Ahad, 2008 Ogos 31

KEBAIKAN DEMOKRASI: Wajarkah dipertahan?

Demokrasi adalah ideology Barat. Negara kita mengamalkan demokrasi adalah hasil perancangan rapi pihak penjajah.

Walau pun begitu hikmah sebalik demokrasi yang dipraktikkan di Malaysia sangat besar. Malaysia berjaya mengharungi cabaran semasa. Paling utama Islam telah berkembang dan semakin mengukuhkan kedudukannya di negara ini berbanding negara-negara Islam yang lain di dunia.

Mengapa Islam semakin berkembang dan pengamalannya lebih menonjol di Malaysia?

Sedangkan kebanyakan negara-negara Islam di Timur Tengah sedang beralih kepada liberal dan demokratik. Masyarakat Islam di sana semakin social bahkan maksiat telah mula merajalela.

Jika demikian apakah kita patut pertahankan demokrasi yang kononnya membuka peluang kepada semua bangsa dan kepelbagaian agama?

Demokrasi kononnya mengutamakan pendapat atau kehendak majority. Pemimpin mestilah yang dipilih atau menjadi pilihan majority rakyat. Pilihanraya umum atau pilihanraya presiden adalah pendekatan memilih pemimpin secara demokrasi.

Benarkah pemimpin negara yang mengamalkan demokrasi adalah pilihan majority rakyat?

Pada pengalaman kita, pilihanraya tidak semesti memihak kepada tokoh yang disokong oleh majority pengundi. Sering terjadi calon atau tokoh yang memenangi pilihanraya hanya mendapat sokongan minority.

Mari kita buktikan;

1. Jika pertandingan tiga penjuru. Jumlah layak mengundi adalah 10,000. Dua calon masing-masing mendapat 3,000 undi. Manakala calon yang menang mendapat 4,000 undi. Maka apakah yang menang mewakili majority sedangkan yang tidak mengundi beliau adalah 6,000 pengundi?

2. Pertandingan 2 penjuru. Jumlah pengundi 10 ribu orang. Yang menang mendapat 4,500. Yang tewas hanya mendapat 4,000 undi. Undi protes 500. Yang keluar mengundi hanya 9,000. Masihkah mewakili majority pengundi yang layak? Ini belum dikira golongan yang memprotes tetapi tidak layak mengundi atas factor-faktor tertentu.

3. Pilihanraya Presiden Amerika contohnya. Sebelum pertandingan dua penjuru iaitu antara dua parti, calon-calon terlebih dahulu bertanding dalam parti. Pada peringkat pertandingan dalam parti untuk mewakili parti masing-masing pun sudah terbahagi kepada 4 penjuru dengan sendirinya ada 4 kelompok penyokong.

4. Bila pertandingan dua penjuru berlaku, maka jawapannya seperti di atas juga. Walaupun calon parti menang dengan majority, tetapi calon tersebut bukanlah juga mewakili atau mendapat sokongan padu majority penduduk Amerika. Ini baru dikira mengikut nisbah jumlah sokongan yang layak mengundi.

5. Dalam piliharaya di negara kita lebih hebat. Calon yang menjadi Menteri Besar atau Perdana Menteri kadang-kadang datang dari kawasan yang mempunyai jumlah layak mengundi kurang 10 ribu pengundi. Setelah memenangi pilihanraya peringkat Parlimen, maka secara tradisi dalam partinya, jika beliau sebagai presiden terus dilantik sebagai Perdana Menteri.

6. Parti yang mendapat jumlah kerusi melebihi majority mudah dalam pilihanraya secara automatik menjadi pemerintah. Bagaimana jika kerusi yang dimenangi kebanyakannya adalah dari luar bandar yang jumlah keseluruhan pengundinya lebih kecil berbanding jumlah pengundi di bandar?

7. Sekiranya lebih banyak parti yang bertanding maka semakin kuranglah nisbah mewakili undi majority. Dalam pertandingan dua penjuru pun masih sering terjadi calon yang menang hanya mewakili minority pengundi yang layak dan tentulah mewakili minority penduduk sebenarnya.

8. Bukti di atas mudah untuk kita menerima bahawa selama ini system demokrasi jauh daripada mewakili suara majority penduduk sesebuah negara yang mengamalkannya.

9. Maka tidak hairanlah terjadi di mana-mana negara yang rakyatnya bangun memprotes pemimpin dan kerajaan sekalipun baru sahaja selesai pilihanraya. Terlalu banyak contoh yang kita boleh saksikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini terutamanya.

10. Setelah dibuktikan bahawa pilihanraya secara demokrasi tidaklah semestinya mewakili suara majority, marilah kita lihat dari sudut yang lebih luas lagi.

11. Sistem pilihanraya menentukan kelayakan pengundi pada umur tertentu dan semestinya warganegara atau yang diiktiraf oleh perlembangaan negara tersebut.

12. Pengundi tidak diwajibkan mempunyai ilmu mengenal ciri-ciri pemimpin yang layak mewakili mereka dan juga yang boleh memimpin mereka.

13. Pengundi hanya memilih mengikut citarasa sendiri berdasarkan tawaran dan kempen yang dilancarkan oleh pemimpin atau calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

14. Pertandingan yang bermula dengan penawaran diri oleh calon sudah tentulah mengamalkan konsep ‘masuk bakul angkat sendiri’. Biasalah bila mana calon yang bertanding mengumumkan bahawa mereka tidak gila jawatan atau gila kuasa. Mereka mendakwa hanya ingin berkhidmat kepada rakyat dan negara!

15. Jika benar ingin berkhidmat kepada agama, bangsa dan Negara kenapa mesti berlawan? Kenapa mesti bergaduh dan bertarung? Kenapa berebut-rebut jawatan hingga berlaku jatuh-menjatuhkan dengan kawan seperjuangan?

16. Pilihanraya dalam parti dan antara parti yang dipraktikkan oleh pendokong demokrasi jelas tidak mengajar dan menentukan dasar-dasarnya. Lebih-lebih lagi system tersebut tiada kaedah atau pendekatan yang konsisten mendidik dan mendisplinkan ‘penganutnya’.

17. Ideology apa pun di dunia tidak melahirkan manusia atau tiada kaedah memanusiakan manusia. Ertinya mereka hanya sediakan gelanggang untuk manusia bertarung atau ‘bergusti’.

18. Manusia yang bertarung dalam gelanggang pilihanraya demokrasi adalah lahir daripada institusi masing-masing. Mereka memperjuangkan kefahaman dan keyakinan masing-masing dalam satu gelanggang.

19. Maka berlakulah pertembungan fikiran, pandangan, idea, rumusan, pendekatan, dasar, pegangan, keyakinan dan prinsip yang sama sekali berlainan dalam satu gelanggang.

20. Bayangkan jika semua jenis sukan atau permainan bertanding dalam satu gelanggang. Apa akan terjadi?

21. Cuba kita bayangankan sukan renang, badminton, sepaktakraw, tenis dan memanah bertanding menggunakan padang bolasepak?

22. Maka sebenarnya demokrasi pilihanraya telah menentukan bahawa hanya yang boleh bermain dalam gelanggangnya adalah mereka yang sanggup buat apa saja untuk menang.

23. Percaya atau tidak kita telah saksikan secara pengalaman selama beberapa dekat dunia dipaksa oleh Barat menerima pakai pendekatan ini.

24. Setelah fahaman komunis jatuh, maka demokrasi cuba diterapkan ke seluruh negara-negara di dunia.

25. Sebenarnya dunia terpaksa menerima pendekatan demokrasi kerana tiada pilihan. Ini merupakan pilihan yang ada pada waktu ini setelah Islam jatuh sejak 700 tahun lalu. Sementara Komunis menggunakan pendekatan yang lebih keras mengikut penilaian kebanyakan negara dan bangsa di dunia.

26. Maka telah terbuktilah sebenar-benarnya bahawa demokrasi bukanlah pilihan yang terbaik.

27. System tersebut tidak pernah melahirkan pemimpin yang baik sepanjang sejarah pengamalannya oleh negara di serata dunia.

28. Pemimpin demokrasi belum ada yang dikagumi, disanjungi, dihormati dan disayangi oleh seluruh atau majority rakyatnya jauh sekali bangsa lain. Lebih mustahil lagi dipandang hormat oleh musuh politiknya samada dalam negara maupun luar negara.

29. Pernahkah kita ditonjolkan seorang tokoh demokrasi yang mampu memberikan kasih sayang dan pembelaan kepada semua golongan rakyatnya termasuk musuh politik mereka?

30. Kebanyakan tokoh pemimpin politik demokrasi bukan sahaja dibenci oleh penentang mereka, bahkan mereka ditolak oleh anggota parti atau kumpulan penyokong sendiri pada akhirnya.

31. Inilah antara bukti bahawa belum ada system politik yang mampu menandingi politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw.

32. Politik Islam Rasulullah menggunakan pendekatan dakwah dan kasih sayang.

33. Melalui pendekatan dakwah, Rasulullah mengenalkan manusia kepada Tuhan dengan menanamkan rasa berTuhan ke dalam jiwa pendukung perjuangannya.

34. Dengan rasa berTuhan dan rasa-rasa kehambaan yang tersemat dalam jiwa sahabat Rasulullah, lahirlah generasi yang takut dan cintakan Tuhan.

35. Mereka yang telah takut dan cintakan Tuhan tidak lagi tertarik dengan dunia dan perhiasannya yang bersifat penipu.

36. Lalu kerana mendalamnya cinta Akhirat dalam diri, generasi sahabat mampu mentadbir dunia dengan penuh kasih sayang dan saksama.

37. Mereka tidak berebut harta benda dunia. Mereka tidak simpan dunia dalam hati. Mereka lebih bahagia jika tidak memiliki dunia.

38. Generasi beginilah yang mampu menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan Negara kerana mereka langsung tidak mementingkan diri, keluarga dan kelompok mereka dalam memerintah Negara.

39. Generasi yang Rasulullah lahirkan ini bukan calang-calang generasi. Belum ada lagi dalam sejarah dunia mampu menandingi system yang berjaya melahirkan generasi ajaib seumpama ini.

40. Sehingga kini musuh Islam masih belum mampu memadamkan sejarah keunggulan generasi sahabat yang mereka itu adalah salinan peribadi Rasulullah saw.

41. Apa yang ada pada diri Rasulullah saw seperti iman, ibadah, akhlak, ilmu, perjuangan, pengorbanan, kasih sayang dan segenap segi lahir dan batin ditiru dan dicontohi daripada baginda.

42. Rasulullah saw adalah seajaib-ajaib manusia yang pernah Tuhan jadikan sepanjang zaman. Bahkan kerana roh bagindalah Tuhan ciptakan seluruh alam.

43. Kesimpulannya, tiada lagi yang dapat menandingi kehebatan Rasulullah dan generasi yang dilahirkannya mampu menguasai seluruh dunia sehingga 700 tahun lamanya.

44. Jika demikian tiadalah keraguan bagi orang Islam dan bukan Islam dengan keunggulan politik dakwah dan kasih sayang yang Rasulullah janjikan akan menguasai dunia sekali lagi di akhirzaman melalui pemimpin kebenaran yang dijanjikan.

45. Tokoh paling digeruni oleh Yahudi di akhir zaman adalah Imamul Mahdi. Sebab itu mereka melalui orientalis Barat telah berjaya meragukan kebanyakan umat Islam tentang kedatangan Imamul Mahdi.

46. Allah dengan kuasanya telah menipu daya musuh-musuhnya. Sebelum kedatangan Imamul Mahdi terlebih dahulu Tuhan tonjolkan tokoh kanan beliau iaitu Fatta Attamimi.

47. Wajib umat Islam bersama Fatta Attamimi kerana padanya ada panji-panji Al Mahdi.

48. Fatta Attamimi adalah orang yang paling kenal Imamul Mahdi. Beliau adalah yang paling lantang memperjuangkan Imamul Mahdi sekali pun mendapat tentang berbagai pihak dari segenap penjuru.

49. Perjuangan Fatta Attamimi bersifat menzahirkan kebenaran, bukan sekadar memperkatakan kebenaran. Beliau berjaya menzahir kebenaran yang pernah berlaku di zaman Rasulullah di dalam jemaahnya.

50. Sebelum Imamul Mahdi menzahirkan diri, Fatta Attamimi terlebih dahulu akan mendapat sebuah Daulah Islamiah sebagai tapak kedatangan Imamul Mahdi.

51. Daulah Islamiah itu merupakan penyempurnaan perjuangan Fatta Attamimi yang beliau dapatkan melalui ‘khawariqul’adah’ atau bantuan Tuhan. Negara tersebut telah terlebih dahulu dikenali dunia sebagai Negara Islam walau pun belum mencapai status Islam yang sebenar.

52. Proses pengislaman negara tersebut secara total sedang berlaku. Bekas pemimpin terbilang negara berkenaan telah bekerja keras menyediakan prasarana lahiriah semasa Fatta Attamimi menyediakan prasarana modal insane atau rohaniah.

53. Proses ini telah Tuhan isyaratkan melalui hadis, kasyaf dan ilham sejak ribuan tahun lagi. Sekarang proses tersebut semakin hampir sempurna apabila teknologi roh semakin mengatasi teknologi lahiriah dan teknologi akal manusia.

54. Melalui teknologi roh, sebahagian besar pemimpin bertaraf dunia sedang diproses menerima secara sukarela atau terpaksa kemunculan Daulah Islamiah tersebut.

55. Marilah kita menyaksikan kehebatan dan keunikan kekuasaan dan kebesaran Tuhan Yang Maha Agung melakukan sesuatu yang tidak terduga oleh manusia.

56. Tuhan telah melakukan proses kejutan demi kejutan kepada manusia terutamanya apabila berlaku Tsunami di Aceh. Selepas itu terlalu banyak kejutan berhubung kejadian alam, kejutan budaya, kejutan ekonomi dan seterusnya kejutan politik berlaku seluruh dunia terutama sekali di Asia Tenggara ini.

57. Tidak lama lagi seluruh dunia akan menerima kejutan paling mengejutkan apabila tokoh dan kumpulan yang diperleceh, dinista, disekat dan dihalang pergerakkannya akan mendapat Daulah Islamiah di Malaysia!

58. Bagi mereka yang masih sinis, jangan terus menolak. Jika anda sanggup berdiam diri tidak merugikan apa-apa. Tetapi sebaliknya jika anda cuba menentang maka anda mesti bersedia melawan TAKDIR!

59. Umat Islam yang sangat rindukan kedamaian dan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat wajarlah anda bergembira dengan berita ini. Tetapi anda mesti ingat bahawa kebenaran yang akan menjelma tidak memberi peluang kepada manusia munafik!

60. Kepada pendukung-pendukung perjuangan kebenaran, marilah bersungguh-sungguh menyiapkan diri untuk mengemis bantuan dan kasih sayang Tuhan agar disegera dan disempurnakan janji-janjiNya kepada Islam dan umatnya di akhirzaman.

Sempena Hari Kemerdekaan ke 51 negara renungkanlah samada sesuai kita pertahankan amalan demokrasi atau kita berdoa bersungguh-sungguh agar Tuhan tunaikan janji-janjiNya bahawa penyelamat akhiz zaman pasti datang.

Seluruh dunia sedang menunggu kedatangan seorang penyelamat. Sesungguhnya Engkau Tuhan sekali-kali tidak memungkiri janji. Segerakanlah wahai Tuhan. Amin!

Sabtu, 2008 Ogos 30

KERUNTUHAN DEMOKRASI: Satu teori kontroversi atau realiti

1. Dalam banyak komen dan tulisan saya dalam blog ini sering mengaitkan sesuatu isu dengan bakal runtuhannya sistem demokrasi. Pandangan ini bukan sekadar mimpi, angan-angan atau ilusi.

2. Pandangan ini adalah keyakinan berdasarkan ilmu dan sumber terkini dari ‘rangkaian teknologi roh’.

3. Persoalan keyakinan sukar nak diperkatakan kepada umum. Keyakinan perlu pada ilmu dan hidayah untuk mendapatkannya.

4. Tanpa ilmu, hidayah dan pimpinan mursyid, keyakinan kepada janji Allah melalui Rasulullah tentang akhirzaman sukar untuk ditanam ke dalam jiwa.

5. Jadi pada kali ini saya nak kemukakan satu teori yang ada logic dan rasionalnya bagaimana system demokrasi akan runtuh bermula di Malaysia.

6. Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan sasaran pada 16 Sept 08 ini beliau akan menjadi Perdana Menteri. Walau pun kelihatan agak sukar atau tiada jalan yang mudah, namun ramai yang mula mempercayainya.

7. Rakyat sedang menunggu. Bagi penyokong tegar mereka sedang memasang angan-angan yang bukan kecil. Keinginan untuk mengatasi lawan atau musuh politik semakin meluap.

8. Keadaan ini mengwujudkan golongan yang pro dan kontra secara semulajadi. Golongan pro atau kontra terhadap isu Anwar jadi PM terbahagi dua iaitu yang menyatakan secara terang-terangan dan satu golongan secara senyap.

9. Bagi majority ahli dan pemimpin UMNO mereka hanya tunggu dan lihat. Jika benar berlaku Anwar jadi PM, mereka secara paksarela menerima dan setengahnya mengambil peluang lebih awal.

10. Umum orang UMNO memang lebih yakin Anwar sebagai PM daripada Pak Lah. Cuma mereka masih sayang Pak Lah kerana boleh mengambil kesempatan mengaut apa yang patut untuk kepentingan diri dan group masing-masing.

11. Pemilihan UMNO peringkat bahagian dan seterusnya peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Biasanya suasana pemilihan dalaman UMNO lebih sengit dibanding dengan pilihanraya umum.

12. Dengan kepimpinan Pak Lah yang sangat lemah, keadaan ahli UMNO akan berpecah-pecah dan tercaing-caing. Kekuatan UMNO tidak mungkin dapat dikembalikan. Hakikat yang UMNO sedang nazak tidak dapat ditolak sekalipun oleh Pak Lah.

13. Pakatan Rakyat yang sedang menuju ke puncak belum ada kekuatan. Sokongan yang mereka dapat semasa PRU12 dan PRK PP bukanlah sokongan sebenar. Pakatan Rakyat menumpang tuah kelemahan dan kepincangan kepimpinan Pak Lah.

14. Kebencian dan meluat yang amat sangat rakyat kepada Pak Lah telah memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat. Jadi Pakatan Rakyat sebenarnya tiada kekuatan sendiri dan tiada perpaduan benar-benar kukuh dalam persefahaman mereka.

15. Persefahaman Pakatan Rakyat yang ada hanya terbina kerana menetang BN, tidak akan bertahan lama. Setelah BN tumbang apa pula persefahaman yang masih sama antara PAS, PKR dan DAP?

16. Pakatan Rakyat bukan mewakili bangsa atau etnik berlainan tetapi mempunyai cita-cita dan prinsip perjuangan yang sama. Pakatan Rakyat mewakili perjuangan yang amat berbeza antara satu sama lain tetapi menentang musuh yang sama iaitu BN. Setelah musuh tumbang apakah mereka mampu mengorbankan prinsip dan cita-cita perjuangan masing-masing demi perpaduan?

17. PAS adalah sebuah parti yang sering lebih emosional dari rasional. Baik pemimpinnya apatah lagi penyokong-penyokongnya.

18. DAP adalah sebuah parti berfahaman ultra. Mungkin kepimpinan muda sudah mula boleh berkompromi dengan musuhnya PAS namun mustahil menerima dan bersetuju dengan prinsip PAS.

19. PKR adalah parti sementara. Anwar Ibrahim yang memang sangat petah bercakap merupakan tokoh paling wajar menjadi PM. Tetapi dengan menggabungkan semua bangsa dan agama dalam satu parti hanya bertahan untuk seketika. Di Malaysia konsep bersatu sebegini rupa hampir mustahil boleh diterima kecuali pemimpinnya bersifat hipokrit! Apakah Anwar Ibrahim tokoh terbilang yang paling hipokrit?

20. Pada masa ini, tiada tokoh yang benar-benar dapat menandingi Anwar Ibrahim dalam gelanggang politik demokrasi. PAS dan DAP juga terpaksa akur dan mengambil peluan ini untuk boleh bersaing bersama dalam era demokrasi sekarang.

21. Anwar Ibrahim terkenal dengan demonstrasi. Apa-apa yang akan berlaku kepadanya yang kurang baik akan dijawap dengan demo.

22. PAS juga bersemangat. Mudah sahaja menunjukkan perasaan menentang walaupun mereka terpaksa lewat sembahyang atau tidak sembahyang dalam waktunya.

23. UMNO sedang kucar-kacir dalaman dan luaran. Ahli dan penyokong UMNO sedang sangat lemah dan haru biru.

24. Kemuncak dari suasana ini, mungkinkah Negara kita akan mengalami beberapa peristiwa yang menakutkan dan menggegarkan politik tanahair dalam masa terdekat.

25. Anwar Ibrahim hampir pasti tidak akan jadi PM dalam tempuh terdekat. Bolehkah penyokongnya bersabar dan bertenang?

26. Timbalan Perdana Menteri nampaknya semakin terhimpit dan tersepit. Isu wanita Monggolia yang dikaitkan dengan beliau telah pun dinafikan berkali-kali. Kemuncaknya terpaksa bersumpah. Percayakah rakyat kepada beliau?

27. Najib makin tersepit dengan janji Pak Lah terhadap peralihan kuasa. Mampukah Najib dan penyokongnya bersabar?

28. Seluruh keadaan ini memungkinkan pertembungan banyak pihak dalam tempuh beberapa bulan akan datang.

29. Pertembungan dan pertempuran politik dalaman dan juga luaran ini tidak mustahil merebak dan melarat hingga berlaku kegawatan di tengah masyarakat.

30. Mungkin sebahagian pertembungan masih terkawal. Tetapi apa akan jadi jika pertembungan penyokong pihak-pihak terbabit tidak mampu dikawal.

31. Ledakan perasaan antara penyokong kumpulan yang wujud dalaman parti, antara parti dengan parti, antara suku dan bangsa, antara agama dan puak-puak yang mengambil kesempatan atasan kelemahan kerajaan semakin meluap-luap.

32. Kenapakah semua isu terkumpul dan berlaku seolah-olah sedang menuju kemuncak seluruh masaalah dalam Negara kita secara serentak?

33. Semua pemimpin Melayu telah dikaitkan dengan isu-isu yang memalukan. Beberapa ketua jabatan pula didakwa dengan tuduhan rasuah.

34. Ekonomi sedang lembab. Sosial sedang merudum.

35. Perasaan tidak puas hati dan marah rakyat semakin hari semakin membuak-buak.

36. Maka atas alasan inilah, semua masaalah akan bertembung dan tiada pihak yang mampu menanganinya secara betul, tepat dan selamat.

37. Politik BN akan runtuh namun PR tidak kukuh. Rakyat marah dan meluat dengan orang politik.

38. Pihak keselamatan sedang memantau semua keadaan ini. Persiapan dan persedian awal telah pun berjalan bila mana pihak PDRM dengan ATM mengadakan latihan bersama tidak berapa lama dahulu.

39. Hanya institusi Raja yang diketuai oleh Agung yang paling menyerlah pegangan agamanya tidak tercemar pada masa ini.

40. Pihak yang sedang berkuasa akan cuba sedaya upaya mempertahankan kedudukan mereka. Jika mereka tidak mampu bertahan, mereka tidak akan menyerah kalah. Ini adalah kedudukan yang tidak dapat dinafikan.

41. Pihak yang merancang hendak naik sedang mengoptimakan seluruh kekuatan dengan sokongan terbuka pihak luar.

42. Rakyat sedang dirundung kemelesetan dan kesempitan hidup. Perasaan meluat pada pihak bertelagah tak dapat dielakkan.

43. Negara sedang menuju darurat. Sebenarnya keadaan memang sedang darurat. Hanya belum diisytiharkan sesuai dengan perlembangaan. Tunggulah masanya.

44. Agung dan pihak keselamatan akan mengambil alih kekuasan Negara.

45. Sebagaimana dulunya kita menggunakan system beraja kemudian beralih kepada pilihanraya, maka sejarah akan berulang.

46. Pada kali ini kita tidak kekal dalam system beraja, tetapi raja akan mengekalkan system khalifah. Kerana system beraja dalam dunia Islam adalah warisan system khalifah.

47. Setelah system khalifah lemah, maka diambil alih oleh system beraja, bila raja lemah, maka digantikan dengan demokrasi.

48. Putaran kembali berulang, bila demokrasi lemah maka raja ambil alih sesuai dengan perlembagaan kemudian melalui kehendak raja-raja diserahkan kepada system khalifah.

49. Semua ini akan terjadi mengikut kehendak Tuhan. Tuhan ada caranya untuk menaikkan agamanya. Islam jatuh kerana kelemahannya, bukan kerana musuh kuat.

50. Sekarang musuh Islam sedang menjunam dan menuju kehancuran tetapi Islam semakin kuat terutamanya di Malaysia. Tunggulah teori ini menjadi kenyataan. Sekali pun tidak berlaku seratus peratus tepat, tetapi jangan dipandang ringan atau ambil mudah. Bersiaplah dari sekarang, sebelum terlambat!

Teori ini merupakan pandangan peribadi saya berdasarkan keyakinan bahawa Islam akan kembali gemilang di akhir zaman. Pihak yang tidak percaya dan mempertikaikan teori ini berhak mengemukakan teori yang lebih baik.

Apa yang penting saya penuh yakin bahawa Malaysia akan jadi Negara Islam sebenar dalam tempuh terdekat melalui politik dakwah dan kasih sayang, bukan politik demokrasi amalan jahiliah moden!

Selamat menyambut Hari Kebangsaan dan menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Jumaat, 2008 Ogos 29

Mufti Perlis dan 'sewaktu' dengannya

Hari ini sengaja teman nak ngusik orang agama yang berjawatan rasmi. Penjawat agama rasmi.

Islam adalah cara hidup, bukan rasmi atau resmi-resmi je! Bila dah Islam itu 'dirasmikan' maka dia bukan lagi cara hidup tetapi lebih kepada cara nak hidup.

Penjawat agama rasmi biasanya tidak lagi bercakap tentang Islam setelah tidak lagi duduk secara rasmi atau meresmikan apa-apa majlis. Lihatlah tokoh yang banyak kita saksikan. Sebagai contoh mudah, berapa ramai mantan Ketua Pengarah Pusat Islam atau Jakim yang telah bersara tetapi masih 'garang' dan bersemangat membela dan mempertahankan ajaran Islam? Hampir tiada kita nampak pun. Bandingkan ketika mereka menjawat jawatan agama secara rasmi suatu ketika dulu. Wah bukan main lagi, merekalah hero atau jaguh dalam kes sesat menyesatkan orang! Sekarang mereka pun dah tak kenal apa itu sesat atau tidak sesat. Mungkin dah tersesat dalam dunia koporat atau keparat?

Kenapa saya ajak mufti atau 'sewaktu' dengannya merenung perkara ini?

Islam sebagai satu cara hidup tidak memerlukan seseorang yang benar-benar berilmu, beriman dan bertaqwa kepada jawatan rasmi! Seseorang yang benar-benar faham, yakin, mengamalkan dan memperjuangkan Allah sebagai Tuhan dan Islam sebagai syariat Tuhan dengan sendirinya tidak akan mampu berkompromi dengan mana-mana sistem kerajaan yang tidak bertunjangkan Iman dan Islam!

Mana ada ulama muktabar yang menerima jawatan rasmi? Sedang kerajaan sewaktu Imam Syafie hidup masih rapat dengan lunas-lunas Al Quran dan As Sunnah. Tetapi kenapa Imam Besar yang merupakan mujaddid kedua ini sanggup dipencilkan dan dinista oleh pemerintah kerana mempertahankan prinsip Iman dan Islamnya?

Pernah seorang ustaz menjawab soalan dalam siaran sebuah stesen radio. Katanya, orang agama sekarang terpaksa meletak harga ceramah agama atau bekerja makan gaji kerana kos hidup yang tinggi. Sepintas lalu memang ada kebenarannya. Tapi apakah itu satu kebenaran?

Bagaimana orang agama rasmi nak mengajar dan mendidik manusia agar yakin dan bergantung benar pada Tuhan? Jarang kita dengar atau diceramahkan oleh penjawat agama rasmi tentang Tuhan tempat rujuk dan tempat mengadu segala masaalah. Tuhan lah tempat meminta dan menyerahkan nasib kita. Tuhan adalah kawan setia yang boleh membantu dan menolong kita bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Tuhan lah penolong dan tiada yang dapat mengatasi pertolongan dari Tuhan. Bagaimana semua ini ingin ditanam ke dalam jiwa manusia kalau mereka pun belum menyakinni dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian?

Inilah pembohongan dan kekarutan penjawat agama rasmi yang hanya lantang dipentas tapi dalam hati penuh keraguan! Benarkah mereka yakin Allah menjadi pembela sehingga tidak perlu lagi bersandar pada apa-apa jawatan untuk hidup? Bukan sekadar mereka mampu hidup berdikari dan bebas dari kongkongan sistem manusia, sepatutnya merekalah yang menyediakan untuk orang awam peluang hidup yang bebas dari sistem yang berunsur haram dan subhat. Barulah benar-benar mereka ini diakui sebagai pejuang dan pembela agama Allah.

Sepatutnya ahli agama mereka bekerja untuk Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan membela kehidupan mereka seperti yang dicontohkan oleh Rasul-Rasul dan pemimpin kebenaran sepanjang zaman. Mana ada dalam sejarah Islam seorang mujaddid yang bekerja dengan orang sebaliknya mereka bekerja untuk menyelamatkan orang. Bukankah itu contoh yang paling tepat untuk mengukur kewibawaan ilmu, iman dan taqwa seseorang pejuang kebenaran?!

Kecelaruan & Kekeliruan PAS

Solat hajat PAS sebelum konsert Avril
Abdul Rahim Sabri | Aug 29, 08 11:46am
Pemuda PAS akan mengadakan solat depan pintu masuk Stadium Merdeka malam ini bersempena konsert penyanyi punk pop Avril Lavigne
.

Pandangan saya...

Pandangan saya secara peribadi, sangat menghairankan bila melihat dan menyaksikan slogan, pendekatan, sikap, tindakan dan segala macam oleh penyokong dan pendukung Parti Islam SeMalaysia.

Solat diperintahkan untuk melahirkan rasa kehambaan dalam diri. Berbagai rasa-rasa kehambaan yang mendarah mendaging dalam hati dapat membakar musnah segala mazmumah. Dengan tiada mazmumah maka seseorang itu dapat memiliki mahmudah.Seseorang yang memiliki berbagai sifat mahmudah itulah dia orang bertaqwa. Orang bertaqwa sahaja yang ada jaminan dari Allah akan dibela dan dibantu.

Tetapi bagi PAS solat telah dijadikan satu bentuk demonstrasi ala Islam kononnya. Solat hajat jika benar-benar memohon sesuatu dengan penuh kehambaan kepada Allah, cukup seorang sahaja yang melaksanakannya. Kerana yang menggagalkan kemungkaran bukannya solat itu, tetapi Allah dengan rahmatNya berkuasa menggagalkan apa jua maksiat setelah dipohonkan dengan penuh rasa kehambaan.

PAS juga keliru bila mana mengatakan ingin bersemuka dengan UMNO kerana nak tanya kenapa terima Islam separuh-separuh? Mungkinkah PAS percaya PKR dan DAP menerima Islam sepenuhnya sehingga bukan sahaja boleh bersemuka tetapi berpelukan?

Ajaran Islam itu cantik dan indah. Islam sangat menitik beratkan akhlak atau budipekerti. Islam menetapkan akhlak adalah buah ibadah. Ibadah yang tidak melahirkan akhlak bererti pokok tanpa buah. Kenapa Islam PAS tiada budi, tiada pekerti? Akhlak orang PAS sangat hodoh. Cantik dan indah ke kalau pemuda-pemudi dan wanita-wanitanya menjerit dan terpekik dijalanan hanya marahkan kerajaan? Menyaksikan barisan pemimpin yang sinis, kalut dan sombong bila berhadapan pemberita buat kita malu. Lim Guan Eng antara pemimpin Pakatan Rakyat yang amat rasional dan berhemah bila berdepan dengan media. Kenapa PAS emosional dan celaru?

PAS yang kononnya memperjuangkan Islam agama syumul makin memerlukan sokongan dari parti yang langsung tidak mahu Islam yang syumul. Apa erti syumul Islam PAS?

Entahlah, saya rasa terlalu banyak pandangan, sikap dan tindakan PAS yang sangat keliru dari garis panduan kebenaran dari Tuhan.

Renungan & Nasihat untuk PAS

Haji Hadi : Sumpah itu satu tindakan bodoh & tidak mengikut syariat Islam.
Nik Aziz : Sumpah itu menyalahi ajaran Islam.

Kedua-duanya sanggup menyatakan yang sedemikian itu atas sebab ‘teknikal’ semasa lafaz sumpah iaitu kaedah memegang naskah Al Quran , atau atas sebab ‘menyalahi’ prosedur mahkamah, tidak langsung disentuh aspek rohaniah isi lafaz sumpah itu.

( Soalnya adakah mereka bercakap dari lubuk hati yang sebenar? Tidak takutkah mereka kepada Allah ? )


Renungkanlah sedikit nasihat untuk dua pemimpin ini :

—————————————————————–

1.Kalau kita berjuang menumpang platform orang, macam kita menumpang kapal orang. Kita ada matlamat sendiri, yang punya kapal mempunyai matlamat sendiri. Sudah tentulah yang punya kapal itu akan membawa kapalnya ke destinasi yang dia kehendaki. Bukan ke destinasi yang kita kehendaki. Bila hendak sampai.


2.Di dalam perjuangan adakalanya kita mesti mara ke hadapan, adakalanya kita mesti undur ke belakang dan adakalanya kita mesti bertahan. Begitulah strategi di dalam perjuangan.



3.Perjuangan Islam tidak sama dengan Perjuangan Umat Islam. Perjuangan Islam perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berprinsipkan Islam berdasarkan Al Quran dan Al Hadis. Perjuangan Umat Islam ialah perjuangan yang dilaksanakan oleh umat Islam yang berdasarkan ideologi. Yang pertama kalau terkorban mati syahid. Yang kedua kalau terkorban mati sakit.



4.Kalaulah orang Islam itu ghairah mengamalkan ajaran Islam, tidak ada masa untuk berforum dan bermujadalah. Kerana masa mengamalkannya sangat terbatas


5.Apabila ada orang di sesebuah parti lain melakukan kesilapan atau kesalahan, bukan sahaja orang itu dihina, dikata dan dicerca bahkan parti orang itu pun dikata dan dicerca, tapi apabila Allah takdirkan membongkar kesalahan mana-mana orang di dalam parti atau jemaahnya sendiri, dia berkata, “Itu kesalahan individu, tidak ada kena-mengena dengan parti atau jemaah”.




6.Ada orang di dalam perjuangan, sanggup korbankan dasar dan prinsip perjuangan, kerana mempertahankan satu dua orang yang disukainya. Walaupun orang yang dipertahankannya itu melakukan kesalahan. Begitu juga ada orang yang sanggup korbankan dasar perjuangannya, kerana ada individu di dalam perjuangan itu berselisih faham dengannya.



7.Di dalam satu perjuangan, kita mesti pandai membezakan kesalahan dasar perjuangan, dengan kesalahan peribadi di dalam perjuangan. Apabila peribadi yang salah, kita tidak boleh meninggalkan perjuangan. Tapi apabila dasar perjuangan yang salah, tidak mengapa kita meninggalkan perjuangan itu.



8.Perjuangan itu macam orang buka ladang, orang yang boleh meneruskan pembukaan ladang itu di awal hingga akhir waktu menebang, membakar, membajak, menanam terlalu kurang berlakunya perselisihan dan krisis, kerana tidak ada apa yang hendak direbutkan, perselisihan dan krisis banyak berlaku selepas ladang mengeluarkan hasil, menimbul rebutan, pecahlah perpaduan, begitulah perjuangan selepas mendapat kejayaan atau kemerdekaan. Timbullah krisis yang membawa perpecahan yang hebat, justeru merebut hasil kemenangan



9.Apalah erti kemenangan kalau tidak membawa kebenaran ? ! Tidak mengapa menerima kekalahan selagi kita di dalam kebenaran. Allah bukan menilai kemenangan tapi menilai kebenaran. Oleh itu berjuanglah di atas kebenaran, sekalipun kalah.

ANWAR BAKAL PM

Semalam saya menghubungi seorang kawan baik semasa sekolah dan beliau telah bersama Utusan Malaysia hingga kini hampir 15 tahun . Beliau bertanya kenapa saya dah lama tak menulis dalam blog?

Maka hari ini sebagai menghargai perhatian kawan baik semasa sekolah saya gagah menulis walau pun minat untuk menulis kurang kerana meluat dengan isu semasa yang dipaparkan hampir semua media.

Isu paling menarik sekarang adalah berhubung Ahli Parlimen baru iaitu, Dato' Seri Anwar Ibrahim mewakili PKR dan telah dipilih sebagi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Benarkah Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat? Inilah persoalan besar dan paling laris sekarang. Kalau di Indonesia paling ngetop gitu.

Anwar begitu yakin bahawa dia akan jadi PM. Beliau sekarang bukan lagi merasa dirinya sebagai Ketua Pembangkang tetapi lebih kepada sebagai seorang Perdana Menteri.

Melihat ketokohan Anwar atau DSAI berbanding Pak Lah atau Najib sekali pun memang patutlah beliau menjadi PM. Sokongan rakyat yang tidak pernah surut bahkan semakin memboyot, menjadi dorongan dan kekuatan beliau yang kerusi PM bukan lagi sekadar impian bahkan semakin menjadi kenyataan. Itulah juga kepercayaan majoriti penyokong DSAI mengenai harapan baru untuk Malaysia yang sedang dalam perjalanan ke Putrajaya.

Pandangan seumpama ini menjadi kepastian kepada penyokong tegar DSAI. Mereka tidak mahu lagi pandang belakang. Tetapi benarkah mereka memandang ke hadapan?

Kepada anggota dan kepimpinan parti yang berjuang dalam Pakatan Rakyat belum sepenuhnya menerima harapan semudah itu. Banyak persoalan masih belum terjawab dan juga masih belum pun mampu diselesaikan antara mereka.

Walau pun ada segelintir yang sedang mabuk, mereka tidak dapat dijadikan sandaran. Macam orang mabuk cinta. Apa pun indah belaka, termasuk kentut kekasihnya pun berbau wangi. Inilah penangan orang sedang mabuk bercinta. Maka cinta kuasa atau cinta dunia termasuk yang menjadikan orang mabuk sampai hilang pertimbangan wajar!

Barisan Nasional yang berPresidenkan seorang yang tiada bahasa untuk kita ucapkan selayak baginya masih dalam termangu-mangu melihat kejutan suara rakyat menolak BN selepas PRU12.

Pihak yang mulai sedar akan kegawatan dan kenazakan hayat UMNO dan BN tenggelam timbul dengan kepentingan diri masing-masing. Nak dikejutkan Tuan Presiden, takut periuk nasi disiram pasir. Nak sokong Presiden rasa macam naik bas dipandu orang mengantuk menuju gaung, amat menakut dan menyeramkan. Tetapi apa boleh buat, cinta itu buta. Bila cinta dunia sangat menebal dalam diri, kepentingan diri sangat diutamakan dari agama dan negara. Maka terjadilah orang yang sedang bercinta buta tentang kebenaran dan kenyataan.

BN terutamanya UMNO sedang menuju kehancuran yang tidak perlu lagi diselamatkan. Kerana kehancurannya memang patut, memang wajar bahkan merekalah sendiri yang terjun ke dalam kehancuran tersebut.

Berdasarkan kepada keadaan dan situasi politik, ekonomi dan sosial masa kini, wajarlah semua rakyat mengharapkan satu perubahan besar dalam negara tercinta Malaysia. Sempena bulan kemerdekaan ini dan 2 hari lagi kita bakal menyambut Hari Kebangsaan, marilah kita mengharapkan sepenuh hati Tuhan lakukan sesuatu untuk negara dan agamaNya.

Menerusi tulisan ini, saya ingin membawa anda melihat dari perspektif berbeza tetapi paling utama. Itulah perspektif ketuhanan. Maksudnya, apakah rahsia seluruh kejadian Tuhan termasuk kegawatan ekonomi, politik dan sosial seluruh dunia kini termasuk negara kita?

Tuhan mencipta atau melakukan sesuatu itu tidak sia-sia. Hatta sebutir zarah pun yang Tuhan jadikan tidak sia-sia! Sebutir debu yang tidak memberi kesan secara langsung terhadap kehidupan manusia pun masih ada peranannya Tuhan jadikan, inikan pula persoalan politik, ekonomi dan sosial? Tentu ada maksud Tuhan. Apakah kita tidak terasa peranan Tuhan dalam semua hal berkaitan?

Mari kita lihat bagaimana Tuhan jadikan semua perkara seperti menemui jalan buntu. Biasanya sebelum ini bagi mereka yang berkuasa, isu yang menggugat atau ancaman terhadap masa depan politik ada saja jalan penyelesaian mudah. Dengan kuasa, mereka boleh mengatur dan menyusun bagi menyelamatkan diri. Dengan kuasa juga, mereka mampu menjinakkan musuh atau menyekat kemaraannya.

Tetapi apa yang berlaku sekarang amat diluar kebiasaan. Ini bukan sekadar teknologi atau kecerdikan manusia, tetapi Tuhan Yang Maha Berkuasa yang melakukan pendedahan demi pendedahan menggunakan sebab teknologi dan manusia.

Tidakkah kita melihat Tuhan melalui kuasanya sedang memporak perandakan sistem yang ada?

Sistem politik atau kepimpinan seluruh dunia sedang mengalami krisis kepercayaan yang cukup kritikal. Mana ada sebuah negara yang pemimpinnya dapat diterima dengan lapang dada dan sepenuh hati oleh rakyat?

Sistem ekonomi yang semakin mencengkam dan menggugat kehidupan manusia berlaku di mana-mana. Walau pun bersidang semua tokoh ekonomi dan pakar-pakar dari seluruh dunia, namun semakin dicuba menyelamatkan, semakin merudum ekonomi dunia.

Masaalah sosial yang sedang menyapu bumi, manusia bagai binatang layaknya. Maksiat, kemungkaran, jenayah, keruntuhan rumahtangga berlaku setiap masa tidak mengenal apa keturunan dan darjat manusia. Kenapa semua ini terjadi? Inilah kesan atau hasil manusia melupakan Tuhan!

Maka atas hujah di ataslah saya yakin bahawa Anwar bukan orang yang paling sesuai menjadi PM kerana beliau tidak akan mampu menyelamatkan rakyat Malaysia sebagai sebahagian kecil penduduk dunia ini.

Kerana proses keruntuhan sistem dunia adalah percaturan Tuhan untuk mengembalikan sistem Tuhan di muka bumi ini sebelum dunia dikiamatkan.

Adakah Anwar membawa slogan dan prinsip perjuangan bertunjangkan kebenaran dari Tuhan? Apakah Anwar mampu menyelesaikan semua masaalah dengan mengenepikan Tuhan?

Jika Anwar mahukan bantuan dan pertolongan Tuhan, maka tentulah dia perlu bertindak bagi pihak Tuhan. Bukan bertindak bagi pihak orang(manusia).

Jika prinsip Anwar adalah membela manusia dengan hanya mempergunakan nama Tuhan, maka tunggulah kehancuran yang lebih dahsyat akan berlaku.

Sebenarnya Tuhan sedang melakukan proses menaikkan calon pemimpin dari Tuhan. Seluruh sistem ciptaan manusia sedang menuju kehancuran kerana akan digantikan secara total dengan sistem Tuhan.

Pemimpin yang memperjuangkan sistem Tuhan sedang dalam perhatian dunia. Mereka yang menanti saat pertolongan Tuhan sedang diulit rindu terhadap kedatangan penyelamat akhir zaman yang dijanjikan.

Bagi musuh, terutamanya Yahudi dan Nasrani juga yang bersekongkol dengannya sedang amat terancam. Lalu dengan seluruh kekuatan yang ada mereka melancarkan peperangan dari semua aspek lahiriah dan juga rohaniah.

Dua tokoh besar dalam negara ini sedang bertarung dalam satu gelanggang. DSAI yang mendapat sokongan terbuka AS sedang bersiap memenangi perlawanan dengan DSNTR yang ditunjangi kerajaan BN. Pak Lah sudah bukan calon lagi melainkan menunggu hari jatuhnya sahaja.

Tetapi apa yang paling menggemparkan dunia, pertarungan ini akan dimenangi oleh pemimpin yang dijanjikan melalui pertolongan dan bantuan Tuhan. Tunggulah sangat kejatuhan Anwar Ibrahim menjelang kemenangan penyelamat akhir zaman.

Ahad, 2008 Ogos 24

Malas menulis

Kenapa dah sebulan lebih saya tak ada posting? Nak kata tak ada idea, macam ada; nak kata tak ada isu, melambak2; entahlah...malas tengok suasana haru biru...mcm2 hal dan mcm kerenah manusia yang dah jauh dengan Tuhan..

terlalu kecewa dengan dunia yang penuh pancaroba...merindui kedatangan penyelamat yang Tuhan janjikan di setiap zaman tertutamanya zaman ini yang menjadi kemuncak segala zaman sebelum dunia ini Tuhan kiamatkan.

Ya Allah Ya Tuhanku, datangkanlah segera penyelamat yang Engkau janjikan, berikanlah kemenangan kepada pemimpin kebenaran, sohibuzzaman alfatta attamimi yang menerajui kebangkitan Islam akihirzaman sebelum disempurnakan oleh Imam Al Mahdi Al Muntazar, amin ya Rabbal'alamin.