Jumaat, 2009 Oktober 23

Peliknya wanita

Kebiasaannya wanita berbangga jika suami mereka diangkat menjadi pemimpin samada pemimpin kecil apatah lagi pemimpin besar atau pemimpin utama. Kadang-kadang jika suami dilantik jadi ketua di pejabat atau ketua kampung pun dah kembang-kembang hati isteri. Fitrah Allah jadikan kepada wanita berbanggajika  suami sebagai pemimpin.

Tapi yang peliknya kebanyakan isteri tidak menjadikan suami mereka sebagai pemimpin yang wajib ditaati, dipatuhi, tunduk, hormat dan kasih kepadanya. Sering terjadi di dalam rumah tangga isteri ghairah menguasai suami sekali gus hilang ketaatan, kepatuhan, tunduk, hormat dan kasih sayang kepada suami.

Kebanyakan para isteri hanya merasa kasih terhadap suami selagi kepentingan diri mereka tidak terjejas. Jika kemahuan dan kepentingan mereka tercabar atau dicabar, maka hilanglah kasih sayang terhadap suami sebaliknya terlalu mudah untuk meningkari dan mengkhianati suami. Inilah situasi yang sering berlaku dalam rumahtangga bila mana isteri tidak menjadikan dan meletakkan suami mereka selaku pemimpin pada setiap masa dan keadaan.

Jika para isteri berbangga bila suami menjadi pemimpin kepada orang lain kenapa tidak bersyukur suami menjadi pemimpin dalam keluarga terutamanya kepada isteri sendiri dengan menunjukkan rasa taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih kepada suami sekali pun pada ketika di mana kepentingan diri tercabar?

Justeru bukan mudah bagi wanita yang jika di dalam hati mereka belum benar-benar merasa berTuhan untuk taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih pada suami mereka. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang menjadi suaminya terdapat kelemahan di mana-mana pada mata dan hati mereka. Sedangkan suami yang soleh pun masih dipertikaikan oleh para isteri, inikan pula suami yang toleh (jahat, fasik) lebih-lebih lagi menjadi sasaran kepada amukan sembilan nafsu wanita. Hanya lelaki yang luarbiasa sahaja mampu menjinakkan hati dan nafsu wanita untuk taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih terhadap suaminya.

Pada masa ini Abuya Ashaari sedang memproses para isteri supaya kembali kepada kedudukan asal mereka selaku isteri dan mengangkat para suami sebagai pemimpin yang selayaknya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt bahawa lelaki itu mengatasi kaum wanita. Proses yang luarbiasa ini sedang dilakukan untuk melahirkan para isteri role model yang mereka itu sangat mentaati, mematuhi, tunduk, hormat dan terlalu kasih kepada suami masing-masing sekalipun hidup berkongsi suami. Ini adalah antara kekuatan luarbiasa yang menjadi bukti atau salah satu tanda terhadap kebenaran bahwa Abuya merupakan pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan di zaman ini sebagaimana selayaknya digelar Sohibuzzaman yakni penguasa zaman!

0 comments: