PAS sedang dilanda dilema dengan dua tokoh teratasnya dilihat bertentangan dalam isu kerajaan perpaduan. Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah mengukuhkan idea tersebut dengan menyebut secara terang-terangan semasa ucapan Presiden di muktamar PAS baru-baru ini. Dato’ Nik Aziz Nikmat pula menyanggah cadangan berkenaan dalam ceramah pada hari berikutnya. Isu itu kini semakin panas walaupun usaha untuk menyejukkannya cuba dilakukan.
Seperkara yang menarik lagi ialah isu usul pengharaman SIS. Usul yang diluluskan tanpa bahas ini juga mengamatkan Pakatan Rakyat dengan beberapa tokoh masing-masing dari DAP dan PKR cuba ’menampar’ PAS berhubung isu berkenaan.
Sepintas lalu kita boleh mempersoalkan hiraki dalam PAS. Mursyidul am biasanya berperanan dalam soal pembangunan insan atau modal insan. Mursyid adalah pemimpin kerohanian. Mursyid berperanan membimbing pengikut dalam soal iman, ibadah dan akhlak khususnya. Ini bermakna mursyidul am PAS sepatutnya berperanan mendidik pengikut supaya benar-benar berdisiplin dengan disiplin dan roh Islamiah.
Disiplin seorang Islam sebagai seorang individu, anak, ibu atau bapa, pengikut dan juga sebagai pemimpin. Setelah mereka ini terdidik dengan disiplin dan roh Islamiah maka barulah mereka ditadbir dalam organisasi parti. Ini bermakna penyusunan strategi dan arah tuju perjuangan parti menjadi tugas Presiden selaku pemegang kuasa eksekutif dalam pentadbiran parti.
Mursyidul am adalah gandingan Presiden. Gandingan dalam pembinaan tamadun insan dan tamadun material. Membina ahli parti yang kuat iman, ibadah, akhlak serta taat setia dalam perjuangan. Kesetiaan dan kesungguhan hanya diperolehi daripada mereka yang telah memperbaiki diri untuk menjadi orang bertaqwa.
Presiden pula mengatur, menyusun dan mentadbir ahli dan parti. Membangunkan dan melaksanakan aktiviti kebajikan dan kebaikan sebanyak mungkin di tengah masyarakat. Taktikal dan teknikalnya adalah dibawah seliaan presiden. Maka bila gandingan ini berkerja dan berperanan maka lahirlah sebuah parti yang disegani oleh kawan dan lawan. Dalam masa yang sama musuh sangat gerun kerana mereka berjaya menambat hati rakyat.
Sebaliknya apa yang kita saksikan setelah rakyat beralih sokongan kepada PAS, DAP dan PKR ahli dan pemimpin parti ini pula yang mula buat hal. Tidak terhenti dengan ada yang dikaitkan dengan gejala rasuah, kini percakaran dan pergeseran berlaku secara terang-terangan.
PKR yang umum sedia tahu adalah parti yang mengumpulkan hampir tujuhpuluh peratus mereka yang kecewa semasa dalam UMNO. Kecewa kerana tiada projek, jawatan, kuasa, peluang dan tidak kurang juga kerana pemimpin yang mereka suka disingkirkan. Maka terjadilah parti ini bersemangat hendak membalas dendam. Kebanyakan ahli dan penyokongnya sangat emosi. Ini jelas dipaparkan melalui tulisan dan sikap mereka yang suka dan rakus menyalahkan orang lain.
Dalam masa yang sama mereka mudah terdedah kepada kelemahan atau kejahatan yang sama macam dalam UMNO kerana sikap itulah yang diwarisi malah menjadi anutan mereka. Dato’ Seri Anwar Ibrahim bukan tokoh pendidik umat. Beliau tidak ada tokoh mendidik dan membimbing umat yang dalam kegelapan kepada cahaya. DSAI adalah politikus yang berpengaruh dan licik. Karisma semulajadi yang ada padanya telah mengelirukan orang ramai tentang keperibadian dan ketokohan sebenar beliau.
DAP adalah sebuah parti yang konsisten. Arah tuju dan agenda mereka sentiasa mencabar lawan. Mereka bertindak lebih professional dengan pendekatan liberalnya. Pengaruhnya kuat terutama kepada masyarakat Tionghua. DAP berjaya mengengah pendirian tegas dank eras dalam banyak isu. Kerajaan sering menjadi gelabah dan mengalah jika DAP mengenakan tekanan. Realitinya DAP tidak memburukkan kerajaan sewenang-wenangnya. Cuma pendirian keras DAP biasanya menafikan hak kaum atau pihak lain secara tidak sedar.
Sehingga hari ini kita masih dapat berita tentang pergolakkan yang tiada tanda akan reda. Pakatan Rakyat yang memilih bersikap terbuka kepada media dalam apa jua isu telah mula merasa kesan terhadap pendekatannya sendiri.
Serangan media lawan menjadikan penyokong atas pagar menilai semula sokongan mereka. Sementara penyokong tegar semakin emosi dan boleh saja bertindak membabi buta. Bagi penyokong tegar, apa saja yang dilakukan kononnya demi menyatakan sokongan kepada pemimpin mereka dianggap halal dan bertamadun.
Pakatan Rakyat semakin menampakkan dilema hubungan songsang mereka. Sehingga kini hanya orang yang berwatak songsang berjaya mengwujudkan kerjasama songsang seumpama ini.
Ahad, 2009 Jun 14
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

1 comments:
Assalamualaikum w.m.h.t
Nampaknya semakin ke hujung zaman fitnah semakin bercelaru dan semakin jelas kelumpuhan sistem yang didukungi oleh manusia di seseluruh dunia termasuk di MSIA. Termasuklah sistem politik demokrasi. Semakin jelas sekarang orang-orang politik yang mengamalkan sistem itu di MSIA akan jatuh setandan tidak lama lagi. Sama ada parti memmerintah mahupun pembakang. Mereka kini sedang berjuang untuk hidup dengan mempertahankan sistem yang sangat bobrok(usang) itu demi mempertahankan atau memburu kuasa. Yang pasti sistem yang diperjuangkan itu sudah tidak relevan lagi. Sudah terbukti demokrasi sedang tenat. Di MSIA atau di seluruh dunia ia sudah mula ditinggalkan dan sudah muak orang melihatnya. Moga Tuhan segera menghadiahkan sebuah daulah akhir zaman yang haq kepada ASZ. Agar banyak manusia dapat diselamatkan dengan membawa mereka kepada Tuhan
Amin!
Catat Ulasan