Seluruh dunia menyaksikan kejatuhan atau kemeruduman semua sistem hidup yang dilagang oleh otak manusia atau sistem yang bersumberkan ideology.
Kesatuan Eropah ternyata semakin merasai keperitan dan himpitan sistem kewangan yang mereka dokong. Tanpa rasa segan atau malu mereka mendesak agar dunia terutamanya negara-negara kuasa besar mencari alternatif kepada sistem yang suatu ketika dulu sangat diperjuang dan dipertahankan oleh mereka.
Telah lama sistem sosial khususnya sistem kekeluargaan masyarakat di Barat menemui kebuntuan dan malah telah pun menyamai sistem sosial masyarakat haiwan. Sistem politik Barat juga terbukti gagal memberikan keamanan dan kesejahteraan kepada masyarakatnya sendiri apatah lagi masyarakat dunia. Kini giliran kuasa-kuasa ideology dunia hilang keyakinan kepada sistem kewangan dan ekonomi mereka sendiri. Inilah putaran atau kitaran yang sedang dilalui menepati jadual Tuhan yang disusun sempurna terhadap dunia dan seluruh ciptaanNya.
Ketika pihak Barat dan kuasa-kuasa ekonomi dunia tercari-cari alternatif kepada sistem yang mereka perjuangkan selama ini, paling hairan ada pula pihak yang sangat cuba mempertahankan sistem tersebut. Menyedihkan kita, sebahagian yang cuba mempertahankan sistem kolot itu adalah terdiri daripada mereka yang memperjuangkan Islam kononnnya.
Sistem politik demokrasi Barat sama sekali bertentangan dengan sistem siasah daripada Tuhan. Sistem politik yang bertunjangkan tauhid adalah seperti yang dipraktikkan oleh Rasulullah saw.
Rasulullah saw memperjuangkan Tuhan sehingga Tuhan sangat ditakuti dan dicintai. Kelompok kecil yang terdiri daripada para sahabat ini bukan sekadar memiliki Iman yang kental tetapi terbukti dengan keyakinan, pergantungan dan penyerahan diri secara total kepada Tuhan mereka berjaya membina sistem hidup yang tidak bersandar dengan manusia atau apa jua sistem yang dilagang oleh otak manusia. Mereka benar-benar menegakkan sistem Tuhan bersumber daripada bantuan dan pertolongan Tuhan.
Kelompok seumpama itulah yang sedang dibina oleh Abuya Ashaari Muhammad di mana semua anggota perjuangannya diminta membangunkan sistem alternatif. Sistem alternatif tersebut tidak direka oleh otak manusia jauh sekali berkiblat kepada sistem Barat.
Abuya membangunkan sistem jemaah, perjuangan, ekonomi, kewangan, pendidikan, kebudayaan, kekeluargaan, masyarakat dan seterusnya perhubungan antarabangsa tidak menceduk daripada mana-mana sistem di dunia kini. Abuya melalui pendekatan mengusahakan taqwa maka terbangun sistem ekonomi Tuhan. Sistem yang menjadikan Tuhan sebagai modal segala-galanya. Abuya benar-benar membuktikan bahawa tanpa bersandar dengan sistem manusia, boleh membangunkan ekonomi bermodalkan Tuhan.
Mana ada pejuang kebenaran atau mana-mana tokoh yang berani memperjuang dan melaksanakan sistem ekonomi bersumberkan Tuhan selain Abuya pada masa ini?
Inilah sistem alternatif yang menepati kebenaran. Sistem berasakan Tuhan. Kerana dan dari Tuhan sistem tersebut tercetus. Di tengah-tengah sistem lain menuju kehancuran Abuya berjaya membuktikan kepada dunia bahawa tanpa bersandar kepada sistem ciptaan manusia, Abuya mampu membangunkan sistem hidup tersendiri. Inilah sistem Tuhan yang akan menggantikan seluruh sistem yang melupakan Tuhan.
Khamis, 2009 Mei 21
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan