Selasa, 2009 Jun 23

Hala Tuju Perbahasan Ilmiah

Saya sempat meneroka beberapa blog yang membahaskan tentang kebangkitan Islam akhir zaman dan juga kaitannya dengan alam Melayu. Menarik dan mengkagumkan. Namun masih timbul tanda tanya ke mana hala tuju mereka(penulis/pembahas) itu?

Kajian berhubung kebangkitan Islam akhir zaman di alam Melayu bukan perkara baru. Keyakinan mengenainya telah lama diperjuangkan. Kerana jika sekadar kajian dan ilmunya kita miliki tidak memberikan sesuatu yang benar-benar bererti kepada umat dan Islam itu sendiri.

Satu kebangkitan yang besar dan menyeluruh pasti melalui proses kepimpinan. Ada pemimpin yang memimpin kebangkitan tersebut dan ada golongan atau kumpulan yang dipimpin. Pemimpin dan jamaah itu pula mesti mampu membuktikan kepada dunia bahawa Islam itu indah dan selamat lagi menyelamatkan secara realiti bukan sekadar dalam teorinya sahaja. Model Islam yang syumul, indah dan selamat lagi menyelamatkan itu pula tidak semestinya besar tetapi telah wujud bermula dengan diri, ahli keluarga seterus masyarakat kecil jamaah tersebut.

Maka sebab itu kita jangan leka dan membiarkan masa hanya digunakan untuk berbahas perkara-perkara ilmiah yang bukan untuk dipraktikkan kerana ditakuti sekadar mental execise sahaja. Walau pun perbahasan ilmiah tidak dilarang namun perlu diberi perhatian soal keutamaan.

Salah satu sebab kejatuhan umat Islam adalah kerana mereka asyik berbahas hingga tiada lagi perjuangan dan pengorbanan demi membangunkan Islam dalam realiti. Umat yang hanyut dengan dunia ilmu tanpa amal sia-sia, manakala amal tanpa ilmu adalah gila.

Semoga mereka yang benar-benar jujur mencari kebenaran akan bertemu dan bergabung dengan pemimpin dan jamaah yang dijanjikan akan memimpin kebangkitan Islam akhir zaman dari Timur di alam Melayu.

0 comments: