Kemelut ekonomi, politik, sosial dan budaya semakin hari semakin berkecamuk. Dalam negara maupun luar negara. Sepintas lalu seolah-olah tiada penyelesaian yang ditemui oleh para pemimpin maupun tokoh cerdik pandai era IT ini. Kenapa dan mengapa?
Manusia terlalu angkuh dengan ilmu dan teknologi. Manusia terlalu berbangga dengan ilmu dan teori mereka. Akhirnya manusia merujuk semua persoalan hidup kepada akal semata-mata.
Kemelut yang sebenarnya sedang melanda manusia ialah tidak mahu kembali ke jalan yang lurus. Jalan yang lurus adalah jalan para Nabi, Rasul dan Siddiqin. Merekalah orang yang benar dan lurus.
Kajilah sejarah hidup para Nabi dan Rasul. Sekali pun hidup mereka penuh dengan ujian dan dugaan, namun sifat kemanusiaan mereka sangat tinggi dan terpuji. Para Nabi dan Rasul menjadi contoh umat setiap zaman.
Sempena Maulidir Rasul ini marilah kita menghayati peribadi Rasulullah saw yang merupakan penghulu sekelian Rasul dan Nabi. Semoga dengan syafaat Rasulullah saw, kita di akhir zaman ini akan di datangkan oleh Tuhan pemimpin yang dapat menunjukkan jalan kebenaran. Jalan yang lurus. Inilah doakan dan munajat kita setiap hari terutamanya dalam sembahyang.
Jumaat, 2009 Februari 27
Salam sejahtera untuk semua
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka yang mengikuti blog ini dan juga yang tersinggah. Anda semua adalah tetamu saya yang sentiasa dialu-alukan. Saya minta maaf kerana bercuti panjang, kira-kira tiga bulan. Melebihi cuti bersalin yang bergaji.
Semasa saya tidak aktif, saya banyak berjumpa dengan kawan-kawan dan masyarakat secara offline. Banyak peristiwa dan isu yang dapat saya selami secara manual. Itulah yang dikatakan kehidupan. Di mana pun kita berada yang penting sentiasa menambah ilmu dan pengalaman. Iktibar dan pengajaran menjadi pedoman. Yang baik dijadikan teladan sementara yang buruk jadikan sempadan.
InsyaAllah semoga hari esok lebih baik dari semalam.

Langgan:
Catatan (Atom)