Saya mengelak daripada menulis menyentuh isu politik semasa yang semakin memual dan menjijikkan. Sememangnya selain daripada politik Islam yang tulen, maka semuanya penipu dan tertipu.
Isu poligami bagi setengah mereka termasuk isu sensitif atau kurang menarik tetapi pada kali ini saya memohon isu ini diberi sedikit perhatian kerana ianya dikira amat penting untuk difahami bagi mengelak kita salah faham dan lebih ditakuti jika salah faham tersebut membentuk sikap menentang terhadap poligami.
Bagi kaum hawa persoalan poligami lumrahnya adalah sesuatu yang menakutkan. Malah ada yang melampaui batas sehingga sanggup menentang atau memerangi amalan berpoligami.
Sebelum ini telah pernah dijelaskan bahawa amalan poligami bukan sekadar syariat yang dibenarkan oleh Allah bahkan sangat dianjurkan. Rasulullah saw tidak pernah mengambil peluang mudah terhadap apa sahaja yang dibenarkan dalam Islam. Sebagai contoh, Islam membenarkan memiliki harta secara halal seberapa banyak pun oleh mana-mana individu. Rasulullah yang sememangnya berpeluang mengumpulkan harta kemudian boleh sahaja mewariskannya kepada anak isteri, namun tetaplah baginda tidak berbuat demikian. Begitu jugalah yang diteladani oleh majoriti sahabat.
Jika amalan berpoligami dianggap seronok, mudah, menghiburkan atau semata-mata untuk memuaskan nafsu maka ternyata anggapan ini meleset sekali. Sebahagian besar yang mengamalkan poligami kerana tujuan tersebut sering mengalami keruntuhan rumahtangga atau setidak-tidaknya hidup dalam dilema kerana terpaksa menipu dan berpura-pura.
Amalan berpoligami yang menepati disipilin hanya mampu dilakukan oleh mereka yang benar-benar menghayati Islam sebagai cara hidup. Sementara matlamat hidup dan mati mereka adalah kerana dan untuk Allah semata-mata.
Abuya Ashaari Muhammad yang telah melancarkan kelab poligami adalah seorang pemimpin kebangkitan Islam yang tidak asing lagi. Abuya yang telah diterima sebagai mujaddid zaman ini tentulah mempunyai mesej yang penting untuk disampaikan kepada umat ini disebalik pelancaran kelab poligami berkenaan.
Saya cuba mengcungkil beberapa mesej tersirat walaupun ianya mungkin tidak menepati seratus peratus daripada maksud atau hasrat sebenar Abuya. Antaranya;
1. Pada masa ini tiada seorang ulama pun yang berani tampil dan mampu mempertahankan konsep poligami menurut Islam sekali pun dalam bentuk teori.
2. Kalau pun ada ulama yang mengamalkan poligami mereka tidak berani mempamerkan kepada umum hatta kebanyakan anak muridnya pun tidak tahu menahu. Ini kerana poligami mereka masih bersifat 'peribadi'.
3. Ajaran Islam yang lain jika dicerca atau diperlecehkan oleh musuh atau mereka yang tidak memahaminya akan ada mana-mana ulama tampil dan dengan lantang mempertahankannya bersama dengan hujah dan nas-nas yang bernas. Tetapi tidak berlaku kepada syariat poligami yang kalau pun ada jawapan ulama masih tergantung-gantung atau hujahnya terlalu minima.
4. Amalan berpoligami merupakan sunnnah Rasulullah saw dan tradisi para sahabat dan salafussoleh. Ini bermakna poligami dalam Islam adalah agenda penting dan sangat besar ertinya buat perjuangan Islam. Maka memperjuangkan dan memartabatkan poligami ke tempat selayaknya merupakan antara misi pejuang kebenaran.
5. Poligami telah berjaya diperlecehkan oleh musuh sehingga umat Islam sendiri pun ramai yang membenci syariat yang Allah anjurkan ini. Maka menjadi kewajipan pejuang kebenaran membuktikan bahawa poligami bukan sehina itu sebaliknya adalah amalan paling mulia dan merupakan 'jambatan' segera memperoleh taqwa.
6. Jika sehebat-hebat ulama pun tidak mampu mempertahankan poligami sekalipun secara teori menandakan hampir ke semua ulama zaman ini sudah kehilangan 'kelakian' mereka. Tidak hairan umat Islam sudah seperti kehilangan bapa kerana musuh sudah tidak takut sementara umat Islam sudah hilang hormatnya pada ulama jenis ini.
7. Wanita zaman ini boleh tunduk dan dijadikan bahan pemuas nafsu binatang kepada lelaki berhidung belang hanya kerana duit dan kemewahan dunia. Maka jika ada orang yang boleh menjinakkan wanita untuk berkongsi suami tentulah orang tersebut mampu memberikan sesuatu yang lebih bernilai daripada wang dan kemewahan! Inilah hujahnya bahawa Abuya mampu menjinakkan wanita dengan Tuhan.
8. Jika ada ulama yang berani mempertahankan poligami secara teori sekalipun, mampukah beliau memperjuangkannya? Jangan-jangan kalau ada ulama yang cuba bersyarah pasal poligami lepas tu mungkin tak berani balik ke rumah dua tiga hari.
9. Jika ulama sudah tidak dapat dijadikan contoh dalam amalan poligami yang menjadi salah satu rahsia besar dalam Islam, maka bolehkah kita mengharapkan orang awam berdisipilin dalam mengamalkan poligami?
10. Jika poligami dianggap sebagai satu yang menakutkan kenapa selama Abuya memperjuangkan poligami semakin ramai wanita berminat menyertai perjuangan Abuya? Buktinya semakin hari semakin ramai jumlah wanita dalam perjuangan kerana kebanyakan lelakinya tentu sekali beristeri lebih. Apakah rahsia kekuatan Abuya?
11. Poligami sebenarnya adalah salah satu hujah besar membuktikan Abuya adalah pemimpin yang Tuhan janjikan di zaman ini. Kalau bukan kekuatan yang Tuhan bekalkan kepada Abuya adalah mustahil Abuya boleh menyusun, mentadbir dan memprogramkan ratusan keluarga berpoligami secara terang-terangan dan mampu pula menjadi model kepada seluruh dunia.
12. Kepada mereka yang masih ragu kebenaran Abuya cukuplah jika poligami menjadi hujah tentang kebanarannya. Apa yang Abuya tonjolkan berhubung poligami adalah manifestasi daripada aqidah yang benar dan kuat, ibadah yang berdisipilin dan akhlak yang cukup tinggi. Tanpa semua itu tidak mungkin poligami berjaya dibangunkan sehebat ini dalam sebuah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai lapisan akademik dan ekonomi.
13. Jelaslah kepada umat ini bahawa poligami merupakan hujah kebenaran siapa sebenarnya Abuya Ashaari Muhammad yang merupakan mujaddid zaman ini sebagai pemimpin kebangkitan Islam sebelum disambung oleh Imamul Mahdi sebagai penyempurnanya.
Jumaat, 2009 September 04
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

1 comments:
best nye blog nawai nie,
saya xpnah tggal post3 encik..
update la slalu yer~
Catat Ulasan