1 Ogos 2009 menyaksikan 2 golongan mempamerkan kekuatan masing-masing. Golongan yang berjuang atas nama demokrasi cuma berlainan ideologi berkumpul dan berhimpun berdemontrasi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap pemerintah.
Pedemontrasi mendakwa berjaya mengumpul ribuan manusia yang kononya 'bersatu hati' dalam mendesak agar ISA dihapuskan. Mungkinkah jumlahnya melebihi 30ribu atau kurang sudah tidak penting.
Persoalannya, bolehkah kita berbangga justeru dengan sewenang-wenangnya mendakwa berjaya menyatukan hati-hati mereka?
Pada tarikh yang sama sebuah kelab poligami dilancarkan. Kelab yang paling unik, pelik lagi ajaib. Mungkin dalam sejarah dunia belum ada kelab secara rasmi seumpama ini diwujudkan.
Sejarah sejumlah 3/4 daripada para sahabat mengamalkan poligami telah lama cuba ditutup oleh musuh Islam. Musuh Islam kemudiannya telah berjaya dengan propaganda mereka sehingga umat Islam sendiri memandang hina terhadap poligami.
Lebih memalukan, bukan sekadar wanita Islam takut dimadu malah majoriti ulama termasuk yang bersuara lantang pun sangat menggeruni poligami.
Perpandingan dua golongan tadi boleh disimpulkan seperti berikut;
Sekadar mengumpulkan sejumlah ribuan orang demi meluahkan perasaan sombong, bongkak, marah, geram, dendam, tidak puas hati, benci, protes, berlalai-lalai, bergaul bebas lelaki wanita, leka sembahyang, menyusahkan orang lain, menunjuk-nunjuk dan berbagai bentuk kelalaian bolehkah berbangga berbanding seorang pemimpin yang berjaya mengumpulkan 300 keluarga yang berpoligami.
Keluarga berpoligami yang terdiri dari seorang suami dengan dua, tiga atau empat isteri bersama anak-anak mereka sentiasa bermujahadah melawan nafsu yang memiliki sifat sombong, pemarah, pendendam, pembenci, sarat dengan kepentingan diri, rasa hebat dan macam-macam mazmumah lagi. Dalam masa yang sama keluarga berpoligami berusaha mengamalkan sikap tolak ansur, berkasih sayang, bermaafan, pemurah, rasa bersama, semangat perkongsian dan tentunya semua itu perlukan ketulusan aqidah dan akhlak.
Maka jika ada pemimpin yang berjaya mengamalkan poligami dengan diikuti oleh anak-anaknya dan pengikut-pengikutnya yang terdiri dari pelbagai peringkat tentulah menakjubkan.
Poligami sebegini bukan calang-calang poligami. Pemimpin yang mencetuskan kelab ini terbukti berjaya menjinakkan hati manusia terutamanya hati-hati para wanita yang kebanyakan suami beristeri satu pun kecundang.
Jika ada pemimpin yang berjaya mengumpulkan manusia yang berhati liar seperti bersifat pemarah, pembengis, suka protes, ego, sombong, berlalai dengan Tuhan berarak di tengah-tengah kotaraya semata-mata memprotes pihak lawan apakah yang kita nak banggakan.
Berdemontrasi meluahkan perasaan marah tidak kira kepada siapa adalah budaya Barat yang sesat dan merupakan budaya masyarakat yang sudah hilang tamadun kemanusiaannya.
Kelab Poligami Ikhwan yang Abuya lancarkan pada 1 Ogos 2009 adalah satu demontrasi menyatakan keyakinan dan bukti kehebatan dan keagungan Tuhan. Poligami adalah syariat Tuhan. Jika satu syariat telah diperlecehkan maka bertanggunjawab bagi mereka yang benar-benar mencintai Tuhan memperjuangakannya sehingga terbukti setiap syariat Tuhan itu indah, selamat lagi menyelamatkan.
Khamis, 2009 Ogos 13
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 comments:
Catat Ulasan