Rabu, 2009 April 01

Celaru dan keliru semasa

Semalam saya menonton Hujah TV9. Menarik, cuma saya rasa lebih molek jika sorang panel adalah dari kalangan pemerhati politik atau pengulas politik. Bila ditampilkan tiga tokoh undang-undang, maka hanya Yang Arif Tuan Hakim saja layak menilai. Orang awam akan terpinga-pinga atau buat kesimpulan sendiri. Maka tetaplah celaru dan keliru.

Presiden Majlis Peguam kata pulangkan semula kepada rakyat. Benarkah pemimpin yang dipilih oleh majoriti rakyat dikira baik dan mampu berlaku adil?

Bukankah pemimpin Amerika dan Israel adalah naik melalui pilihan majoriti rakyatnya? Kenapa setiap pemimpin yang dipilih rakyat menjadi 'orang yang paling gila' di dunia.

Sebenarnya bukan rakyat menentukan siapa pemimpin yang baik. Tetapi pemimpin yang baik sahaja dapat mendidik rakyat agar menjadi baik. Semoga bangsaku tidak celaru dan keliru lagi.

0 comments: