Ahad, 2009 April 26

Blog saya

nawawidahalan adalah blog pertama saya. Oleh kerana alamat gmail menggunakan nama penuh nawawidahalan maka blog pertama juga menggunakan nama tersebut.

Untuk memenuhi citarasa diri sendiri, juga jika ada kebaikannya untuk orang lain maka saya telah melancarkan beberapa blog yang mempunyai kriteria cerita atau topik perbincangan yang memfokuskan kepada kaetgori tertentu seperti berikut;

nawawidahalan - lebih banyak membincangkan isu semasa terutamanya agama dan politik. Memperjuangkan kebenaran berdasarkan Minda Mujaddid akhirzaman merupakan teras penilaian dan pendirian penulis.

nawawi hari ini - memaparkan kisah-kisah pendek dengan ulasan ringkas. Pengalaman peribadi atau hasil pemerhatian penulis tentang apa jua kejadian dan peristiwa semasa. Mengambil iktibar lalu menginsafikan kelemahan selaku hamba dan mengharapkan kasih sayang Tuhan adalah kesimpulan yang cuba digarapkan.

anak nakal - adalah kisah silam dan imbauan zaman lampau yang mencorak pemikiran, sikap dan keyakinan. Yang buruk dijadikan sempadan dan yang baik diharap jadi pedoman terutamanya kepada isteri-isteri dan anak-anak yang bakal menjadi warisan.

coretan hamba - cetusan rasa dan perasaan. Jadi simpanan untuk hari kemudian. Moga timbul keinsafan kepada pembaca budiman. Hanya berkongsi apa yang mungkin mendatangkan kebaikan.

Kepada anda yang sudi melawat dan berkongsi pengalaman saya ucapkan terima kasih. Semoga kita sama-sama mendapat hidayah dan taufik daripada Allah swt jua hendaknya.
Segala kelemahan dan kekurangan adalah berpunca dari nafsu kerana kelemahan iman saya. Ampun maaf dan selamat membaca.

0 comments: