apabila saya membaca blog saudara apa yang dapat saya rumuskan ialah; sauadara otang yang bijak contohnya artikel suadara tetntang demokrasi, tapi dalam masa yang sama saudara seorang yang begitu taksub kepeda kepimpinnan saudara kepada abuya? ini sedikit mengecewakan saya kerana sifat extremis ini menunjukkan kedangkalan akal. minta maaf atas komen saya ini
Tulisan dalam blog ini merupakan ulasan, pandangan, lontaran idea dan harapan hasil pengamatan dan penilaian berdasarkan ilmu, pengalaman dan kecenderungan jiwa penulis.
Sekiranya tulisan berkenaan tidak selari atau sependapat dengan pembaca saya anggap itu adalah lumrah jika masih belum melibatkan perkara pokok dalam aqidah, syariah dan akhlak.
Penulis terlebih dahulu memohon maaf di atas kelemahan bahasa, penyampaian juga penghujahan. Sebarang teguran dan cadangan boleh dimasukkan melalui komen dan juga email penulis.
HUJAH KEMUNCULAN SISTEM KHILAFAH(PENYELAMAT) DI AKHIR ZAMAN
1. Dalil Al Quran Dan Allah telah menjanjikan kepada orang2 beriman di antara kamu dan yg mengerjakan amal soleh, bahawa mereka sesungguhnya akan dijadikan khalifah yg berkuasa di muka bumi inisebagaimana telah dijadikan khalifah orang2 sebelum mereka, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yg telah diredhaiNya untuk mereka, dan dia benar2 akan menukar [keadaan] mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentiasa’ An Nur: 55
2. Dalil Al Hadis
Dari Nukman bin Basyir, katanya… ‘Suatu ketika kami sedang duduk2 di Masjid Nabawi dan Basyir itu seorang yg tidak banyak bercakap. Datanglah Abu Saklabah lalu berkata” Wahai Basyir bin Saad, adakah kamu hafaz hadis Rasulullah tentang para pemerintah?’ Huzaifah RA lalu segera menjawab.” Aku hafaz akan khutbah Rasulullah SAW itu.” Maka duduklah Abu Saklabah Al Khusyna untuk mendengar hadis berkenaan. Maka kata Huzaifah RA, Rasulullah SAW telah bersabda. “Telah berlaku Zaman Kenabian ke atas kamu, maka berlakulah Zaman Kenabian sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkat zaman itu sepertiyg Dia kehendaki.” Kemudian belakulah zaman Kekhalifahan (Khulafaur Rasyidin) yang berjalan sepertimana Zaman Kenabian. Maka berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya. Lalu berlakulah zaman pemerintahan yang mengigit (Zaman Fitnah -keamiran/beraja /zaman kesultanan ) Berlakulah zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya pula. Kemudian berlakulah zaman penindasan dan zaman penzaliman(Zaman pemerintahan diktator dan demokrasi) dan berlakulah zaman itu seperti mana yang Allah kehendaki. Kemudian berlakulah pula zaman kekhalifahan (Imam Mahdi dan Nabi Isa as ) yang berjalan di atas cara hidup Zaman Kenabian.” Kemudian Rasulullah SAW pun diam…. ~Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di dalamkitabnya Musnad Al Imam Ahmad bin Hanbal, Juzuk 4, halaman 273.Juga terdapat dalam kitab As-Silsilatus Sahihah, Jilid 1,hadis nombor 5.] ———
Mengenai Saya
nawawidahalan
kuala lumpur, wilayah persekutuan, Malaysia
Lahir di Kg Bandar Tua, Pasir Salak, Perak.
Sempat terjebak dengan sistem pengajian sekular untuk tempuh beberapa tahun. Belajar agama sejak kecil dengan ibu dan ayah, sekolah agama rakyat dan jamaah Al Arqam.
Masih belajar sejak dulu, kini dan seterusnya. Menimba pengalaman, menyelami pengertian dan menghayati teladan sepanjang kehidupan melalui 'pimpinan'.
Berusaha mengekalkan hubungan dengan Tuhan melalui pimpinan dan baiah bersama mursyid. Tetapi sering sahaja gagal...namun masih direzekikan kekuatan untuk bangun setelah tersungkur berkali-kali.
Mula bertatih menulis melalui blog sejak awal 2008. Masih banyak kelemahan dan kekurangan.
Teguran dan sokongan anda saya dahului dengan ribuan terima kasih.
1 comments:
apabila saya membaca blog saudara apa yang dapat saya rumuskan ialah; sauadara otang yang bijak contohnya artikel suadara tetntang demokrasi, tapi dalam masa yang sama saudara seorang yang begitu taksub kepeda kepimpinnan saudara kepada abuya? ini sedikit mengecewakan saya kerana sifat extremis ini menunjukkan kedangkalan akal. minta maaf atas komen saya ini
Catat Ulasan