Pas dulunya sangat berseteru dengan DAP. Macam-macam hujah yang dipegang dengan mengemukakan nas Al Quran dan Hadis. Sekarang PAS antara yang sangat mempertahankan kerjasama dengan DAP berbanding PKR sendiri. PKR mengadakan kerjasama politik dengan DAP benar-benar atas dasar 'berpolitik' kerana politiknya. Tetapi PAS yang setiap kali tindakan dan dasarnya konon mesti selari dengan Al Quran dan Hadis terpaksa menegakkan pendirian mereka yang semangat kerjasama dengan DAP bukan sahaja atas dasar politik tetapi berlandasan prinsip Islam dakwanya.
Islam sememangnya menganjurkan kerjasama dan hubungan baik dengan semua pihak. Hatta Islam lebih menganjurkan semangat perdamaian daripada persengketaan sekali pun dalam soal memepertahan maruah atau prinsip. Walau apa pun, prinsip tidak digadai atau pendirian tidak berbolak balik semata-mata kerana kepentingan kuasa.
Namapaknya PAS selalu sahaja terperangkap dengan agenda politik pihak yang jelas pandai main politik! Jika PAS tidak boleh memaafkan kesalahan politik UMNO dan BN pada masa lampau bolehkah PAS melupakan kerjasama DAP yang pernah menghancurkan harapan PAS bersama Semangat 46 suatu ketika dulu?
PKR yang dinasihatkan oleh Anwar memang berjalan dalam perjuangan politik yang penuh berpolitik. Politik dalaman, antara Pakatan dan politik dengan Barisan. Inilah sebenarnya permainan politik yang mengguna pakai kaedah "matlamat menghalalkan cara".
Apakah PAS berpegang dengan nas bahawa apa saja cara boleh dihalalkan dengan pengesahan HALAL oleh tuan guru PAS?
Khamis, 2009 April 30
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan