Perkembangan politik sebenarnya tidak pernah ada yang berkembang. Isu berebut jawatan dan kuasa adalah isu asas dalam sistem politik jahiliah. Demi mendapatkan kuasa maka berbagai alasan yang dihujahkan oleh penggila kuasa. Tiada kebenaran yang perlu dipertimbangkan dalam merebut kuasa. Kebenaran hanya sebagai alasan untuk mendapatkan kuasa. Demi mendapat atau mengekalkan kuasa, kebenaran sedia dikorbankan. Itulah hakikat mereka yang gila kuasa.
Maka politik tidak berkembang sebaliknya berputar dan kisar sekitar gila kuasa. Semakin mengecil dan sempit ruangnya.
Ekonomi merupakan 1/4 urusan kehidupan manusia. Ekonomi boleh berkembang dan menguncup. Sekarang dunia dikatakan sedang menghadapi kemuncupan ekonomi. Jika ekonomi menguncup beerti penduduk dunia akan menghadapi kesukaran dalam urusan kehidupan.
Tetapi sebahagian manusia telah menjadikan ekonomi sebagai Tuhan. Ekonomi seolah-olah penentu kepada gagal atau berjayanya dalam urusan kehidupan. Ekonomi telah dijadikan berhala maknawi. Kemungkaran malah kemusyrikan baru ini telah dianuti semua lapisan umat termasuk ulama sekali pun tanpa mereka sedar. Maka siapakah yang akan menyelamatkan umat ini dari terus 'bertuhankan' ekonomi atau seumpamanya selain Allah Tuhan Rabul'alamin?
Agama telah dijadikan sebagai urusan kehidupan atau lebih hina lagi hanya sebagai sebahagian kecil dari urusan kehidupan. Selain ibadah khusus bukan lagi soal agama. Maka terjadilah politik tanpa agama atau agama dipolitikkan. Terjadilah ekonomi tanpa agama atau agama diekonomikan. Sepatutnya politik dan ekonomi perlu diagamakan.
Ertinya, politik dan ekonomi perlu dipulihkan aqidahnya, syariat dan juga akhlaknya. Politik dan ekonomi perlu dikembalikan kepada Tuhan. Politik dan ekonomi perlu dilagang kerana, demi dan untuk Tuhan. Maka mereka yang benar-benar kenal Tuhan sahaja yang layak untuk memikul tanggungjawab mengendalikan urusan politik dan ekonomi menepati kehendak Tuhan. Selagi pengendali politik dan ekonomi adalah terdiri daripada mereka yang bukan mewakili Tuhan maka tunggulkah kehancurannya.
Perkembangan terkini menunjukkan politik dan ekonomi yang dikendalikan oleh akal manusia sedang menuju kehancuran. Malah agama yang diuruskan oleh mereka yang mengakal-akalkan agama lebih awal menerima kehinaan sebelum ditolak oleh masyarakat.
Wahai Tuhan, apakah belum tiba masanya kebenaran yang Engkau janji diberikan kemenangan total? Ampunilah kami wahai Tuhan kerana masih menjadi halangan bantuan dan pertolonganMu terhadap kemenangan tersebut. Amin Ya Rabbal'alamin.
Sabtu, 2009 Mei 23
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan