Seorang penjual murtabak meletakkan lebel "Telur dibasuh" pada bekas berisi telur ayam. Datang seorang pelanggan lalu bertanya,"Apa yang dimaksudkan telur dibasuh?" Rupanya masih ada orang keliru tentang membasuh telur.
Telur ayam atau telur apa sekalipun keluarnya adalah dari lubang dubur ayam atau binatang berkenaan. Lubang dubur juga tempat keluar najis. Binatang ternak atau liar tidak pernah membersihkan najis atau dubur mereka. Sekali pun mereka mencuci dubur selepas membuang najis, tidak diragukan bahawa telur yang keluar dari lubang dubur tetap bernajis. Semasa proses telur keluar melalui lubang dubur, ia mesti 'membersihkan' najis atau baki najis yang masih ada pada dubur. Kadang-kadang kita dapat lihat najis ayam masih terlekat pada telur ayam. Maka jelaslah bahawa terdapat najis pada kulit telur ayam sama ada hukmi atau aini. Najis pada hukumnya (dikira masih najis walau pun tidak nampak najis tersebut) atau najis aini(jelas masih terdapat najis melekat).
Sebab itu jika menu masakan atau resepi makanan yang mengandungi telur kena pastikan telur yang digunakan dibasuh dengan air mutlak terlebih dahulu. Telur yang TIDAK dibasuh terlebih dahulu sebelum digunakan akan mengakibatkan seluruh masakan atau makanan tersebut dikira bernajis. Najis adalah haram dimakan.
Hati ditempa oleh makanan. Setiap makanan yang masuk ke dalam perut mestilah halal dari semua sudut. Halal dari segi sumbernya, duit untuk membelinya, suci daripada najis pada bahan, perlaksanaan memasak dan seterusnya sewaktu menjamah makanan tersebut.
Oleh yang demikian, amatlah diragui jika sesebuah syarikat BUKAN Islam mendapat taraf halal. Sedang kebanyakan orang Islam pun masih jahil atau cuai menjaga disiplin halal terhadap makanan atau hidangan seharian sekali pun.
Sijil halal tidak salah. Sijil halal hanyalah pengesahan halal sewaktu pemeriksaan rasmi dilakukan. Sijil halal BUKAN jaminan amalan bersuci menurut syariat diamalkan. Jika orang Islam sendiri tidak faham dan tidak berdispilin dengan syariat, apakah boleh diyakini tentang amalan bersuci menurut syariat pada mereka yang bukan Islam?
Selasa, 2009 April 21
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 comments:
Catat Ulasan