Melihat dan menyaksikan kehidupan yang penuh dengan maksiat dan kemungkaran di zaman ini mengundang rasa gusar yang amat sangat tentang nasib generasi akan datang.
Jenayah, kemungkaran, maksiat, gejala rasuah, penyalahgunaan dadah, salah guna kuasa, pendedah aurat, pergaulan bebas lelaki dan perempuan, kecelaruan jantina, masalah hubungan seksual pelbagai hala dan jenis, rompakan, ragut, rempit, lari dari rumah, isteri derhaka suami, suami tidak bertanggunjawab, anak-anak liar dan melawan ibubapa, ibubapa pula abai mendidik anak-anak, guru mengambil kesempatan terhadap murid-murid, murid-murid pula ingkar dan tidak beradab dengan guru, pemimpin tidak adil dan zalim, rakyat tidak hormat dan taat pada pemimpin.
Penyakit merebak tanpa dapat dibendung, bencana alam, peperangan, perlumbaan dalam membina kekuatan ketenteraan dan senjata, pertembungan kaum dan etnik serta seribu satu macam bentuk kerosakan sedang dan terus berlaku di dunia kini.
Bila dan bagaimanakah dunia ini akan aman damai untuk membolehkan penghuninya merasai keselamatan dan kebahagian hidup?
Allah yang menjadikan alam semesta tidak akan membiarkan makhlukNya terus menerus melakukan kerosakan di muka bumi ini. Sejarah telah mempaparkan kepada kita bahawa setiap kali kerosakan berlaku sudah pasti Allah datangkan utusannya bertujuan memperbaiki serta menjadikan dunia ini selamat.
Di zaman ketiadaan nabi dan Rasul, Allah memberi jaminan akan adanya penyelamat dunia terutamanya pada setiap awal kurun. Itulah yang dinamakan mujaddid yang berperanan memperbaharui urusan agama pada setiap kurun. Mujaddid bukan sahaja membawa pemahaman dan tafsiran agama yang lebih kondusif sesuai dengan zaman mujaddid berkenaan, tetapi pendekatan, teknik dan penghayatannya juga lebih segar dan mudah dipraktikkan oleh umat Islam dizamannya.
Cuba kita bayangkan kerosakan yang berlaku di zaman ini. Apakah mampu untuk sebarang pemimpin menyelesaikannya jika bukan pemimpin tersebut mendapat pimpinan terus dari Tuhan?
Kerosakan yang berlaku di zaman ini adalah kemuncak kerosakan. Maksiat dan kemungkaran serta segala macam jenis kejahatan sangat berleluasa sehingga tiada satu sudut pun yang selamat daripada terpalit dengannya. Jika keadaan ini berterusan tanpa pemimpin yang Tuhan datangkan demi menyelamatkan umat ini sudah pasti generasi akan datang tidak mustahil mereka akan jadi seumpama binatang seperti mana amaran Allah dalam firman yang bermaksud," Mereka itu ibarat binatang ternak bahkan lebih teruk daripada itu..."
Jumaat, 2009 Jun 19
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan