Salam..
saya pembaca setia blog3 nawawi,
say terbaca yang saudara pernah belajar bersama Arqam.
Saya pon begitu juga, saya belajar di subang dan shah alam
Sekarang ni kami bekas pelajar3 a;-arqam berasa
amat rindu dengan kenangan3 zaman dahulu,
sperti makan dalam talam, sembahyang berjemaah,
dan kawan3, suasana dan ustaz ustazah yang sama3 belajar dahulu.
Itulah suasana yang manis, dan sangat menyentuh jiwa kan nawawi.
Malangnya, apakan daya kita semua terpisah dipukul badai.
Namun, dengan adanya gambar dapatlah mengubat rindu dihati...
Terima kasih kepada saudara yang sudi mengunjungi blog yang tak seberapa ini. Terima kasih juga kerana sudi menghantar email dan saya mohon izin menyiarkan semula 3/4 daripada email tersebut untuk dikongsikan dengan sedikit ulasan.
Al Arqam adalah satu nama bagi sebuah wadah perjuangan. Perjuangan kebenaran yang pada awal penubuhannya bermaksud mengumpulkan mereka yang mempunyai kesedaran untuk membaiki diri dalam mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup lahir dan batin.
Semasa era Al Arqam perjuangan tersebut telah mencapai kemuncak model lahiriah dari pelbagai aspek kehidupan bermula dari diri, keluarga dan berjaya dalam membentuk sebuah masyarakat tersendiri yang mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Hingga ada pemerhati beranggapan bahawa ahli Al Arqam adalah satu etnik baru!
Bidang-bidang seperti pendidikan, perniagaan, ekonomi, kesihatan, pertanian, penternakan, perkilangan, perusahaan, kebudayaan, keseniaan, perhubungan antarabangsa, penulisan, penerbitan, multimedia dan berbagai aktiviti kehidupan juga berjaya dibangun dan diselaraskan menurut syariat Islam.
Di waktu itu ahli-ahli yang komited dan para simpati sangat dapat merasai kemeriahan perjuangan Al Arqam.
Masa berlalu dan era perjuangan silih berganti. Ujian datang dan pergi tanpa diundang, tanpa diduga. Kecil dan besar adakalanya berbentuk individu tidak kurang berbentuk kolektif. Inilah lumrah Perjuangan Kebenaran.
Perjuangan Islam atau lebih tepat lagi dipanggil Perjuangan Kebenaran mesti ada pemimpin. Faktor pemimpin sangat penting dalam sesuatu organisasi lebih-lebih lagi jika dalam Perjuangan Kebenaran.
Pemimpin adalah faktor penting yang menentukan sesebuah perjuangan itu kukuh, utuh dan berterusan. Pemimpin Al Arqam masih ada dan masih berperanan. Cuma mungkin era yang sudah terlalu jauh bezanya dengan era Al Arqam. Selepas era Al Arqam, ada beberapa era lagi untuk sampai ke sini.
Sekarang era merasai keindahan hidup bersama Tuhan. Tanpa melalui proses menurut tertibnya, era hidup begitu indah bersama Tuhan tidak mungkin dapat dinikmati.
Hakikatnya perjuangan sehebat Al Arqam yang sehingga kini belum ada mana-mana pemimpin perjuangan masa kini mampu mencetuskan seumpamanya sudah memadai sebagai hujah kebenaran pemimpin Al Arqam.
Jika saudara direzekikan untuk menikmati keindahan roh perjuangan terkini, tentulah semua nostalgia dan kenangan lama bukan sahaja terubat sebaliknya mungkin sebesar keinsafan meragut hati ini kerana walau pun pada zaman Al Arqam lahirnya sangat meriah tetapi rohnya belum indah. Maka era ini, Tuhan Cinta Agung, Perjuangkan Tuhan, Era Roh dan Tuhan adalah segala-galanya.
Hanya mereka yang diwakilkan Tuhan pada setiap zaman mampu membawa manusia kepada Tuhan.
Semoga terjawab 'kesunyian' saudara selama ini yang cuma dapat berhibur dengan kenangan lama. Sedangkan 'mereka' telah jauh meninggalkan kita kerana menikmati nikmat yang tiada taranya bersama Tuhan Yang Maha Baik lagi Maha Esa, itulah aljannatul 'ajilah; syurga yang disegerakan sebelum syurga yang dijanjikan di akhirat kelak.
Ahad, 2009 September 06
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan