Tepat jam 3.00 pagi ini saya melayari internet selepas membantu isteri-isteri dan anak-anak menyediakan juadah hari raya esok. Sebelum membaca beberapa berita on line, saya sempat juga membaca sms yang dikirimkan oleh kenalan dan rakan-rakan yang perihatin.
Kepada semua yang menghantarkan sms saya ucapkan ribuan terima kasih. Sebahagiannya saya tidak tahu dari siapa kerana nombor telefon tersebut tidak ada dalam senarai yang disimpan. Mungkin ini adalah kelemahan saya yang terlupa menyimpan atau terpadam nombor saudara. Tetapi ada di kalangan kenalan yang saya tidak sangka masih ingat dan bermurah hati mengucapkan selamat hari raya, saya sangat berterima kasih dan berbangga dengan saudara. Antaranya seorang kenalan lama berketurunan Tionghua, nama glamornya KK Lee, seorang mekanik. Terima kasih sekali lagi.
Saya mengucapkan selamat berhari raya dan bersama memanjatkan kesyukuran kepada Illahi di antara caranya adalah dengan mengagih-agihkan nikmat terutamanya kepada mereka yang memerlukan. Semoga di atas keperihatinan itu dapat meningkatkan lagi ukhwah dan perasaan kasih sayang sesama Islam.
Ampun maaf dari saya sekeluarga yang sudah tentu terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ini. Maaf zahir batin dan selamat hari raya idul fitri.
Ahad, 2009 September 20
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan