Sedangkan kesempatan melalui proses Ramadhan sepatutnya kita mendapat taqwa kerana itulah tujuan perintah Tuhan kepada hamba Nya yang wajib berpuasa sebulan dalam setahun iaitu di bulan Ramadhan. Apakah kita tidak rasa menyesal kerana belum memperolehi taqwa sedangkan Ramadhan akan datang belum tentu kita bertemu lagi?
Kematian bukanlah sesuatu yang mesti ditakuti atau di takut-takutkan dengan kematian. Kematian adalah peringatan dan nasihat kepada insan. Kematian merupakan kepastian, sedangkan kehidupan dunia hanyalah angan-angan. Sebenarnya kematian menjadi syarat menemui cinta Tuhan. Bagi orang yang bertaqwa mereka terhibur dengan kematian. Kematian sesuatu yang dinanti-nantikan dengan penuh persiapan lahir dan batin. Mereka sentiasa bersiap sedia untuk hari kematian. Kematian menjadi ingatan dan jarang dilupakan kerana jika mereka melupakan kematian dirasakan bahawa hati telah terpaut dengan kehidupan dunia yang sementara dan sangat menipu. Jika mereka terlupa tentang kematian mereka menghukum diri dengan memperbanyakan zikir, taubat, bersedekah dan berbuat baik sebanyak mungkin kepada insan sebagai tebusan.
Inilah perbandingan yang membezakan orang bertaqwa dengan orang yang hidup penuh dengan kelalaian. Bagi orang yang bertaqwa kegembiraan hanya setelah selamat berada di dalam syurga di Akhirat sementara kematian pula adalah sebahagian daripada peringatan malah menjadi hiburan!

Ahad, 2009 September 20
Ampun maaf zahir batin
Tepat jam 3.00 pagi ini saya melayari internet selepas membantu isteri-isteri dan anak-anak menyediakan juadah hari raya esok. Sebelum membaca beberapa berita on line, saya sempat juga membaca sms yang dikirimkan oleh kenalan dan rakan-rakan yang perihatin.
Kepada semua yang menghantarkan sms saya ucapkan ribuan terima kasih. Sebahagiannya saya tidak tahu dari siapa kerana nombor telefon tersebut tidak ada dalam senarai yang disimpan. Mungkin ini adalah kelemahan saya yang terlupa menyimpan atau terpadam nombor saudara. Tetapi ada di kalangan kenalan yang saya tidak sangka masih ingat dan bermurah hati mengucapkan selamat hari raya, saya sangat berterima kasih dan berbangga dengan saudara. Antaranya seorang kenalan lama berketurunan Tionghua, nama glamornya KK Lee, seorang mekanik. Terima kasih sekali lagi.
Saya mengucapkan selamat berhari raya dan bersama memanjatkan kesyukuran kepada Illahi di antara caranya adalah dengan mengagih-agihkan nikmat terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Semoga di atas keperihatinan itu dapat meningkatkan lagi ukhwah dan perasaan kasih sayang sesama Islam.
Ampun maaf dari saya sekeluarga yang sudah tentu terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ini. Maaf zahir batin dan selamat hari raya idul fitri.

Khamis, 2009 September 17
Rupanya ramai pengikut "rasul Melayu"
'Rasul Melayu' beraya di lokap
SHAH ALAM - Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad, 59, bakal beraya di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam mengeluarkan waran tahanan ke atasnya sehingga tarikh perbicaraan 7 Oktober ini.
Antara yang jelas sebahagian daripada ajaran "rasul Melayu" ialah tidak berpuasa tetapi masih ingin berhari raya. Puasa dan solat sangat cuai malah dipertikaikan tetapi soal menyambut hari raya beliau merayu agar dapat bersama keluarganya. Inilah antara bentuk amalan yang diajar atau dicontohkan oleh sikap Abdul Kahar Ahmad yang mendakwa sebagai "rasul Melayu".
Jika kita teliti intipati daripada kisah ini sebenarnya terlalu ramai yang bersikap begini, cuma mungkin mereka tidak tahu siapakah guru yang membawa ajaran ini. Ajaran yang sesuai dengan hawa nafsu adalah ajaran yang dibawa oleh pencinta dunia. Orang yang mengikuti hawa nafsunya adalah mereka yang di dalam hatinya tiada rasa berTuhan dan rasa kehambaan. Mungkin dari sudut ilmu tentang Tuhan mereka ada tapi rasa beTuhan belum ada. Ilmu baru di akal, mengenali Tuhan dan merasa berTuhan itu mesti di hati.
Jika seseorang itu sudah belajar atau mengaji ajaran yang betul dan benar sekali pun, sebenarnya masih boleh terlibat dalam amalan sesat. Ajaran sesat baru berupa atau dalam bentuk ilmu atau kefahaman yang sesat. Amalan sesat adalah sesuatu amalan yang diamalkan tetapi tiada kaitan dengan Tuhan lebih parah jika amalan itu bertentangan dengan kehendak dan peraturan Tuhan.
Ramai orang tidak sedar yang mereka sedang terlibat dengan amalan sesat walau pun tidak pernah mengikuti mana-mana ajaran sesat. Ajaran sesat baru diperingkat akal belum jadi amalan. Amalan sesat sesuatu yang sudah dipraktikkan walau pun belum pernah kita belajar.
Amalan suka dan sangat suka berhari raya walau pun tidak berpuasa sudah menjadi budaya umum umat Islam di zaman ini. Kalau pun berpuasa, puasa hanya dapat lapar dan dahaga. Puasa sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tidak lebih dari itu. Baik sikit berpuasa kerana mahukan kelebihan samada dari sudut kesihatan maupun dari sudut ganjaran. Berpuasa kerana takut dan cintakan Tuhan hampir tidak pernah diajarkan oleh ulama terutamanya ulama rasmi. Biasanya berpuasa kerana komited kepada hukum atau fardhu. Roh berpuasa sudah tidak difahami apalagi hendak dihayati.
Jika sekadar seronok untuk berhari raya tetapi berpuasa pula sekadar seronok-seronok sahaja, ini sebenarnya termasuk sebahagian daripada penganut ajaran yang sewaktu dengan 'rasul Melayu'. Bukan sekadar ajaran sesat malah menghampiri amalan sesat. Amalan sesat sebenarnya jauh lebih merbahaya kerana pengamalnya sudah dikira berdosa dan jika mati dalam keadaan mengamalkan ajaran sesat boleh jadi sebab terjun ke dalam neraka, wal'iyazubillah. Ajaran sesat baru dalam bentuk ajaran tidak semestinya diamalkan. Yang peliknya amalan sesat jarang orang ambil pusing berbanding ajaran sesat. Sebabnya amalan sesat sudah jadi budaya kadang-kadang termasuk mereka yang memerangi ajaran sesat!
Rupanya pengikut ajaran atau lebih tepat pengamal ajaran yang sewaktu dengan 'rasul Melayu' adalah ramai. Berpuasa tidak atau berpuasa sekadar melepaskan batuk ditangga tetapi berhari raya sakan sampai sanggup berhutang piutang. Yang dibesarkannya ialah sikap berbangga-bangga dan bermegah-megah sekali gus menyuburkan mazmumah yang merupakan sifat keji berpunca daripada nafsu amarah.
Jangan menyangka tidak sesat jika sekadar bukan pengikut 'rasul Melayu'. Takut-takut lebih sesat, kerana berperangai dan mengamalkan sikap yang sama saja dengan 'rasul Melayu'!
Selasa, 2009 September 15
Sejadah berdiri: Hikmah kejadian pelik
Hari ini ada berita dikeluarkan oleh sebuah akhbar harian tentang kejadian sejadah berdiri di Pasir Mas. Dalam bulan Februari 2008 kejadian hampir serupa berlaku di Meru. Sebelum itu pernah disiarkan dalam Youtube kejadian yang sama terjadi di Muscat, Oman.
Semua yakin perkara yang tak mampu dihuraikan oleh akal adalah tanda kebesaran Tuhan. Allah boleh lakukan apa sahaja. Itulah rata-rata pandangan dan tanggapan yang diluahkan apabila menyaksikan atau mendengar kejadian pelik seumpama ini.
Sebenarnya bukan sahaja perkara pelik kita perlu sandarkan kepada kebesaran Tuhan. Bagi mereka yang mempunyai mata hati atau mata hatinya hidup apa sahaja kejadian mereka akan nampak kebesaran Tuhan.
Kejadian alam, langit dan bumi, siang dan malam, tumbuh-tumbuhan, haiwan, panas, hujan dan seluruh kejadian dan peristiwa adalah antara tanda-tanda kebesaran dan kehebatan Tuhan. Jika demikian kenapa bila ada perkara pelik sahaja baru kita tersentak dan terpanggil untuk menyandarkan kejadian tersebut dengan kehebatan Tuhan?
Bila hati telah mati, hati sudah lupakan Tuhan. Padahal setiap saat dan setiap detik ada sahaja kebesaran Tuhan berlaku pada diri kita dan di sekeliling kita. Tetapi hati yang telah bersalut dengan cinta dunia tidak terasa bahawa setiap kejadian terutamanya kejadian diri sendiri sebagai tanda kebesaran Tuhan. Sebab itu Syaidina Ali pernah berkata,"Barangsiapa kenal dirinya maka dia akan kenal Tuhannya".
Ungkapan ini pendek tetapi mendalam. Jika kita belum kenal Tuhan itu tandanya kita belum kenal diri sendiri. Jika kita kenal diri sendiri maka mudahlah untuk kenal Tuhan. Begitulah kehebatan orang yang mempunyai mata hati atau hati mereka hidup. Hanya dengan melihat dan memikirkan kejadian dirinya mereka sudah dapat merasa kehebatan dan keagungan Tuhan.
Kejadian pelik yang sering terjadi sebahagiannya adalah cara Tuhan perli atau sinis manusia. Tuhan telah datangkan utusan Nya daripada kalangan jenis manusia sendiri untuk mengajar, mendidik dan memimpin agar manusia kenal Tuhan. Tetapi utusan Nya selalu sahaja dibiarkan, dibuat endah tak endah, dibohongi, dicerca, dihina malah adakalanya ditolak dan tentang oleh manusia terhadpa utusan Tuhan. Itulah yang sering terjadi kepada para Rasul Allah.
Selepas tiadanya Rasul maka silih berganti para mujaddid di datangkan kepada umat pada setiap zaman menyeru manusia supaya kembali mengagung dan membesarkan Tuhan setelah mereka tenggelam dalam kelalaian dan cinta dunia.
Kejadian pelik seperti sejadah berdiri bolehlah diibaratkan seperti mengajar budak tadika. Jika dengan ilmu, kefahaman dan pimpinan guru pun kamu tidak mahu bersembahyang, nah sekarang cuba perhatikan sejadah yang tidak bernyawa pun mau sembahyang.
Jika kita baca sejarah beberapa para wali juga dilahirkan melalui peristiwa pelik yang dialami mereka. Ini merupakan salah satu kaedah Tuhan menyedarkan manusia. Walau bagai mana pun kebanyakan para sahabat terutamanya yang kanan-kanan adalah dilahirkan melalui didikan terus yang diterima daripada Rasulullah saw.
Jika demikian marilah kita berasa malu dengan Tuhan kerana Tuhan ajar kita melalui contoh yang pelik setelah mana akal dan hati kita tertutup dan terpesong daripada seruan 'orang Nya'.

Khamis, 2009 September 10
Mati alasan untuk hidup
"Sesungguhnya aku jadikan mati dan hidup adalah untuk menguji siapakah di antara kamu yang paling baik amalannya..." maksud firman Allah dalam Al Qur'an.
Para sahabat apabila mendengar kisah-kisah atau mengenang-ngenangkan tentang kematian boleh menyebabkan mereka hilang selera makan kadang-kadang berhari-hari lamanya. Kematian bagi mereka menjadi penawar terhadap kelazatan hidup dan nikmat dunia. Kematian jika dijadikan fokus dalam bertafakur boleh menjinakkan hawa nafsu yang asalnya begitu rakus terhadap dunia.
Benarlah ungkapan salafusoleh bahawa kematian itu satu nasihat dan ingat mati juga kata Imam Al Ghazali boleh menghapuskan panjang angan-angan. Sedangkan panjang angan-angan terhadap kehidupan duniawi adalah salah satu sifat mazmumah kerana akan melekakan kita tentang kedatangan mati yang datang secara tiba-tiba walau di mana dan tanpa di duga.
Kematian sebenarnya sentiasa mengejar kita, sedangkan kehidupan pula sentiasa lari daripada kita. Tetapi anehnya manusia di zaman ini kononnya amat 'kuat' untuk lari dari kematian dan terlalu kuat juga untuk mengejar kehidupan. Biasa kita dengar ada orang yang mampu melawan kanser kononnya, sehingga masih dapat hidup beberapa tahun lagi. Inilah antara contoh keegoan manusia untuk menerima bahawa kematian sebenarnya tidak akan lewat mau pun cepat walau sesaat bila tiba kedatangannya.
Beberapa tahun dahulu saya pernah didatangi oleh seorang agen insuran. Dia mempromosikan takaful Islam katanya. Maka antara topik yang menarik diperkatakan ialah bagaimana atau apa persiapan saya untuk mati? Sebagai seorang yang kurang ilmu, saya lantas bertanya semula apa sepatutnya yang perlu saya persiapkan demi kematian saya?
Beliau bertanya kembali berapa ramaikah tanggungan saya. Kemudian bila telah saya jelaskan, maka gadis genit yang bertudung lingkup itu pun terus 'masuk jarum'. Dia kata saya perlukan satu skim untuk menjamin mereka yang di bawah tanggungan saya tidak akan teraniaya atau terumbang ambing selepas ketiadaan saya kelak. Nampaknya dia sedang bagi 'bola tanggung' tetapi dia belum perasan apa yang dilontarkannya itu bakal menjadi 'peluru' yang boleh kena batang hidungnya semula.
Kalau sekadar bercerita pasal kematian semata-mata untuk menakutkan dan menggertak apa yang bakal terjadi kepada mereka yang ditinggalkan lebih baik tak payah cerita pasal mati yang lengkap dengan hujah Al Qur'an dan Hadis.
Rasulullah saw bila bercerita atau berkuliah tentang kematian, para sahabat yang mendengarnya akan jadi tawar hati dengan kehidupan dunia lalu mereka berjuang menegakkan Islam bersungguh-sungguh sehingga sanggup menggadai nyawa sekali pun.
Mereka bukan sahaja tidak memikirkan apa nasib orang yang ditinggalkan tetapi sebaliknya orang yang ditinggalkan pula sangat memikirkan dan mengharap agar mereka yang mati atau syahid itu berbahagia di alam barzah.
Itulah bezanya kita dengan para sahabat mengenai kematian. Para sahabat bila ingat mati mereka akan tawar hati dengan dunia dan bertambah-tambah rindunya kepada Akhirat. Kita bila cerita pasal mati lebih memikirkan pasal orang yang bakal ditinggalkan apakah hidup senang atau menderita. Sedangkan jika yang ditinggalkan itu mungkin hidup menderita sekali pun apakah sama dengan penderitaan yang bakal kita tempuh di alam kubur dan seterusnya di Akhirat kelak.
Jika selepas kita mati, keluarga kita hidup susah masih ada harapan dan jalan keluar kerana sekurang-kurangnya masih ada sanak saudara. Tetapi kita yang masuk ke liang lahad seorang diri hanya mengharapkan iman dan taqwa sahaja yang mampu menyelamatkan dari azab yang begitu pedih. Kalau begitu kenapa bila kita didendangkan dengan kisah kematian kita masih fokus untuk yang hidup?

Sungguh terlalu jauh jiwa umat Islam akhir zaman hanyut dengan dunia jika tiada pimpinan orang Tuhan. Kematian pun dijadikan alat atau alasan untuk tujuan kehidupan duniawi.
Rabu, 2009 September 09
Hanya Pemimpin Kerohanian Sebagai Penyelamat
Pemimpin kerohanian biasanya difahami sebagai pemimpin agama atau pemimpin aliran kejiwaan seperti ahli tasauf. Pemimpin kerohanian bermaksud tokoh yang menjadi idola, ikutan, contoh tauladan atau yang mempunyai pengikut fanatik. Pengaruh pemimpin kerohanian biasanya melangkaui batas bangsa, etnik, negara malah agama. Ketokohan dan kepimpinan pemimpin kerohanian kebiasaanya diterima kerana berjaya memenuhi keperluan rohani pengikutnya seperti rasa kasih sayang dan keharmonian jiwa.
Rasulullah saw adalah tokoh pemimpin kerohanian yang paling unggul. Rasulullah saw bukan sahaja sangat berjaya memenuhi keperluan kerohanian para sahabat tetapi sehingga ke hari ini umat Islam sangat terasa kasih sayang baginda. Perjuangan Rasulullah saw pada fasa pertama adalah membebaskan manusia dari kekafiran dan sebarang bentuk kemusyrikan terhadap Tuhan. Fasa yang berikutnya Rasulullah membawa manusia bebas dari sifat cinta dunia kepada mencintai Akhirat dan kemuncaknya mencintai Allah Tuhan Yang Maha Agung. Para sahabat adalah generasi pertama yang dilahirkan menerusi pimpinan dan bimbangan langsung daripada Rasulullah saw. Inilah generasi contoh sepanjang zaman.
Dalam sejarah dunia walau pun ada pemimpin yang disanjung dan dipuja dari sudut-sudut tertentu tetapi belum ada yang dapat menandingi kepimpinan Rasulullah saw. Wal hal sejarah juga telah mempaparkan kepada kita bahawa Rasulullah saw tidak meninggalkan apa-apa kemajuan lahiriah yang hebat-hebat seperti bangunan, kubu pertahanan, ciptaan atau rekaan alat-alat atau senjata yang pelik dan seumpamanya. Tetapi pengaruh dan kecintaan umat kepada Rasulullah kekal dan melimpah ruah sehingga ke akhir zaman ini. Inilah dia kesan kepimpinan kerohanian yang paling berjaya, hebat dan berpengaruh dalam sejarah dunia.
Tokoh-tokoh selepas Rasulullah yang berjaya menjadi ikutan dan rujukan umat sehingga kini terutama yang paling menonjol adalah khalifah yang empat dan diikuti di kalangan para mujaddid seperti Syaidina Umar Ibnu Aziz, Imam Syafie, Imam Abu Hassan Asaari, Imam Ghazali dan Imam Sayuti. Ke semua tokoh ini tiada meninggalkan apa-apa bentuk kemajuan lahiriah selain daripada perjuangan dan kepimpinan yang penuh kasih sayang sepanjang hidup mereka.
Melihat kemelut politik yang tiada tanda kesudahannya bahkan semakin hari semakin kusut memberi petanda bahawa zaman politik Barat menguasai manusia dan sistem hidup manusia semakin hampir berakhir. Kepimpinan politik hanya mampu membangunkan tamadun lahiriah semata-mata. Belum pernah kita dengar orang politik benar-benar berjaya memberikan kasih sayang, keharmonian dan perpaduan dalam masyarakat. Biasanya orang politik sering menimbulkan perselisihan dan pertembungan.
Semoga cepat berakhirnya zaman penindasan dan penzaliman ini. Zalim yang paling besar berlaku di tengah-tengah umat kini ialah tidak mengenali Tuhan. Bila Tuhan tidak dikenali maka sudah tentulah Tuhan tidak ditakuti dan cintai. Bila Tuhan sudah tidak ditakuti maka yang ditakuti mestilah selain dari Tuhan. Takut kepada selain dari Tuhan itulah kezaliman yang paling besar dan paling dahsyat.
Hanya pemimpin kerohanian yang telah terbukti berjaya mengenalkan manusia kepada Tuhan sehingga Tuhan benar-benar ditakuti dan dicintai sepenuh hati. Mereka yang benar-benar telah diproses dengan takut dan cintakan Tuhan sahaja layak menyelamatkan manusia dan sistem hidup manusia yang sedang porak peranda, kucar kacir dan sedang menjunam menyembah bumi. Selain daripada mereka yang takut dan cintakan Tuhan tidak ada apa harapan yang patut kita sandarkan selain semakin hari semakin menjerumuskan kita ke dalam neraka dunia sebelum neraka di Akhirat kelak yang lebih dahsyat.
Selasa, 2009 September 08
Senang kahwin, cerai dan poligami
Perkahwinan yang berkat adalah yang urusannya mudah dan senang. Elakkan daripada menyukarkan urusan perkahwinan. Pada masa ini budaya dan sikap yang berlebihan dalam atau semasa menganjurkan sesuatu majlis perkahwinan adalah antara sebab mengapa urusan perkahwinan menjadi begitu sukar.
Bakal pengantin perlu memikirkan perbelanjaan dan persiapaan majlis perkahwinan kadang-kadang beberapa tahun sebelumnya lagi. Sedangkan majlis yang akan diadakan hanya untuk beberapa ketika atau beberapa hari sahaja. Inilah budaya yang tidak pasti sumbernya daripada mana masyarakat Islam kita contohi. Termasuk anak orang-orang besar agama.
Perkahwinan patut dipermudah atau disenangkan. Tapi tidak boleh pula senang-senang je nak kahwin. Berkahwin kerana semata-mata untuk bersenang-senang biasanya akan menemui kegagalan perkahwinan kerana realiti hidup berumahtangga tidak berlaku sepanjang masa hati terasa senang walau pun orang tersebut hidup senang.
Dalam dunia artis mereka sudah biasa senang-senang kahwin semasa berlakon. Sebenarnya perkahwinan tidak wajar dilakon-lakonkan. Mereka juga selalu menguar-uarkan perkahwinan sering menjadikan hati dan rezeki mereka juga semakin senang. Namun tidak dapat dinafikan bahawa rumahtangga golongan ini juga senang bercerai berai. Dengar-dengar baru setahun dua kahwin dah bercerai. Boleh tahan, ada yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja!
Kahwin bukan semata-mata untuk bersenang-senang bersama pasangan. Perkahwinan adalah tanggungjawab. Antara hikmah besar perceraian diharuskan adalah kerana Islam tidak mahu sesuatu perkahwinan diikat semata-mata dengan 'paksaan' hukum seperti jika haram atau makruh sekali pun. Walau bagaimana pun keharusan bercerai adalah satu keharusan yang paling dibenci Allah!
Melayari bahtera perkahwinan untuk kekal sehingga akhir hayat perlukan sekurang-kurangnya ilmu, sabar dan toleransi yang secukupnya antara pasangan. Suami mesti ada cukup ilmu sebagai seorang pemimpin keluarga sebaik-baiknya mampu pula mengajar dan membimbing isteri-isteri dan anak-anak. Isteri pula kena menimba ilmu dari semasa ke semasa untuk memandu menjadi isteri yang solehah.
Sabar adalah ubat yang paling mujarab dalam menghadapi situasi bermasaalah atau meruncing. Kesabaran sebenarnya tiada had. Ungkapan mengatakan bahawa sabar ada had tertentu hakikatnya itu tidak atau belum cukup sabar. Jadi dalam banyak keadaan suami atau isteri wajib bersabar dengan karenah pasangan masing-masing. Yang lebih baik jika kita boleh mengamalkan sikap berlapang dada dengan sikap atau perangai pasangan yang tidak menyenangkan hati. Kesabaran yang ditunjangi iman dan sabar kerana atau untuk Allah pasti mendapat balasan setimpal sehingga ada keterangan mengatakan pahala sabar itu sehingga 'bighairihisab' yakni tanpa hisab. Sabar juga merupakan ibadah yang tidak perlukan masa, tempat, modal dan kaedah tertentu. Orang yang sabar dijamin Allah bersama-samanya selagi ianya mempertahankan kesabaran tersebut.
Toleransi atau tolak ansur yang tinggi perlu untuk mengstabilkan antara keperluan dan keinginan pasangan masing-masing. Tolak ansur mestilah berdasarkan ilmu, yakni dapat mengenalpasti mana yang lebih utama dan kurang utama. Tidak boleh sesuatu perkara itu hanya didasari oleh perasaan atau kecenderungan masing-masing.
Bagi mereka yang ingin membuktikan bahawa keadilan dan kasih sayang adalah kemuncak hubungan suami isteri maka eloklah senang dengan amalan berpoligami. Bagi isteri senangkan suami yang memang berhasrat untuk berpoligami. Sementara sisuami pula didiklah isteri yang tidak senang dengan poligami agar memahami pengertian dan hikmah besar poligami.
Poligami adalah gelanggang mendidik hawa nafsu terutamanya bagi wanita. Bagi wanita yang telah berpoligami bermakna mereka telah ada gelanggang untuk mendidik hawa nafsu yang sememang kewajipan bagi setiap muslim.
Nafsu jika tidak didik akan merajai diri kita dan sudah tentu menjauhkan diri kita dari Tuhan. Nafsu sifatnya sangat membawa kepada kejahatan. Menurut keterangan hadis, punca segala kejahatan adalah cinta dunia. Kerana cinta dunialah manusia hilang kasih sayang. Jadi orang yang nafsunya tidak terdidik sudah tentu sukar untuk menghilangkan cinta dunia dalam hati mereka. Bila ada cinta dunia sudah tentu tiada kasih sayang. Maka sebab itu hakikatnya suami isteri yang tidak berpoligami bukannya kerana mereka terlalu sayangkan pasangan masing-masing tetapi kerana sangat kuatnya kepentingan diri yang tersembunyi dalam hati mereka.
Jelaslah bahawa wanita yang belum dipoligamikan ertinya mereka belum ada gelanggang untuk mendidik hawa nafsu. Kalau pun ada hanya terlalu minima dan bermusim. Tetapi bagi wanita yang berpoligami, mereka berada selama 24 jam dalam gelanggang. Tentulah hasilnya tidak sama.
Jika kita faham dan benar-benar ingin merasai kemanisan kasih sayang dan keadilan dalam berumahtangga, maka poligami adalah jalannya. Berpoligami sepatutnya senang bagi mereka yang ada cita-cita besar Islam dan mereka yang mengejar cinta Tuhan. Tetapi yang senang berpoligami bukanlah senang sahaja mendapat cinta Tuhan melainkan mesti menempuh syarat-syaratnya terutama mujahadahtunnafsi. Jika telah berpoligami pun sukar mendapat cinta Tuhan betapa yang belum berpoligami, betul tak?

Isnin, 2009 September 07
RAMADHAN
Saya 'segan' untuk menulis tentang Ramadhan pertama kerana belum pernah berjaya menempuh Ramadhan dengan menjaga kemuliaan, keberkatan dan kesempurnaannya. Disiplin, adab dan budaya Ramadhan sebagai mana Rasulullah saw dan para sahabat lalui terlalu jauh berbanding dengan apa yang kita lalui. Inilah sebabnya saya lambat respon bulan Ramadhan melalui tulisan.
Seminggu sebelum Ramadhan saya berkesempatan membersih dan mencuci rumah dan persekitaraannya. Ini saya lakukan bersama-sama sekeluarga. Amalan ini telah saya usahakan sejak beberapa tahun dulu lagi. Alhamdulillah masih dapat dipertahankan.
Menyambut Ramadhan sepatutnya lebih bersungguh-sungguh dan bersiap sedia berbanding menyambut Syawal. Bulan Ramadhan ibarat 'kekasih' atau buah hati yang ditunggu-tunggu kedatangannya.
Semasa bersama 'kekasih' bukankah kita akan sentiasa takut, cemas, bimbang dan berhati-hati jika ada sikap dan tingkah laku kita yang akan mengguris 'perasaannya'?

Ahad, 2009 September 06
Untuk Bekas Arqam
Salam..
saya pembaca setia blog3 nawawi,
say terbaca yang saudara pernah belajar bersama Arqam.
Saya pon begitu juga, saya belajar di subang dan shah alam
Sekarang ni kami bekas pelajar3 a;-arqam berasa
amat rindu dengan kenangan3 zaman dahulu,
sperti makan dalam talam, sembahyang berjemaah,
dan kawan3, suasana dan ustaz ustazah yang sama3 belajar dahulu.
Itulah suasana yang manis, dan sangat menyentuh jiwa kan nawawi.
Malangnya, apakan daya kita semua terpisah dipukul badai.
Namun, dengan adanya gambar dapatlah mengubat rindu dihati...
Terima kasih kepada saudara yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kerana sudi menghantar email dan saya mohon izin menyiarkan semula 3/4 daripada email tersebut untuk dikongsikan dengan sedikit ulasan.
Al Arqam adalah satu nama bagi sebuah wadah perjuangan. Perjuangan kebenaran yang pada awal penubuhannya bermaksud mengumpulkan mereka yang mempunyai kesedaran untuk membaiki diri dalam mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup lahir dan batin.
Semasa era Al Arqam perjuangan tersebut telah mencapai kemuncak model lahiriah dari pelbagai aspek kehidupan bermula dari diri, keluarga dan berjaya dalam membentuk sebuah masyarakat tersendiri yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Hingga ada pemerhati beranggapan bahawa ahli Al Arqam adalah satu etnik baru!
Bidang-bidang seperti pendidikan, perniagaan, ekonomi, kesihatan, pertanian, penternakan, perkilangan, perusahaan, kebudayaan, keseniaan, perhubungan antarabangsa, penulisan, penerbitan, multimedia dan berbagai aktiviti kehidupan juga berjaya dibangun dan diselaraskan menurut syariat Islam.
Di waktu itu ahli-ahli yang komited dan para simpati sangat dapat merasai kemeriahan perjuangan Al Arqam.
Masa berlalu dan era perjuangan silih berganti. Ujian datang dan pergi tanpa diundang, tanpa diduga. Kecil dan besar adakalanya berbentuk individu tidak kurang berbentuk kolektif. Inilah lumrah Perjuangan Kebenaran.
Perjuangan Islam atau lebih tepat lagi dipanggil Perjuangan Kebenaran mesti ada pemimpin. Faktor pemimpin sangat penting dalam sesuatu organisasi lebih-lebih lagi jika dalam Perjuangan Kebenaran.
Pemimpin adalah faktor penting yang menentukan sesebuah perjuangan itu kukuh, utuh dan berterusan. Pemimpin Al Arqam masih ada dan masih berperanan. Cuma mungkin era yang sudah terlalu jauh bezanya dengan era Al Arqam. Selepas era Al Arqam, ada beberapa era lagi untuk sampai ke sini.
Sekarang era merasai keindahan hidup bersama Tuhan. Tanpa melalui proses menurut tertibnya, era hidup begitu indah bersama Tuhan tidak mungkin dapat dinikmati.
Hakikatnya perjuangan sehebat Al Arqam yang sehingga kini belum ada mana-mana pemimpin perjuangan masa kini mampu mencetuskan seumpamanya sudah memadai sebagai hujah kebenaran pemimpin Al Arqam.
Jika saudara direzekikan untuk menikmati keindahan roh perjuangan terkini, tentulah semua nostalgia dan kenangan lama bukan sahaja terubat sebaliknya mungkin sebesar keinsafan meragut hati ini kerana walau pun pada zaman Al Arqam lahirnya sangat meriah tetapi rohnya belum indah. Maka era ini, Tuhan Cinta Agung, Perjuangkan Tuhan, Era Roh dan Tuhan adalah segala-galanya.
Hanya mereka yang diwakilkan Tuhan pada setiap zaman mampu membawa manusia kepada Tuhan.
Semoga terjawab 'kesunyian' saudara selama ini yang cuma dapat berhibur dengan kenangan lama. Sedangkan 'mereka' telah jauh meninggalkan kita kerana menikmati nikmat yang tiada taranya bersama Tuhan Yang Maha Baik lagi Maha Esa, itulah aljannatul 'ajilah; syurga yang disegerakan sebelum syurga yang dijanjikan di akhirat kelak.

Jumaat, 2009 September 04
Poligami Sebagai Hujah
Saya mengelak daripada menulis menyentuh isu politik semasa yang semakin memual dan menjijikkan. Sememangnya selain daripada politik Islam yang tulen, maka semuanya penipu dan tertipu.
Isu poligami bagi setengah mereka termasuk isu sensitif atau kurang menarik tetapi pada kali ini saya memohon isu ini diberi sedikit perhatian kerana ianya dikira amat penting untuk difahami bagi mengelak kita salah faham dan lebih ditakuti jika salah faham tersebut membentuk sikap menentang terhadap poligami.
Bagi kaum hawa persoalan poligami lumrahnya adalah sesuatu yang menakutkan. Malah ada yang melampaui batas sehingga sanggup menentang atau memerangi amalan berpoligami.
Sebelum ini telah pernah dijelaskan bahawa amalan poligami bukan sekadar syariat yang dibenarkan oleh Allah bahkan sangat dianjurkan. Rasulullah saw tidak pernah mengambil peluang mudah terhadap apa sahaja yang dibenarkan dalam Islam. Sebagai contoh, Islam membenarkan memiliki harta secara halal seberapa banyak pun oleh mana-mana individu. Rasulullah yang sememangnya berpeluang mengumpulkan harta kemudian boleh sahaja mewariskannya kepada anak isteri, namun tetaplah baginda tidak berbuat demikian. Begitu jugalah yang diteladani oleh majoriti sahabat.
Jika amalan berpoligami dianggap seronok, mudah, menghiburkan atau semata-mata untuk memuaskan nafsu maka ternyata anggapan ini meleset sekali. Sebahagian besar yang mengamalkan poligami kerana tujuan tersebut sering mengalami keruntuhan rumahtangga atau setidak-tidaknya hidup dalam dilema kerana terpaksa menipu dan berpura-pura.
Amalan berpoligami yang menepati disipilin hanya mampu dilakukan oleh mereka yang benar-benar menghayati Islam sebagai cara hidup. Sementara matlamat hidup dan mati mereka adalah kerana dan untuk Allah semata-mata.
Abuya Ashaari Muhammad yang telah melancarkan kelab poligami adalah seorang pemimpin kebangkitan Islam yang tidak asing lagi. Abuya yang telah diterima sebagai mujaddid zaman ini tentulah mempunyai mesej yang penting untuk disampaikan kepada umat ini disebalik pelancaran kelab poligami berkenaan.
Saya cuba mengcungkil beberapa mesej tersirat walaupun ianya mungkin tidak menepati seratus peratus daripada maksud atau hasrat sebenar Abuya. Antaranya;
1. Pada masa ini tiada seorang ulama pun yang berani tampil dan mampu mempertahankan konsep poligami menurut Islam sekali pun dalam bentuk teori.
2. Kalau pun ada ulama yang mengamalkan poligami mereka tidak berani mempamerkan kepada umum hatta kebanyakan anak muridnya pun tidak tahu menahu. Ini kerana poligami mereka masih bersifat 'peribadi'.
3. Ajaran Islam yang lain jika dicerca atau diperlecehkan oleh musuh atau mereka yang tidak memahaminya akan ada mana-mana ulama tampil dan dengan lantang mempertahankannya bersama dengan hujah dan nas-nas yang bernas. Tetapi tidak berlaku kepada syariat poligami yang kalau pun ada jawapan ulama masih tergantung-gantung atau hujahnya terlalu minima.
4. Amalan berpoligami merupakan sunnnah Rasulullah saw dan tradisi para sahabat dan salafussoleh. Ini bermakna poligami dalam Islam adalah agenda penting dan sangat besar ertinya buat perjuangan Islam. Maka memperjuangkan dan memartabatkan poligami ke tempat selayaknya merupakan antara misi pejuang kebenaran.
5. Poligami telah berjaya diperlecehkan oleh musuh sehingga umat Islam sendiri pun ramai yang membenci syariat yang Allah anjurkan ini. Maka menjadi kewajipan pejuang kebenaran membuktikan bahawa poligami bukan sehina itu sebaliknya adalah amalan paling mulia dan merupakan 'jambatan' segera memperoleh taqwa.
6. Jika sehebat-hebat ulama pun tidak mampu mempertahankan poligami sekalipun secara teori menandakan hampir ke semua ulama zaman ini sudah kehilangan 'kelakian' mereka. Tidak hairan umat Islam sudah seperti kehilangan bapa kerana musuh sudah tidak takut sementara umat Islam sudah hilang hormatnya pada ulama jenis ini.
7. Wanita zaman ini boleh tunduk dan dijadikan bahan pemuas nafsu binatang kepada lelaki berhidung belang hanya kerana duit dan kemewahan dunia. Maka jika ada orang yang boleh menjinakkan wanita untuk berkongsi suami tentulah orang tersebut mampu memberikan sesuatu yang lebih bernilai daripada wang dan kemewahan! Inilah hujahnya bahawa Abuya mampu menjinakkan wanita dengan Tuhan.
8. Jika ada ulama yang berani mempertahankan poligami secara teori sekalipun, mampukah beliau memperjuangkannya? Jangan-jangan kalau ada ulama yang cuba bersyarah pasal poligami lepas tu mungkin tak berani balik ke rumah dua tiga hari.
9. Jika ulama sudah tidak dapat dijadikan contoh dalam amalan poligami yang menjadi salah satu rahsia besar dalam Islam, maka bolehkah kita mengharapkan orang awam berdisipilin dalam mengamalkan poligami?
10. Jika poligami dianggap sebagai satu yang menakutkan kenapa selama Abuya memperjuangkan poligami semakin ramai wanita berminat menyertai perjuangan Abuya? Buktinya semakin hari semakin ramai jumlah wanita dalam perjuangan kerana kebanyakan lelakinya tentu sekali beristeri lebih. Apakah rahsia kekuatan Abuya?
11. Poligami sebenarnya adalah salah satu hujah besar membuktikan Abuya adalah pemimpin yang Tuhan janjikan di zaman ini. Kalau bukan kekuatan yang Tuhan bekalkan kepada Abuya adalah mustahil Abuya boleh menyusun, mentadbir dan memprogramkan ratusan keluarga berpoligami secara terang-terangan dan mampu pula menjadi model kepada seluruh dunia.
12. Kepada mereka yang masih ragu kebenaran Abuya cukuplah jika poligami menjadi hujah tentang kebanarannya. Apa yang Abuya tonjolkan berhubung poligami adalah manifestasi daripada aqidah yang benar dan kuat, ibadah yang berdisipilin dan akhlak yang cukup tinggi. Tanpa semua itu tidak mungkin poligami berjaya dibangunkan sehebat ini dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan akademik dan ekonomi.
13. Jelaslah kepada umat ini bahawa poligami merupakan hujah kebenaran siapa sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad yang merupakan mujaddid zaman ini sebagai pemimpin kebangkitan Islam sebelum disambung oleh Imamul Mahdi sebagai penyempurnanya.

Langgan:
Catatan (Atom)

.jpg)