Pas dulunya sangat berseteru dengan DAP. Macam-macam hujah yang dipegang dengan mengemukakan nas Al Quran dan Hadis. Sekarang PAS antara yang sangat mempertahankan kerjasama dengan DAP berbanding PKR sendiri. PKR mengadakan kerjasama politik dengan DAP benar-benar atas dasar 'berpolitik' kerana politiknya. Tetapi PAS yang setiap kali tindakan dan dasarnya konon mesti selari dengan Al Quran dan Hadis terpaksa menegakkan pendirian mereka yang semangat kerjasama dengan DAP bukan sahaja atas dasar politik tetapi berlandasan prinsip Islam dakwanya.
Islam sememangnya menganjurkan kerjasama dan hubungan baik dengan semua pihak. Hatta Islam lebih menganjurkan semangat perdamaian daripada persengketaan sekali pun dalam soal memepertahan maruah atau prinsip. Walau apa pun, prinsip tidak digadai atau pendirian tidak berbolak balik semata-mata kerana kepentingan kuasa.
Namapaknya PAS selalu sahaja terperangkap dengan agenda politik pihak yang jelas pandai main politik! Jika PAS tidak boleh memaafkan kesalahan politik UMNO dan BN pada masa lampau bolehkah PAS melupakan kerjasama DAP yang pernah menghancurkan harapan PAS bersama Semangat 46 suatu ketika dulu?
PKR yang dinasihatkan oleh Anwar memang berjalan dalam perjuangan politik yang penuh berpolitik. Politik dalaman, antara Pakatan dan politik dengan Barisan. Inilah sebenarnya permainan politik yang mengguna pakai kaedah "matlamat menghalalkan cara".
Apakah PAS berpegang dengan nas bahawa apa saja cara boleh dihalalkan dengan pengesahan HALAL oleh tuan guru PAS?
Khamis, 2009 April 30
Selasa, 2009 April 28
Najib mulai turun...
Sejak Najib memegang jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia sudah beberapa kali media arus perdana menyiarkan aktiviti Najib turun padang. Berjalan di tengah kota Kuala Lumpur, menaiki pengangkutan awam dan singgah makan di gerai tepi jalan. Inilah antara contoh pendekatan yang Najib ingin tonjolkan berhubung slogan perubahan, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.
DS Najib semakin ghairah melakukan perubahan fizikal. Perubahan struktur kabinet, kementerian dan kini kepada sektor awam pula. Perubahan struktur dalam UMNO juga sedang giat dilaksanakan. Ketua Perhubungan Negeri telah banyak ditukarkan. Beberapa perubahan dalam undang-undang tubuh UMNO juga khabarnya akan diubah tidak lama lagi. Ini semua perubahan fizikal.
Umpama mengubah susunan perabot dalam rumah. Jika perubahan besar bolehlah ibarat mengubahsuai plan rumah secara keseluruhannya. Mungkin beberapa bilik dimansuhkan atau menambah beberapa ruang baru. Boleh jadi dapur dipindahkan ke sebelah hadapan atau bilik tidur utama diturunkan dari tingkat atas ke bawah. Demikianlah perubahan fizikal yang dimaksudkan.
Bolehkah perubahan fizikal mencorak semula sikap dan tingkah laku ahli rumah yang sedang bersengketa? Mampukah perubahan fizikal menukar persepsi jiran-jiran yang semakin meluat dan membencinya?
Jika hanya perubahan fizikal dilakukan, bukan sahaja kepemimpinan dan anggota UMNO tidak berubah dari sudut sikap dan tingkah laku malah persengketan antara mereka pasti akan menjadi bertambah parah. Hanya masa dan keadaan yang akan membuktikan kebenaran ini.
Kebencian dan perasaan meluat rakyat terus membara dan tidak mampu dibendung hanya dengan perubahan fizikal.
Perubahan minda, jiwa, sikap dan perangai adalah sesuatu yang dituntut pada masa ini. Memang tiada pemimpin yang mampu mengubah minda, jiwa, sikap dan perangai manusia kecuali mereka yang Allah berikan ilmunya. Sebab untuk mengubah manusia daripada jahat kepada baik, daripada suka bergaduh sesama sendiri kepada berkasih sayang dan daripada mementingkan diri kepada mengutamakan orang lain hanya mampu dilakukan oleh orang Tuhan. Apakah Najib boleh berbuat demikian?
DS Najib sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya yang begitu goyah dan rapuh. Beliau akan melakukan berbagai tindakan drastik. Dalam masa yang sama Najib tidak akan berdiam diri dengan musuh-musuhnya terutama dalam parti sendiri. Masa yang begitu suntuk menjadikan Najib hampir tiada kesempatan membaiki semua kelemahan dan kerosakan dalam parti dan kerajaan.
Perkembangan semasa yang kita lihat kepimpinan dan ahli UMNO sendiri masih mempertikaikan banyak tindakkan DS Najib. Sifat dan sikap peribadi Najib masih menjadi keraguan dan kesangsian rakyat. Malah barisan kepimpinan kabinet Najib mula mendapat kritikan. MT UMNO yang dilantik juga nampaknya mula mengecewakan sesetengah pihak dalam UMNO. Apakah suasana suram dan kelabu ini mampu dijernihkan dengan perubahan demi perubahan yang DS Najib lakukan?
Najib mungkin tidak sedar bahawa beliau sedang menuruni puncak pesada kekuasaan yang baru sebentar didudukinya. Apakah Najib turun menggelonsor atau menggunakan lif?
Betapa malangnya suatu perjalanan yang begitu panjang dan teratur hanya seakan-akan sempurna untuk beberapa ketika sebelum menjunam ke jurang yang dalam. Inilah ramalan yang tidak perlukan kepercayaan tetapi masih boleh difikirkan, apakah ada kemungkinan benarnya?

Insya Allah...
Tak sempat nak tulis habis..letih.
Najib sedang turun...
insyaAllah esok lusa ada kot.
terima kasih.
Najib sedang turun...
insyaAllah esok lusa ada kot.
terima kasih.
Ahad, 2009 April 26
Blog saya
nawawidahalan adalah blog pertama saya. Oleh kerana alamat gmail menggunakan nama penuh nawawidahalan maka blog pertama juga menggunakan nama tersebut.
Untuk memenuhi citarasa diri sendiri, juga jika ada kebaikannya untuk orang lain maka saya telah melancarkan beberapa blog yang mempunyai kriteria cerita atau topik perbincangan yang memfokuskan kepada kaetgori tertentu seperti berikut;
nawawidahalan - lebih banyak membincangkan isu semasa terutamanya agama dan politik. Memperjuangkan kebenaran berdasarkan Minda Mujaddid akhirzaman merupakan teras penilaian dan pendirian penulis.
nawawi hari ini - memaparkan kisah-kisah pendek dengan ulasan ringkas. Pengalaman peribadi atau hasil pemerhatian penulis tentang apa jua kejadian dan peristiwa semasa. Mengambil iktibar lalu menginsafikan kelemahan selaku hamba dan mengharapkan kasih sayang Tuhan adalah kesimpulan yang cuba digarapkan.
anak nakal - adalah kisah silam dan imbauan zaman lampau yang mencorak pemikiran, sikap dan keyakinan. Yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik diharap jadi pedoman terutamanya kepada isteri-isteri dan anak-anak yang bakal menjadi warisan.
coretan hamba - cetusan rasa dan perasaan. Jadi simpanan untuk hari kemudian. Moga timbul keinsafan kepada pembaca budiman. Hanya berkongsi apa yang mungkin mendatangkan kebaikan.
Kepada anda yang sudi melawat dan berkongsi pengalaman saya ucapkan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan taufik daripada Allah swt jua hendaknya.
Segala kelemahan dan kekurangan adalah berpunca dari nafsu kerana kelemahan iman saya. Ampun maaf dan selamat membaca.

Jumaat, 2009 April 24
Jika ikut akal...
Cerita 1. Baru-baru ini ada seorang artis dengan bangganya berkata bahawa penyanyi rock banyak masuk syurga kerana mereka jujur. Beliau berkata demikian sewaktu memberi komen kepada peserta yang menyertai pemilihan program di bawah kendaliannya. Inilah hujah ikut akal dia.
Cerita 2. Ada seorang artis wanita mendakwa dia menggunakan rawatan kecantikan adalah kerana bersyukur dengan nikmat Tuhan. Artis ini juga mengatakan bahawa kecantikan adalah nikmat Tuhan yang patut dikongsikan bersama dengan sesiapa saja.
Cerita 3. Seorang kawan pernah memberi komen kenapa sibuk-sibuk pasal haram merokok. Ini soal peribadi, bukan ambil duit orang. Kalau budak-budak nak merokok biarkan kalau mereka mampu, melainkan jika menyusahkan orang lain atau emak bapaknya.
Inilah antara contoh kebanyakan hujah menggunakan akal semata-mata. Sebab itu hanya dengan akal, walau bagai mana cerdik sekali pun manusia itu tetaplah mereka dikira ahli fitrah jika tidak menerima seruan kebenaran yang datang melalui Rasul.
Kedatangan setiap Rasul kepada kaumnya sebagai pembawa wahyu. Kandungan wahyu adalah persoalan tauhid dan syariat. Tauhid adalah ilmu mengenal dan menghubungkan diri dengan Allah Tuhan Rabbul'alamin. Syariat pula adalah peraturan yang Tuhan tetapkan khusus kepada makhluk bernama manusia. Sebagai contoh, bila manusia mencipta sesuatu barangan seperti kereta maka akan disertakan juga dengan katalog atau manual. Katalog atau manual barangan adalah panduan penggunaan dan penjagaan yang tepat dan selamat. Itulah tujuan katalog kerana hanya yang merekacipta tahu kekuatan serta kelemahan barangan ciptaan mereka.
Tuhan Yang Maha Mencipta lagi Maha Bijaksana tentulah lebih hebat lagi. Oleh kerana manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan maka sudah tentu bersamanya ada katalog atau manual. Sebab itu setiap zaman dan setiap kaum Tuhan utusankan para Rasul. Hanya sanya Nabi Muhammad saw adalah Rasul kepada semua kaum dan Rasul sepanjang zaman. Maka tanpa Rasul bagaimana cerdik sekali pun manusia itu tetap dikira sebagai ahli fitrah kerana hanya dengan akal manusia tidak akan menemui kebenaran.
Maksud kebenaran ialah mengenal dan menghubungkan diri dengan Tuhan juga mengatur hidup dengan tepat dan selamat sebagai mana yang Tuhan kehendaki. Kenapa hanya dengan akal manusia tidak mampu menemui kebenaran?
Akal manusia kemampuannya sangat terbatas dan terhad. Kemampuan akal manusia antara satu dengan lain tidak sama. Akal manusia tidak mudah untuk diselaraskan dalam banyak perkara. Kebanyakan manusia hanya mampu berfikir perkara yang dapat dilihat, dirasa dan dialaminya sahaja. Terlalu sedikit manusia mampu memikirkan perkara yang berbentuk teori, abstrak dan lebih-lebih lagi perkara ghaib.
Allah yang menciptakan manusia dan akal manusia Maha Mengetahui kekuatan dan kelemahan manusia. Maka dengan sebab itu Allah datangkan katalog atau manual manusia melalui para RasulNya. Para Rasul membawa katalog berbentuk ilmiah yakni wahyu dan juga praktikal iaitu contoh teladan.
Sebab itu kita lihat dengan akal manusia mampu membina tamadun material sehingga menerokai angkasaraya. Manusia yang berjaya membangunkan tamadun kebendaan dengan akal tetapi menolak wahyu telah musnah kemanusiaan mereka. Di Barat contohnya mereka sangat mengagungkan kemampuan dan pencapaian akal. Apa yang kita dapat saksi ialah berpandukan akal mereka menghalalkan apa juga cara hidup termasuk berbogel di khalayak ramai seperti tiada beza dengan binatang. Bukan sahaja boleh ditonton oleh orang di sekiling mereka, malah dengan kecanggihan teknologi internet dapat dilihat sehingga serata dunia. Inilah akibat jika manusia hanya bergantung pada akal semata-mata.
Jika hanya dengan jujur sahaja boleh masuk syurga maka buatlah kejahatan besar mana sekalipun tetapi mengaku. Mengaku kejahatan tanpa rasa bersalah dan menyesal adalah keegoan yang paling tinggi. Syaitan mengaku bersalah tetapi tidak mahu bertaubat. Maka nerakalah padahnya.
Memanglah kecantikan wanita itu diciptakan Tuhan untuk di nikmati. Tetapi kenalah mengikut peraturan. Hanya kepada suami sahaja. Di situlah terletaknya harga diri dan kehormatan wanita. Jika tidak maka mampukah untuk wanita itu berkongsi dengan sesiapa sahaja yang ingin bukan sekadar melihat kecantikan tetapi lebih dari itu?
Sesuatu kejahatan seperti merokok adalah bersifat racun. Rosak lagi merosakkan. Mudharat lagi memudharatkan. Sebab itu kita bukan sahaja disuruh tinggalkan kejahatan tetapi juga mencegah dan menghalang kejahatan daripada berlaku. Jika kita melakukan kejahatan di tengah masyarakat kejahatan tersebut akan berjangkit juga akhirnya. Samada kesan secara langsung atau tidak langsung, itu saja bezanya.
Jadi jangan ikut akal semata-mata. Lebih-lebih lagi janganlah agama diolah menurut akal kita, sebaliknya akal kita yang patut dan wajib menurut dan patuh kepada agama.

Rabu, 2009 April 22
Mana Lebih Bahaya; Semangat Perkauman atau Semangat Ideology
Terjadinya berbagai jenis kaum atau bangsa-bangsa di dunia adalah ketetapan Allah, Tuhan Yang Maha Pencipta. Setiap kejadian yang Tuhan jadikan tentu ada hikmahnya. Hikmah yang tersirat dan tersurat. Maka silaplah kalau kita menjadikan wujudnya berbagai kaum atau bangsa sebagai punca masaalah.
Tuhan jadikan bangsa-bangsa di dunia agar manusia hidup saling kenal-mengenal. Saling bantu membantu. Saling hidup berkerjasama dan bertolak ansur. Kehidupan manusia bertambah menarik dan indah dengan wujudnya pelbagai kaum di alam buana. Bayangkan jika seluruh dunia didiami oleh hanya satu bangsa sahaja!
Dunia dari sejak Nabi Adam telah menyaksikan bahawa semangat perkauman BUKAN punca masaalah besar. Terjadinya peristiwa membunuh yang pertama dalam sejarah manusia bukan kerana semangat perkauman. Bahkan mereka yang membunuh dan terbunuh terdiri daripada adik beradik kandung satu ayah dan satu ibu. Itulah yang dapat disaksikan apabila Qabil membunuh Habil yang keduanya adalah putera Nabi Adam dan Siti Hawa.
Jika begitu apakah punca masaalah manusia yang pertama dan utama? Jawapan yang ringkas dan tepat adalah nafsu. Nafsu yang dibantu oleh syaitan dan iblis menjadikan manusia sangat cintakan dunia. Maka semangat CINTA DUNIA merupakan ibu segala kejahatan. Rasulullah pernah menggambarkan kepada kita yang bermaksud,"Cinta dunia kepala segala kejahatan".
Dalam tulisan ini saya tidak memperincikan huraian tentang cinta dunia. Secara ringkasnya cinta dunia adalah cinta kepada selain cinta Tuhan dan untuk Tuhan! Akibat cinta ditujukan bukan kerana dan kepada Allah maka cinta itu akan membawa kepada cinta dunia. Antara contoh cinta dunia ialah cinta pangkat, jawatan, kekuasan, harta, wang, kekayaan, wanita, glamour, gila puji, gila nama dan seumpamanya.
Semangat ideology pula adalah platfom merealisasikan cinta dunia. Tokoh pemimpin biasanya menggunakan landasan sesuatu ideology atau fahaman politik untuk memenangi pemikiran dan perasaan rakyat. Kenyataan yang terjadi ialah ideology atau fahaman poitik adalah penyumbang besar kepada masaalah pergaduhan, permusuhan dan seterusnya peperangan di dunia.
Dalam sejarah negara Malaysia sendiri terjadinya rusuhan kaum hanya pada Mei 1969. Itu pun sebenarnya bukan kerana kaum yang terlibat suka bergaduh sesama mereka. Tetapi beberapa pemimpin kaum tertentu memperalatkan kaum masing-masing. Pemimpin kaum membakar semangat kemarahan dan kebencian terhadap kaum lain. Tercetuslah huru-hara akibat daripada propaganda pemimpin kaum tertentu sebenarnya demi kepentingan mereka semata-mata.
Seperti di Bosnia, sebelum pemimpin Crotia dan Serbia memperalatkan kaum mereka, tiga kaum utama boleh hidup berjiran dengan aman. Tetapi apabila pemimpin-pemimpin kaum yang dirasuk gila kuasa memperalatkan kaum mereka terjadilah apa yang dunia saksikan kononnya peperangan saudara dan penghapusan etnik. Hakikatnya adalah peperangan kerana gila kuasa atau cinta dunia yang menghambat jiwa pemimpin mereka.
Di Malaysia kita telah saksikan kerana ideology atau fahaman politik berlaku perpecahan kasih sayang antara ahli keluarga, saudara mara dan penduduk sekampung. Kerana berlainan fahaman politik sanggup memutuskan silaturahim bahkan bermusuhan hingga ke liang lahat. Atas alasan berlainan parti atau fahaman politik tidak boleh berbincang atau bermuzakarah sekali pun demi kebaikan agama Islam. Inilah bahana ideology atau fahaman politik. Penyokong parti politik yang membuta tuli sanggup bersikap dan bertindak ganas, kasar dan bengis kepada penyokong parti lawan sekali pun satu bangsa dan satu agama. Apakah ini yang dikatakan lebih baik dari sifat perkauman yang Allah ciptakan secara semulajadi?
Sememangnya naluri manusia akan lebih cenderung kepada mereka yang ada banyak persamaan. Maka jika sesama bangsa lebih mudah bertolak ansur itu adalah sifat semulajadi. Namun sikap bertolak ansur sesama bangsa perlu dididik supaya diluaskan kepada mereka yang berlainan bangsa. Inilah yang dianjurkan oleh ajaran Islam yang mulia.
Hakikat sebenar yang tidak dapat ditolak bahawa perkelahian, pergaduhan, permusuhan dan peperangan yang berlaku di seluruh dunia sejak dulu hingga sekarang kebanyakannya berpunca daripada cinta dunia termsuk semangat ideology atau politik. Ideology adalah ciptaan manusia yang menolak peraturan dan peradapan dari Tuhan. Ideology adalah ciptaan manusia yang menolak sistem Tuhan. Ideology diciptakan untuk membunuh jiwa beragama oleh musuh Islam terutamanya oleh orientalis. Maka perjuangan politik berlandaskan ideology tidak kira ideology mana sekali pun adalah pemusnah agama, bangsa dan kemanusiaan.
Sebab itu menurut fahaman politik Barat, "Politic Is Dirty" atau POLITIK ITU KOTOR(JIJIK/NAJIS/BANGKAI). Benarlah sabda Rasulullah bahawa dunia ini bangkai. Maka hanya anjing-anjing yang kelaparan akan memburunya. Orang politik menyuburkan cinta dunia mereka dengan beralasan memberi khidmat kepada masyarakat. Benarkah?
Kenapa untuk memberi khidmat yang baik sanggup bergaduh dan bermusuh? Kenapa bukan sahaja bergaduh antara parti dengan parti tetapi juga sesama dalaman parti pun bergaduh? Benarkah orang yang boleh memberi khidmat kepada rakyat ialah mereka yang berjaya menumbangkan musuh walau dengan apa cara sekali pun?
Rasulullah boleh berkhidmat kepada musuh baginda. Dalam sejarah agung Rasulullah terdapat satu kisah seorang wanita Yahudi yang selalu menyakiti Baginda dengan membuang najis dan duri di jalanan Rasulullah. Pada suatu hari Rasulullah dapati jalan yang biasa dilaluinya tidak ada najis atau duri. Maka melalui maklumat yang disampaikan tahulah Baginda bahawa wanita Yahudi tersebut sedang sakit berat. Rasulullah lalu menziarahinya. Sewaktu wanita Yahudi tersebut melihat kedatangan Rasulullah, gementarlah hatinya lalu bertanya, "Wahai Muhammad, apakah engkau mahu membalas dendam terhadanya perbuatanku?" Rasulullah menegaskan tidak tetapi cuma ingin bertanya adakah apa-apa yang boleh Rasulullah bantu beliau. Maka terpegun dengan akhlak Rasulullah, Islam wanita Yahudi berkenaan.
Inilah contoh pemimpin Agung yang dikagumi oleh seluruh bangsa di dunia termasuk musuh Islam sekali pun. Maka jangan mudah terpedaya dengan tokoh politik yang sanggup menghina, mencaci, memaki, bergaduh, bermusuh dan bersengketa hanya kerana fahaman politik. Hujah agama cuma sebagai alat untuk menyembunyikan cita-cita politik kerana sifat cinta dunia.
Jelaslah bahawa semangat ideology atau fahaman politik lebih bahaya dan telah pun menyumbang kepada kerosakan dan kemusnahan yang lebih besar berbanding semangat perkauman yang bersifat semulajadi. Jika berlaku juga semangat perkauman sebagai punca pergaduhan sebenarnya semangat tersebut diperalatkan oleh mereka yang cinta dunia dan gila kuasa.

Selasa, 2009 April 21
Basuh Telur
Seorang penjual murtabak meletakkan lebel "Telur dibasuh" pada bekas berisi telur ayam. Datang seorang pelanggan lalu bertanya,"Apa yang dimaksudkan telur dibasuh?" Rupanya masih ada orang keliru tentang membasuh telur.
Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).
Sebab itu jika menu masakan atau resepi makanan yang mengandungi telur kena pastikan telur yang digunakan dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu. Telur yang TIDAK dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan akan mengakibatkan seluruh masakan atau makanan tersebut dikira bernajis. Najis adalah haram dimakan.
Hati ditempa oleh makanan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut mestilah halal dari semua sudut. Halal dari segi sumbernya, duit untuk membelinya, suci daripada najis pada bahan, perlaksanaan memasak dan seterusnya sewaktu menjamah makanan tersebut.
Oleh yang demikian, amatlah diragui jika sesebuah syarikat BUKAN Islam mendapat taraf halal. Sedang kebanyakan orang Islam pun masih jahil atau cuai menjaga disiplin halal terhadap makanan atau hidangan seharian sekali pun.
Sijil halal tidak salah. Sijil halal hanyalah pengesahan halal sewaktu pemeriksaan rasmi dilakukan. Sijil halal BUKAN jaminan amalan bersuci menurut syariat diamalkan. Jika orang Islam sendiri tidak faham dan tidak berdispilin dengan syariat, apakah boleh diyakini tentang amalan bersuci menurut syariat pada mereka yang bukan Islam?

Isnin, 2009 April 20
Penanti : Strategi Politik, Siapa Yang Kena?
Memancing ikan stail kampung ada satu kaedah untuk mengesan jenis ikan, jumlah dan tahap 'kelaparan' mangsa. Sebelum memancing, sejenis 'uras' biasanya diperbuat daripada hampas kelapa goreng disiramkan sekadarnya dalam sungai atau kawasan memancing. Uras yang mempunyai aroma tersendiri akan mula membangkitkan 'semangat' ikan yang sedang lapar. Biasanya seluang, lampam dan beberapa jenis ikan sungai akan segera timbul menyambar uras dengan galaknya. Selepas meneliti jenis ikan yang ada, umpan dan mata kail yang sesuai akan digunakan oleh sipemancing. Ini hanya tamsilan.
Dalam politik semasa DS Najib sudah menaburkan 'uras'nya. UMNO dan BN mungkin tidak menurunkan mana-mana calon di Penanti. Itu semacam uraslah. Tabur dulu, kemudian tengok reaksi. Menarik dan seperti yang diharapkan telah mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra.
Strategi DS Anwar
DS Anwar memang sangat berminat dengan suasana riuh rendah. Jika ada PRK tentu boleh adakan gerakan riuh rendah. Maka pakar strategi PKR Saifuddin Nasution telah mengacah Najib sebagai pengecut. Ini reaksi yang menyembunyikan rasa agak kecewa jika benar-benar UMNO dan BN memulaukan PRK Penanti.
Lim Guan Eng sebagai KM Pulau Pinang sememangnya cerdik, sederhana dan rasional. Kebanyakan ulasan dan pandangan beliau mempamerkan sikap seorang yang jujur dan berprinsip. Beliau tidak gembira dengan stail politik Anwar tetapi menyerahkan semula pendekatan tersebut kepada Penasihat PKR itu.
Strategi Anwar akan bertemu buku dengan ruas. Anwar 'tewas' dengan mentor politiknya Tun Dr Mahathir memang wajar. Tun Pak Lah bukan lawan sebenarnya. Najib dengan Anwar mempunyai sejarah karier politik tersendiri yang panjang.
Anwar memilih jalan kontroversi, berliku dan penuh dengan gimik. Mula terserlah dengan memimpin pelajar berdemontrasi hinggalah kepada mencetuskan hura hara dalam negara semasa pemecatan beliau. Membina populariti sebagai seorang pejuang Islam kerana sering membawa contoh kepimpinan Syaidina Umar r.a dalam siri ceramahnya. Demi survival politik kini Anwar bersikap sangat liberal. Liberal bahasa sopan. Bahasa yang mudah difahami adalah bermuka-muka. Bukan sekadar talam dua muka tapi talam banyak muka. Itulah sebenarnya sikap orang liberal.
Anwar hidup dengan gaya liberal, gimik dan kontroversi. Jika keadaan suram, sunyi dan tenang Anwar mati kutu. Jadi dia akan cuba cetuskan keadaan atau habitat yang selesa untuknya. Isu atau gimik yang menimbulkan suasana riuh rendah. Anwar bukan memancing tetapi 'merunduk' ikan. Beliau akan mengocak air sehingga keruh, ikan kecemasan dan panik, maka banyaklah yang masuk perangkap.
Strategi DS Najib
Najib muka baik, tertib, tenang tetapi sangat berstrategi. Beliau cepat mengesan sesuatu pergerakan bawah air. Sekali riak air, tau jantan betinanya. Bukanlah sehebat itu mungkin. DS Najib mempunyai laluan politik yang tersusun, berperingkat-peringkat dan 'nampak bersih'. Dalam karier politik beliau tidak pernah disabitkan dengan salah laku. Itulah jalan yang dipilih oleh Najib.
Semasa DS Anwar membina Team Wawasan, Najib menjadi penyokong kanannya. Memang patut beliau berganding dengan Anwar kerana sejak daripada Pemuda lagi mereka telah bersama. Tetapi Najib tidak terpalit dengan 'kemusnahan' Anwar seperti mana Zahid Hamidi. Najib selamat dalam banyak situasi genting. Apakah ramuan Najib?
Jika dilihat melalui persepsi rakyat umum terhadap Najib, nasib tentu tidak menyebelahi beliau. Sejak beberapa lama dulu lagi, Najib sering diselubungi isu dan skandal. Perempuan terutamanya. Isu kematian wanita model Monggolia menjadi kemuncak tanggapan umum terhadap Najib jadi begitu buruk, hodoh, keji dan benci. Walau pun begitu, Najib masih berpeluang menduduki kerusi PM. Kenapa?
Najib menggunakan pendekatan halus, bersahaja, tolak ansur tetapi runcing. Bagaikan sembilu. Menusuk dan sangat berbisa. Hidupnya dihiasi dengan lakunan, saduran, berselaput dan hipokrit. Pakaian luarnya cantik tetapi dalam busuk dan hangit!
Hakikatnya Anwar dan Najib mempunyai kesamaan. Lain luar lain di dalam. Tuhan hanya sekadar slogan dan siulan. Bukan keyakinan dan pegangan. Inilah produk yang lahir melalui sistem demokrasi. Jika Komunis menafikan wujudnya Tuhan, demokrasi pula tidak tentu siapa Tuhan mereka. Tuhan diperalat bukan menjadi matlamat. Dusta dan dosa bukan hitungan dalam kancah politik barat. Sangat jahat dan dahsyat.
Strategi Agung dan Raja-Raja
Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung bersama Permaisuri yang bertudung berangkat ke Chile dan akan ke Uruguay juga. Sultan Perak menyatakan bahawa Raja di atas politik dalam titah sempena hari keputeraan yang ke 81 baginda.
Situasi politik semasa telah memaksa untuk menerima semula peranan istana. Termasuk di Thailand. Taksin yang dulunya bertentangan dengan Raja, kini merayu agar pihak Raja memainkan peranan demi keamanan dan ketenteraman politik Thailand. Inilah senario yang menyaksikan kembalinya kuasa Raja-Raja khususnya dalam negara.
Sultan Mizan berjiwa agama. Pendidikan formal dan informal yang dilalui sangat mematangkan baginda. Almarhum Ayahanda baginda juga sangat beragama. Senangkah hati baginda mendapat memanda Perdana Menteri yang bersalut noda?
Baginda Agung sejak awal menaiki tahta telah mengkaji resepi terbaik bagi menjamin Islam akan selamat berada dibawah naungan pemerintahannya. Pernah baginda meluahkan keyakinan tersebut kepada bonda baginda. Baginda akan berperanan demi agama!
Peranan siapa?
Kemelut ekonomi, politik dan budaya semakin memuncak. Seluruh dunia, termasuk dalam negara kita. Angkara siapa sehingga terjadi tiba-tiba. Ini semua Tuhan punya rencana. Bukankah Tuhan ada menyatakan yang bermaksud," Kamu membuat tipudaya dan Tuhan juga ada tipudaya, sesungguhnya tipudaya Tuhan adalah sebaik-baik tipudaya.."
Tuhan sedang merasakan pada manusia akibat daripada tipudaya manusia sendiri. Manusia mengenepikan Tuhan dalam urusan mereka. Bila mereka tersepit barulah mereka kembali kepada Tuhan. Bukankah mereka cuba menipudaya Tuhan? Maka rasakanlah tipudaya Tuhan pula. Tuhan pulangkan semua masaalah kepada kebongkakkan manusia semula.
Siapa yang kena? Mereka yang cuba menipu orang dan menipu Tuhan!

Selasa, 2009 April 14
Politik: Perkara kecil dianggap besar
Islam adalah cara hidup. Islam merupakan cara hidup berTuhan. Ertinya cara hidup yang menjadikan Tuhan adalah segala-galanya.
Tuhan adalah matlamat, idola, sumber rezeki, sumber kekuatan, sumber ketenangan dan sumber kebahagian. Tuhan tempat mengadu dan meminta. Tuhan tempat rujukan segala masaalah. Tuhan sumber kekuatan dan segala keperluan hidup. Hakikatnya hidup dan mati hanya untuk dan kerana Allah Tuhan sekelian alam.
Allah selaku Maha Pencipta menciptakan alam dan peraturannya. Maka berjalanlah seluruh sistem alam mengikut peraturan dan kehendak Tuhan. Sekali-kali peraturan Allah tidak akan berubah.
Manusia ialah makhluk yang paling mulia Allah ciptakan. Pada manusia Allah berikan dua bentuk peraturan. Pertama secara sukarela dan yang kedua secara paksa. Peraturan pertama manusia patuh dan taat secara sukarela dan tiada sekali-kali membantah. Sebagai contohnya ialah bila manusia makan dan minum maka dengan sendirinya perlu juga buang air besar atau kecil. Tidak pernah manusia engkar dengan sistem ini. Sejak Nabi Adam hingga sekarang manusia patuh sahaja kepada kejadian atau peraturan Tuhan dalam perkara seumpama ini. Ini dinamakan sunnahtullah atau hukum semulajadi. Begitulah kejadian yang Tuhan jadikan atau tetapkan.
Peraturan kedua peraturan secara paksa. Ada lima hukum dalam hal ini. Wajib, sunat, haram, makhruh dan harus. Lima hukum ini kena diselaraskan dalam seluruh kehidupan manusia. Lima hukum ini perlu dipraktikkan dalam habbluminnas dan juga habbluminallah. Perlu diamalkan secara lahir dan batin. Lahiriah mencakupi anggota lahir diri, keluarga dan masyarakat. Termasuk juga sistem dan perundangan hidup seperti pendidikan, ekonomi, kebudayaan, politik, kesihatan, kenduri kendara atau keramaian, pergaulan dan seterusnya mengatur dan menyusun alam sejagat.
Dalam konteks batin atau roh atau dalaman pula merangkumi aspek aqidah atau tauhid, keyakinan dan kepercayaan, akhlak dengan Allah dan manusia, persoalan hati dan perasaan, perkara maknawiyah dan rohaniah. Ilmu dan kefahaman juga semuanya itu kena diselaraskan dengan hukum hakam Allah yang lima. Maka inilah yang dinamakan ajaran Islam sebagai satu cara hidup berTuhan.
Dalam mengimplimentasikan seluruh ajaran Islam pula, kena melalui empat peringkat. Syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. Syariat itulah seluruh ilmu Islam atau kebenaran yang bersifat ilmiah. Al Quran dan Al Hadis yang masih dalam bentuk ilmu secara akaliah atau dokumentasi. Syariat masih berbentuk panduan belum jadi keyakinan dan amalan.
Tariqat pula adalah apa saja yang telah digariskan dalam ajaran Islam kemudiannya dilaksanakan. Bila proses perlaksanaan hukum hakam atau ajaran Islam tidak kira dalam aspek mana berlaku atau dipraktiskan dalam kenyataan maka dinamakan Tariqat. Jika umat Islam menjalankan atau men'tariqat'kan seluruh tuntutan ajaran Islam tercetuslah kemajuan, tamadun, perpaduan dan kasih sayang sekali gus menjadi tuan dalam kehidupan. Hakikat yang kita saksikan umat Islam belum melalui proses tariqat. Sebab itu seluruh dunia umat Islam ketinggalan, berpecah belah dan hina di mana-mana.
Hakikat pula adalah buah daripada mengamalkan ajaran Islam. Buah yang dapat dirasai secara individu dan juga masyarakat. Individu yang benar-benar mengamalkan ajaran Islam lahir dan batin akan mengecapi nikmat jiwa yang bahagia dan tenang. Mereka inilah orang bertaqwa yang memiliki paling minima Iman Ayan atau Iman orang soleh. Nafsu mereka sekurang-kurangnya mencapai maqam mutmainnah. Inilah golongan Abrar. Himpunan individu begini menjadikan masyarakat hidup harmoni dan berkasih sayang. Inilah masyarakat yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah.
Makrifat pula adalah rasa isi buah yang tidak mampu diperkatakan. Hanya dapat dinikmati dan dirasai mereka yang merasainya.
Maka persoalan politik hanya satu juzuk kecil atau aspek yang terpencil dalam seluruh ajaran Islam yang sangat indah dan cukup sempurna itu. Cukuplah kalau kita memberikan perhatian pada persoalan politik sekadar keutamaannya atau mengikut kadar sepatutnya. Janganlah perkara kecil dijadikan terlalu besar sehingga terabai perkara pokok dan perkara yang utama.
Para Nabi dan Rasul memperkenal manusia kepada Tuhan sebagai misi pertama dan utama dalam perjuangan hidup mati mereka. Dalam sejarah hanya empat Rasul sahaja yang Tuhan berikan kuasa negara. Ini menunjukkan kuasa negara tidak sepenting dan seutama jihad memperkenalkan manusia kepada Tuhan.
Perjuangankan Tuhan. Tuhan adalah cinta agung.

Ahad, 2009 April 12
Alat Dan Matlamat
Matlamat hidup manusia adalah untuk mendapat keredhoan Allah. Allah adalah cinta agung. Segala-galanya untuk dan kerana Allah jua. Ringkasnya setiap peribadi perlu menjadi orang yang bertaqwa.
Sebagai khalifah Allah di muka bumi hendaklah menegakkan kalimah Allah. Kalimah Allah dalam ertikata yang ringkas adalah hukum-hakam yang Allah telah tetapkan. Hanya ada lima hukum iaitu wajib, haram, sunat, makhruh dan harus(mubah). Inilah matlamat perjuangan hidup selaku hamba Allah dan khalifahnya.
Dalam memperjuangkan matlamat tersebut mesti dilaksanakan dalam dua bidang utama. Pertama hubungan dengan Allah dan kedua hubungan dengan manusia. HabblumminAllah wa habblumminannas. Itulah dua bidang yang perlu ditegakkan matlamat tersebut.
Adapun alat untuk ditegakkan matlamat itu bermula dari diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya alam sejagat. Dalam diri termasuk ilmu, masa, tenaga, harta, pangkat dan apa saja yang kita ada mesti dijadikan alat untuk menegakkan matlamat. Begitu juga dalam keluarga ada isteri-isteri, anak-anak dan kehidupan berkeluarga.
Sebagai contoh untuk mudah difahami, jika kita ada ilmu maka mestilah kita tegakkan hukum-hukum Tuhan pada ilmu tersebut. Mana ilmu yang wajib dipelajari mesti dipelajari, yang wajib di ajar mesti diajarkan, yang wajib diamal mesti diamalkan begitulah seterusnya. Jika ada pangkat pula, apa yang wajib kita laksanakan maka mesti dilaksanakan sesuai dengan pangkat kita. Jika kita ada anak buah, maka soal fardhu ain anak buah mesti diambil tahu. Jika didapati ada anak buah yang belum lengkap ilmu fardhu ainnya, maka wajib diajarkan atau diadakan kelas fardhu ain. Bila masuk waktu solat wajib mengajak anak buah bersolat sama atau memberi peringatan secara berhikmah agar menunaikan solat fardhu. Begitulah seterusnya.
Maka fahamlah kita bahawa apa saja nikmat kurniaan Tuhan adalah alat untuk kita menegakkan matlamat hidup. Alat untuk menegakkan hukum hakam Allah yang lima seterusnya mendapat keampunan dan keredhoan Allah. Inilah matlamat hidup manusia yang mempunyai dua peranan iaitu sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi.

Khamis, 2009 April 09
PM dan Kabinetnya : Dengar atau ikut rakyat?
Petang tadi PM ke-6, DS Najib mengumumkan senarai anggota kabinet beliau. Dalam ucapan ringkasnya beliau berjanji akan mendahulukan rakyat. Ucapan sulungnya sebagai Presiden UMNO juga menjanjikan untuk merakyatkan kerajaan bila beliau menjadi terajunya. Itu janji beliau!
Janji sudah dikata. Melemparkan janji tidak mengeluarkan modal. Tak perlu korban masa dan tenaga. Terlintas di fikiran terluncur pada ucapan. Jika iman tidak kuat bertunjang, maka kata-kata atau segala janji tidak dapat dipegang. Inilah janji.
Nak mengotakkan janji bukan senang. Tidak semudah berjanji. Orang politik suka dan mudah berjanji. Maka sifirnya ialah suka dan mudah pula melupakan janji. Itulah janji politik namanya.
Cabaran DS Najib dan anggota kabinetnya adalah mengotakan janji. Bukan berjanji. Hakimnya adalah rakyat jelata. Apakah sekadar mendengar keluhan rakyat atau mengikut apa kata rakyat?
Hakikatnya tidak mungkin mampu kerajaan mengikut apa kehendak rakyat. Tidak kira kerajaan dari pihak mana. BN atau PR kedua-duanya tidak akan mampu memenuhi kemahuan rakyat jelata. Sebesar mana dunia yang mahu diagihkan, besar lagi nafsu dan kemahuan rakyat. Apatah lagi dunia sedang mengecil kerana kesempitan ekonominya.
Percayalah, jika dunia yang dikejar maka selamanya kita menjadi hamba dunia. Bila kita menjadi hamba dunia ertinya jiwa kita tidak merdeka. Menjadi hamba jiwa sentiasa tertekan dan hilang kebahagian. Itulah sebenarnya yang menjadikan manusia tidak bahagia sekali pun dunia di tangan mereka.

Rabu, 2009 April 08
Rasuah dan Rokok
Rasuah perbuatan keji lagi mungkar. Pemberi dan penerima rasuah sama jahat dan sama sahaja hukumnya di sisi Islam. Rasuah berlaku kerana adanya penawaran atau permintaan. Kedua-dua pihak ada kepentingan dan dapat keuntungan.
Penawaran berlaku selalunya bila pihak yang memberi merasa akan memperoleh keuntungan daripada pemberiannya. Permintaan pula sering terjadi bila pihak yang berkuasa atau pemegang amanah boleh memberi untung atau faedah kepada pihak yang berurusan dengannya.
Jika demikian perlakuan rasuah sukar dibendung oleh undang-undang dan penguatkuasaan semata-mata. Ini kerana pihak penguatkuasaan anti rasuah pun terdedah dan masih ada ruang untuk ditawar atau meminta rasuah sebagai penyelesaian kes.
Dalam Islam mencegah dan membasmi kemungkaran atau maksiat bukan bergantung kepada undang-undang dan penguatkuasaan. Undang-undang dan penguatkuasaan atau lebih dikenali hudud adalah sebagai pagar. Iaitu memagar manusia yang telah jinak dan lunak hati mereka dengan Tuhan. Bukan memagar manusia yang hati mereka masih terlalu liar dan nafsunya masih terlalu rakus dan serakah.
Manusia ada roh, akal, nafsu dan jasad lahir. Roh atau hati kalau sudah liar maka apa hukuman menanti pun orang seperti ini tidak takut dan gentar. Akal pula jika sepanjang masa mencari jalan melakukan kejahatan, tentulah semakin hari semakin canggih kejahatan yang mampu dilakukannya. Nafsu yang memang semulajadinya bersifat rakus, tamak dan haloba tidak mungkin berjaya digertak dengan undang-undang dan anggota penguatkuasa. Hanya jasad lahir sahaja yang mungkin dapat dipenjara, digari, disebat, digantung dan ditembak mati.
Sebagai contoh saya ketengahkan isu rokok. Dalam Islam jumhur ulama mengharamkan amalan merokok. Merokok melibatkan pembaziran, ketagihan, kerugian, sia-sia, suka berkhayal, membahayakan kesihatan dan tiada sedikit pun faedah atau kebaikannya. Sehingga kini kerajaan telah membelanjakan berjuta Ringgit Malaysia untuk kempen berhenti merokok. Larangan dan tegahan telah dikuatkuasakan. Tidak cukup dengan itu kotak rokok pula dimestikan mencetak gambar-gambar yang menyeram dan menjengkelkan perokok. Harga dan cukai rokok juga dinaikan dari semasa ke semasa. Persoalannya apakah hasilnya?
Jumlah perokok makin bertambah. Pelajar sekolah berlumba-lumba mengikuti contoh orang lebih dewasa dalam kerja bodoh ini. Kenapa ini terjadi? Sedangkan untuk merokok tidak mendapat untung apa-apa malah menghabiskan sia-sia.
Jika perbuatan merokok yang jelas tidak berfaedah dan membazir serta membahayakan kesihatan pun sukar dibendung apatah lagi rasuah. Rasuah pada lahirnya memang menguntungkan kedua belah pihak. Pada lahirnya rasuah tidak perlukan kos tetapi terus untung bagi penerima. Bagi pemberi pula hanya mengeluarkan modal awal untuk membolot untung yang lebih besar.
Kesimpulannya jika hati atau roh, akal dan nafsu tidak dididik sehingga jinak maka selagi itu kejahatan dan maksiat tidak mungkin dapat dibenteras malah semakin menjadi-jadi. Oleh kerana persoalan roh, akal dan nafsu adalah urusan Tuhan maka hanya dengan kaedah Tuhan sahaja dapat menjinak dan melunakkannya.
Dalam sejarah dunia hanya para Rasul, mujaddid, guru mursyid dan ulama 'amilin sahaja yang berjaya mengubah hati dan sifat buruk manusia. Mereka ini sahaja yang berjaya mendidik manusia daripada jahat kepada baik, daripada bersifat kebinatangan berubah bersifat umpama malaikat. Inilah kenyataannya bahawa kaedah atau pendekatan undang-undang dan penguatkuasaan selamanya tidak mampu membenteras gelaja rasuah.
Jika UMNO, MCA, MIC, PKR, PAS, DAP dan lain-lain parti-parti politik benar-benar ingin membenteras rasuah maka dicadangkan semua pemimpin dan ahli yang komited berhenti merokok dahulu. Jika rokok yang jelas haram, tidak memberi faedah dan lagi teruk membahayakan kesihatan pun tak mampu nak tinggal apa lagilah rasuah yang sememangnya menguntungkan!

Selasa, 2009 April 07
Perjuangan Belum Selesai
sambungan Manusia Diciptakan...
Bila manusia keluar dari alam rahim maka bermulalah perjuangan. Manusia hidup bukan atas perancangan atau kehendaknya sendiri. Tetapi kenapa manusia dihidupkan? Jawapan kepada persoalan kenapa manusia ini dicipta atau dihidupkan atau pun didatangkan kenalah merujuk kepada Maha Penciptanya iaitu Allah swt Tuhan sekelian alam.
Tuhan yang menciptakan manusia tentulah Tuhan sendiri tentukan kenapa, mengapa dan kemana haluan ciptaanNya ini. Inilah pandangan akal yang waras dan hati yang tulus ikhlas.
Melaui Al Quran Allah ada menyatakan seperti yang bermaksud, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu...".
Dalam ayat yang lain Allah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya Aku akan jadikan khalifah di muka bumi.."
Inilah dua peranan manusia dicipta dan dihidupkan.
Peranan Pertama: Menjadi hamba Allah. Allahlah tujuan atau matlamat hidup manusia. Semuanya kerana dan untuk Allah. Seluruh jiwa raga, hidup dan mati hanya untuk Allah semata-mata.
Manusia mesti menjadi hamba Allah melalui ibadah asas iaitu rukun Iman dan rukun Islam. Ibadah fadhoilul'amal pula merupakan ibadah tambahan yang utama. Ibadah ini terlalu banyak iaitu yang bersifat sunat dan sunnah. Ibadah umum lebih luas lagi iaitu perkara yang harus dalam urusan kehidupan dari sekecil kecil perkara hingga sebesar-besar urusan perlu menempuh lima syarat supaya menjadi ibadah.
1. Niat mesti betul iaitu kerana Allah semata-mata.
2. Perkara yang dilakukan mestilah harus/mubah dari segi syariat
3. Perlaksanaan urusan tersebut mesti menurut jalur syariat
4. Natijah atau hasil/buah dari urusan berkenaan disalurkan sesuai dengan syariat
5. Dalam melaksanakan urusan tersebut TIDAK meninggalkan ibadah asas atau perkara asas dalam Islam.
Maka melalui seluruh ibadah yang tiga cabang tadi manusia berjalan menuju kepada matlamat menjadi orang yang bertaqwa atau muttaqqin. Allah hanya menjamin keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di Akhirat bagi orang bertaqwa. Tiada satu jaminan pun yang Allah tegaskan bagi mereka yang hanya Islam.
Peranan Kedua: Sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Umpama duta Allah ke muka bumi. Ertinya manusia perlu memperjuangkan Tuhan dan hak-hak Tuhan. Seluruh urusan hidup dan kehidupan mesti diselaraskan dengan kehendak Allah swt. Untuk tujuan itu Tuhan telah mengutuskan Rasul-RasulNya memperkenalkan manusia kepada Tuhan. Bila manusia telah benar-benar kenal Tuhan maka terbitlah rasa cinta dan takutkan Tuhan dalam hati sanubari. Dengan takut dan cintakan Tuhan seluruh peraturan Tuhan sangat dijaga dan diamalkan sungguh-sungguh. Inilah contoh teladan bagaimana menjalankan peranan kedua manusia.
Sebagai hamba dan khalifah Allah manusia dibekalkan dengan panduan iaitu Al Quran dan Sunnah. Selepas kewafatan Rasulullah, Al Quran dan Sunnah masih kekal hingga ke hari ini. Cuma pada hari ini yang tinggal kedua-duanya itu hanyalah berbentuk ilmu yang tersemat dalam tulisan atau hafalan. Dalam bentuk praktikal hanya di sudut-sudut atau aspek-aspek tertentu sahaja.
Pada hari ini manusia sudah kehilangan Tuhan, pemimpin dan kasih sayang. Walaupun ada panduan namun hanya berbentuk ilmiah tanpa role model. Rasulullah adalah role model yang hidup di zamannya. Peribadi Rasulullah, ahli keluarga serta sahabat-sahabat besar sudah cukup untuk menjadi contoh ikutan dalam seluruh aspek kehidupan harian. Apa saja persoalan yang timbul dalam kehidupan terus dirujukkan kepada Rasulullah. Namun kebanyakan hanya melihat dan memerhatikan sikap Rasulullah sahaja pun sudah dapat menyelesaikan banyak persoalan. Rasulullah adalah Al Quran yang hidup.
Maka di zaman ini Al Quran dan Sunnah hanya dalam bentuk kaku dan beku. Al Quran dan Sunnah sudah tidak lagi menjadi amalan atau satu cara hidup. Maka bagaimanakah manusia di zaman ini dapat menjadi hamba dan khalifah Allah dengan sebenar-benarnya?
Perjuangan belum selesai. Setelah tiadanya Nabi dan Rasul, umat ini masih ada jaminan setiap awal kurun pasti ada mujaddid. Mujaddid adalah bayangan Rasul. Mujaddid adalah photocopy peribadi Rasulullah. Mujaddid adalah mereka yang memberi nyawa kepada Al Quran dan Sunnah di zamannya. Mujaddid adalah Al Quran dan Sunnah yang hidup di zamannya. Peribadi, ahli keluarga dan para ikhwan mujaddid akhir zaman merupakan contoh teladan dan ikutan umat zaman ini. Pada mereka ada petunjuk yang realiti. Mereka adalah pejuang kebenaran di zaman ini. Mujaddid akhir zaman adalah pemimpin yang Tuhan janjikan untuk kegemilang Islam di zaman ini. Islam akan kembali gemilang berdasarkan faktor janji atau jadual Tuhan. Pemimpinnya, masanya dan tempatnya semua telah diisyaratkan oleh Rasulullah sejak lebih 1400 lalu. Inilah masanya. Hanya menunggu saat dan detik kemenangan janji Tuhan. Nanti manusia akan terpimpin dan dipermudahkan Allah menjadi hamba dan khalifah yang sebenarnya berkat dan karomah golongan bertaqwa yang digelar ikhwan di akhir zaman ini. Perjuangan sedang berjalan dan belum selesai.

Isnin, 2009 April 06
PRK dan Kabinet Najib
PRK
Esok malam keputusan tiga PRK insyaAllah akan diketahui umum. Kemungkinan keputusan PRK 1-2 (BN-PR) adalah tinggi. Pada umumnya persepsi rakyat belum berubah secara mendadak untuk menyokong BN. Tetapi ada beberapa faktor kemungkinan keputusan akan menjadi 2-1. Jika keputusan 0-3 tentulah sesuatu yang amat mengejutkan dan mencabar PM baru. Ini juga petanda bebanan Najib untuk 'memutihkan' persepsi rakyat terhadapnya adalah tugas utama yang amat sukar sekali.
Keputusan PRK ini juga akan mengubah senarai terakhir kabinet Najib. Tentulah pada masa ini senarai akhir telah pun dikemaskinikan. Namun jika keputusan PRK merupakan sesuatu yang menggemparkan, pasti ianya menyumbang kepada penilaian semula barisan tersebut.
Kabinet Najib
Siapa pun barisan yang ditampilkan sudah bukan menjadi isu utama. Tetapi bagaimana kombinasi dan komposisi anggota kabinet yang dilantik dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada pemerintah. Persoalan utama kepada masaalah yang timbul adalah faktor manusia dan sistem. Mampukah barisan yang ditampilkan nanti akan dilihat sebagai mereka yang bersih dan tentunya yang dipercayai dan diyakini amanah dalam tanggungjawab mereka? Begitu juga apakah PM dan kabinet barunya nanti benar-benar mempunyai sistem baru yang lebih baik untuk digantikan dengan sistem yang sedia ada.
Sistem pendidikan, sistem ekonomi, sistem kewangan, sistem budaya, sistem masyarakat, sistem politik seperti sistem pemilihan pemimpin dan sebagainya. Adakah PM mempunyai pasukan yang berwibawa bagi mencari formula atau kaedah terbaik memperbaiki sistem yang sedia ada yang jelas semakin merosakkan dan sedang berhadapan dengan krisis nilai terburuk dalam sejarah.
Faktor Sistem
Sistem ekonomi contohnya sudah kedengaran pendokong dan pengamal sistem kapitalis juga hilang keyakinan kepada sistem mereka. Bahkan mereka telah pun menyalahkan sistem tersebut sebagai punca kepada keruntuhan ekonomi dunia pada masa ini.
Sistem kewangan dunia juga sedang lantang dipertikaikan oleh tokoh ekonomi dan kewangan dunia. Dr Mahathir sendiri telah secara terang-terangan memperlecehkan sistem perbankan konvensional yang diamalkan seluruh dunia terutamanya di negara maju.
Sistem pendidikan negara yang sering dicemuh oleh rakyat sedang hilang nilai dan hala tujunya. Ke manakah arah pendidikan negara. Pada suatu ketika sistem pendidikan hanya dilihat melahirkan manusia yang ada nilai kormesial. Manusia diiktiraf sebagai berpelajaran jika sijil yang dimilikinya ada nilai 'jawatan' atau kerja yang mempunyai gaji lumayan. Faktor moral dan jati diri manusia dalam sistem pendidikan menjadi agenda sampingan bukan keutamaan. Maka lahirlah manusia yang cerdik tetapi rakus nafsunya. Lahir mereka yang bijak pandai tetapi sombong, ego, bongkak, penipu, rasuah, gila pangkat, gila wanita, gila harta dan gila dunia. Inilah akibat sistem pendidikan negara yang dilagang dengan akal semata-mata.
Jika faktor manusia dan sistem ini tidak dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin, maka tiada apa harapan yang boleh diharapkan daripada keputusan PRK dan juga rombakan kabinet baru. Lebih menyedihkan lagi, PM ke 6 ini adalah tokoh yang sememangnya BUKAN menjadi harapan majoriti rakyat terutamanya yang terlalu cintakan kebenaran.

Ahad, 2009 April 05
Manusia Dicipta Untuk Dikekalkan
Allah menciptakan manusia untuk dikekalkan. Ciptaan manusia bermula dengan alam roh kemudian diikuti alam rahim. Semasa di alam rahim roh manusia yang telah diciptakan lebih dahulu dimasukkan ke dalam jasad. Jasad pula diciptakan berperingkat-peringkat. Apabila keluar dari alam rahim bermulalah putaran baru ciptaan bernama manusia yang telah dilengkapi dengan roh, akal, nafsu dan jasad lahir atau tubuh badan atau disebut juga sebagai jawarih.
Kehidupan manusia di dunia ini adalah bertujuan menguji siapakah yang paling baik amalannya. Inilah yang Allah tegaskan dalam firmanNya yang bermaksud; “ Sesungguhnya Tuhan jadikan mati dan hidup adalah untuk menguji di antara kamu siapakah yang paling baik amalannya”.
Islam sahaja yang dapat menjawap tiga persoalan penting berikut;
1. Dari mana kita datang?
2. Kenapa kita datang atau didatangkan ke dunia?
3. Ke mana kita pergi selepas didatangkan ini?
Kita datang ke dunia bukan atas kehendak kita. Kita hidup di dunia bukan kerana permintaan dan keinginan kita. Kita diciptakan dan didatangkan ke dunia oleh Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Menciptakan. Kenapa Allah cipta dan hidupkan manusia?
Kedatangan kita ke dunia bukan atas perancangan dan kehendak kita. Oleh kerana itu kita tidak berhak berbuat sewenang-wenangnya dalam hidup ini. Bila kita faham bahawa hidupnya kita ini bukan perancangan kita sendiri, maka ternyata kita sangat terhutang budi di atas nikmat hidupnya ini. Tentu bagi akal yang waras akan segera terasa akan jasa dan budi Pencipta kita.
Maka marilah kita mengkoreksi diri dengan sering bertanya kepada diri kita, Siapakah yang menciptakan aku? Kenapa aku diciptakan dan untuk apa aku dihidupkan di dunia ini? Ke manakah aku selepas ini?
Bersambung…..insyaAllah.

Jumaat, 2009 April 03
Najib PM ke 6 - Sukacita atau Dukacita?
Hari ini mantan PM ke 5 telah bersara sebagai PM sekali gus di anugerahkan Tun, begitu juga isterinya.
PM ke 6, Najib Razak telah selamat mengangkat sumpah dihadapan YDP Agung petang tadi. Hampir seluruh saluran media eletronik menyiarkan acara tersebut secara lansung.
Hari ini penghulu segala hari nisbah seminggu. Jumaat penuh rahmat dan berkah. Itulah yang kita yakini sebagai mana diberita Rasulullah.
Pada hari ini sebahagian rakyat merasa amat sukacita. Mereka tentunya terdiri daripada pembesar yang menunggu habuan masing-masing. Konco-konco dari semua lapisan yang mengharapkan limpahan nikmat juga menumpang rasa seronok. Selain mereka hanya yang suka menang sorak sahaja terikut-ikut merasa gembira terutama yang ketagih berita dari media arus perdana.
Namun kebanyakan rakyat jelata tidak merasa apa-apa perubahan dan kesan terhadap peristiwa yang berlaku pada hari ini. Mereka hanya ada mata untuk melihat. Fikiran dan perasaan sentiasa bergelut dengan kehidupan harian. Susah senang, perit jerih keringat tiada siapa ambil peduli hanya ditanggung diri sendiri. Inilah hakikat mereka yang hidup berasaskan tulang empat kerat atau memerah keringat demi menyambung hayat.
Para penentang bercampur rasa. Hiba dan suka silih menerpa. Peluang menghujani cerca semakin terbuka. Tokoh utama negara terlalu banyak noda. Sekali pun tidak pernah dibuktikan secara nyata, namun persepsi hodoh rakyat kepadanya sudah terlalu lama. Bagaimana pun kuasa akan diguna, bagi menutup bangkai bernyawa. Inilah cabaran musuh Najib, untuk mengheret beliau bersama mereka.
Hari pertama MCA sudah pun mendesak dan meminta-minta. Najib pasti tidak dapat bertahan lama. Jika untuk memuaskan hati semua, segala harta dunia dicaing pun tak akan dapat sama rata. Inilah formula yang tiada pada orang yang cinta dunia. Mereka tidak faham bagaimana menjinakkan nafsu serakah manusia. Semakin diberi, dihulur semakin menjadi jadi kemaruk dan halobanya.
Maka pada hari ini orang yang merindui kebenaran muncul dan menjelma semula amat berdukacita. Kenapa manusia sebegini masih 'direstui' mengepalai negara tercinta. Bukan kerana hasad dan iri hati kepadanya. Paling mendukacitakan kerana merasa diri sangat berdosa. Hingga Tuhan belum lagi menunaikan janji-janjiNya. Bukankah akhirzaman Islam akan kembali bertahta. Bermula dengan kuasa sebuah negara. Kita yakin negara tersebut adalah Malaysia. Masanya sudah tiba, sepatutnya terjadi bila-bila masa sahaja. Tentu ada sebabnya sehingga tergendala. Seolah-olah Tuhan sedang menduga kita. Yakin atau ragu dengan janjiNya, atau semakin menggandakan rintihan, harapan, penghambaan kepadaNya. Taubat dan sedekah berlipat ganda kerana ia lebih tajam dari doa. Inilah perasaan sebilangan kecil hamba yang cinta dan rindu kepada kebenaran yang nyata. Terutama ketuanya, Fatta Attamimi yang lebih masyhor disebut Abuya.
Mungkinkah Najib akan segera tersungkur sebelum kuasa sempat diguna?

Khamis, 2009 April 02
Jijik : Rokok, rasuah dan politik
Pagi tadi sewaktu di kedai photocopy seorang pemuda merungut kerana runsing dengan gambar yang tertera pada kotak rokok. Kotak rokok baru telah meletakkan gambar-gambar menjengkelkan, seperti gambar pesakit paru-paru. Kata pemuda tersebut, tengok gambar tu menyebabkan tak selera nak makan, bukan tak nak merokok, merokok tetap merokok.
Begitulah kalau mengatasi masaalah hanya guna akal. Sedang akal manusia sangat terbatas dan bersifat lemah. Sehebat mana pun akal akan mati jua. Buntu, jemu, lemah, sakit dan gila sudah biasa terjadi kepada akal yang cerdik.Jadi kenapa manusia hanya bergantung pada akal. Kembalilah kepada Tuhan.
Dadah yang telah dikelaskan sebagai najis pun masih menjadi 'teman setia' kebanyakan remaja. Jenis manusia apa yang kalau najis pun mereka suka dan ketagihan? Inilah manusia yang sudah rosak fitrahnya!
Kini rasuah pula dicadangkan untuk dikhinzirkan. Kononnya orang Melayu mudah terasa jijik dengan khinzir. Soal jijik adalah soal rasa. Jika hanya menukar istilah, rasa jijik tidak mungkin dapat diresapkan dalam jiwa.
Bangsa Arab yang sering berbunuhan sebelum kedatangan Rasulullah boleh menjadi manusia yang paling berkasih sayang setelah jiwa mereka ditanam Iman. Takut dan cintakan Tuhan adalah pil yang pertama dan paling utama. Cintakan syurga dan takutkan neraka menjadikan para sahabat hilang selera dengan dunia. Akhirnya mereka tidak berebut lagi dengan dunia. Jadilah mereka tuan kepada dunia bila mana dunia dapat dikontrol oleh mereka. Inilah resepi supaya manusia membenci kemungkaran dan maksiat.
Politik yang celaru dan keliru adalah manifestasi daripada cinta dunia yang begitu mendalam pada jiwa manusia. Semua pihak yang sedang bertarung dalam poitik semasa hanya bertelagah soal dunia semata-mata. Cuma ada yang menggunakan hujah agama sebagai penyedap atau halwa telinga. Hakikatnya mereka semua masih berkisar dan berlegar dengan persoalan dunia.
Para Nabi dan Rasul memperkenalkan manusia kepada Tuhan. Tuhan diperjuangkan sehingga menjadi Idola setiap insan. Buah daripada takut dan cintakan Tuhan menjadikan mereka yang beriman sangat patuh, tunduk dan taat kepada setiap perintah atau larangan Allah. Maka hiduplah para sahabat dengan penuh kasih sayang dan harmoni.
Kerana kecintaan pejuang kebenaran setiap zaman kepada Tuhannya, mereka sanggup berkorban apa saja hatta nyawa sekali pun. Namun begitu sifat pejuang kebenaran setiap zaman sangat berakhlak, bersopan, lemah lembut dan berkasih sayang.
Berbeza dengan pejuang politik termasuk yang menggunakan nama agama mereka selalunya bersifat kasar, bengis, mencaci, mengherdik, menghina, mengadu domba dan memfitnah menjadi budaya. Inilah kejijikan yang sedang kita saksikan setiap hari di tanah air tercinta, Malaysia.
Bilakah lagi akan datang penyelamat yang mampu mengubah keadaan ini sehingga dunia menjadi aman damai dan paling utama mendapat pengampunan Tuhan. Inilah rintihan kalbu orang beriman dan yang sangat merindukan kemunculan kebenaran akhir zaman.

Rabu, 2009 April 01
Celaru dan keliru semasa
Semalam saya menonton Hujah TV9. Menarik, cuma saya rasa lebih molek jika sorang panel adalah dari kalangan pemerhati politik atau pengulas politik. Bila ditampilkan tiga tokoh undang-undang, maka hanya Yang Arif Tuan Hakim saja layak menilai. Orang awam akan terpinga-pinga atau buat kesimpulan sendiri. Maka tetaplah celaru dan keliru.
Presiden Majlis Peguam kata pulangkan semula kepada rakyat. Benarkah pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyat dikira baik dan mampu berlaku adil?
Bukankah pemimpin Amerika dan Israel adalah naik melalui pilihan majoriti rakyatnya? Kenapa setiap pemimpin yang dipilih rakyat menjadi 'orang yang paling gila' di dunia.
Sebenarnya bukan rakyat menentukan siapa pemimpin yang baik. Tetapi pemimpin yang baik sahaja dapat mendidik rakyat agar menjadi baik. Semoga bangsaku tidak celaru dan keliru lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)