Kelembapan ekonomi global menyebabkan dunia mula mempercayai prinsip dan pendekatan ekonomi Islam. Sistem kewangan Islam semakin mendapat tempat bukan sahaja di negara-negara Islam yang masih sekular bahkan negara-negara Barat yang sebelum ini sering sinis terhadap Islam.
Walhal prinsip dan pendekatan ekonomi Islam yang cuba dihidupkan semula khususnya di Malaysia sejak pertengahan 80'an hanya berkisar pada konsep dan prinsip lahiriah sahaja. Berhubung peraturan dan pendekatan yang memenuhi piawai halal atau sah menurut syariat. Belum lagi prinsip dan konsep ekonomi yang bertunjangkan Iman atau ekonomi berasaskan kekuatan roh.
Kekuatan ekonomi dan kewangan Islam sebenarnya terletak kepada kekuatan yang tidak mungkin dapat dicapai melainkan melalui taqwa. Melalui sifat taqwa pemimpin dan pengendali ekonomi atau kewangan Islam Allah memberi jaminan akan memberikan jalan keluar serta sumber pendapatan yang tidak diduga. Ini bermaksud dalam kaedah ekonomi Islam, sumber ekonomi bukan sahaja yang dapat dilihat atau difikirkan, tetapi Allah beri jaminan akan diberikanNya melalui sumber yang tidak diduga atau tidak disangka-sangka. Syaratnya mestilah bertaqwa. Inilah prinsip ekonomi Islam yang masih belum dicungkil kehebatannya dan belum diperjuangkan.
Melalui ayat yang bermaksud,"Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan diberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya (sumber yang tidak diduga)..."(At Thalaq: 2-3) Inilah jaminan Allah. Ayat tersebut yang mayshur dengan nama AYAT SERIBU DINAR selalunya digantung sebagai hiasan dinding terutamanya di pejabat atau premis perniagaan. Kononnya sebagai pelaris jualan atau perniagaan. Hakikatnya, intipati ayat tersebut adalah merupakan asas kepada prinsip ekonomi Islam.
Selasa, 2009 Mei 26
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan