Isnin, 2009 September 07

RAMADHAN

Saya 'segan' untuk menulis tentang Ramadhan pertama kerana belum pernah berjaya menempuh Ramadhan dengan menjaga kemuliaan, keberkatan dan kesempurnaannya. Disiplin, adab dan budaya Ramadhan sebagai mana Rasulullah saw dan para sahabat lalui terlalu jauh berbanding dengan apa yang kita lalui. Inilah sebabnya saya lambat respon bulan Ramadhan melalui tulisan.

Seminggu sebelum Ramadhan saya berkesempatan membersih dan mencuci rumah dan persekitaraannya. Ini saya lakukan bersama-sama sekeluarga. Amalan ini telah saya usahakan sejak beberapa tahun dulu lagi. Alhamdulillah masih dapat dipertahankan.

Menyambut Ramadhan sepatutnya lebih bersungguh-sungguh dan bersiap sedia berbanding menyambut Syawal. Bulan Ramadhan ibarat 'kekasih' atau buah hati yang ditunggu-tunggu kedatangannya.

Semasa bersama 'kekasih' bukankah kita akan sentiasa takut, cemas, bimbang dan berhati-hati jika ada sikap dan tingkah laku kita yang akan mengguris 'perasaannya'?

0 comments: