Musim durian juga dipanggil musim buah. Musim buah ertinya kebanyakan pokok kayu berbuah hampir serentak dalam satu tempuh.
Biasanya buah macang keluar dulu diikuti buah-buah lain. Rambutan, durian, manggis, langsat, duku dan rambai. Mangga, mempelam, kuinin, ceghopu, laghah(setui), remenia(kundang), kedondong(amrah), jambu batu, jambu bertih, jambu merah, jambu kapas, nangka dan cempedak ada musim tersendiri. Kadang-kadang semua buah tu bertemu dalam satu musim, samada di awal atau penghujung musim.
Jadi musim buah juga dikenali musim durian, raja buah kononnya. Dulu-dulu musim buah biasanya hujung tahun. Tak tahu kenapa sekarang dah tak ikut tune lagi. Mungkin bumi pun dah bosan, cuaca dunia dah tunjuk perasaan. Sebab manusia dah tak kenal Tuhan. Jadi Tuhan beri isyarat yang dengan menukar sistem alam, sunnahtullah.
Bila tiba musim buah atau musim durian, ada saudara durian. Panggilan manja atau gelaran sinis ini tidak pasti berpunca dari mana. Yang pasti, kedengaran seperti kurang menarik atau negatif maksud panggilan tersebut.
Kononnya bila tiba musim durian baru nak jenguk kampung. Baru nak mengaku saudara. Beria-ia tanya khabar dan janji nak melawat saudara di kampung. Itulah mungkin yang diertikan saudara durian.
Kebiasan orang kampung, bila saudara mara datang di waktu bukan musim buah mereka akan berpesan, nanti musim durian datanglah, atau balik le kampung. "Sekarang ni tak musim apa-apa, nanti musim buah datang le" pelawa orang kampun, biasanya.
Jadi kalau begitu orang kampung memang mengalu-alukan kunjungan sedara mara bila musim buah tiba. Kalau begitu panggilan 'saudara durian' atau 'saudara buah' bukanlah datangnya dari orang kampung yang sinis dengan kedatangan pengujung yang agak luar biasa pada musim buah.
Bahkan bagi mereka yang mempunyai anak ramai atau saudara mara jauh dari kampung, jika waktu musim buah tiada yang balik kampung, rungutan dan kesedihan jelas tergambar.
Sebenarnya orang kampung memang sangat mengharapkan kedatangan saudara mara atau kepulangann anak-anak ke kampung pada musim buah. Logiknya, pada masa itulah mereka berbesar hati menjamu tetamu. Disamping poket pun agak tebal, kemeriahan musim buah akan lebih dirasai berbanding jika di luar musim.
Jadi 'saudar durian' bukanlah panggilan perli atau sinis jika tetamu datang pada musim buah.
Orang tua-tua dulu sanggup menyimpan atau mengumpulkan buah durian semata-mata menunggu kepulangan anaknya dari perantuan. Jika kemampuan anak terbatas kerana jumlah keluarga dan kemudahan untuk pulang ke kampung agak sulit, maka ibubapa sanggup pula memikul guni turun naik bas menghantar buah tersebut ke tempat tinggal anaknya. Begitulah perihatin ibubapa mengenai musim buah.
Semangat dan kerukunan hidup berkeluargar dan bersaudara seperti ini sudah hampir pupus dalam masyarakat. Jika ada cuma tinggal seronok-seronok sahaja. Tiada lagi kesungguhan dan penghayatan yang mendalam erti persaudaraan.
Apakah kemajuan dan kemewahan hidup telah membunuh erti kasih sayang dan persaudaraan. Sedangkan penghayatan rasa persaudaraan adalah makanan dan hiburan jiwa.
Jika tiada lagi kasih sayang dan rasa persaudaraan, maka benci-membenci, hasad dengki dan permusuhanlah yang mengambil alih hubungan jiwa sesama manusia. Maka hilanglah kedamaian dan keharmonian hidup.
Manusia hidup nafsi-nafsi memikirkan hak dan kepentingan diri tanpa peduli nasib orang lain. Tiada lagi bela-membela, tolong menolong dan bantu membantu atas dasar kasih sayang. Jika berlaku juga tolong menolong semuanya mempunyai maksud dan tujuan tertentu atau tersembunyi.
Bagaimana umat Islam nak bersatu dan berpadu. Jika tiada kasih sayang, maka hancurlah perpaduan.
Kasih sayang sesama manusia hanya boleh dibina berdasarkan kecintaan kepada Tuhan.
Selasa, 2008 Julai 22
Sabtu, 2008 Julai 19
Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya? Ulasan saya...
Assalamu'alaikum Datuk,
Saya minta laluan untuk berkongsi pandangan atas maudhuk dan isu yang sangat menarik perhatian saya.
Isu Ekonomi: Siapa Hendak Kita Percaya?
Pada fahaman saya, kesimpulan daripada isu yg Datuk ketengahkan adalah persoalan 'kepercayaan' terhadap 'kepemimpinan'.
Suka saya menarik perhatian Datuk tentang ketokohan seorang pemimpin Melayu yang telah 'dibunuh' dan cuba 'dikuburkan' ketokohan beliau.
Sedang semua usaha 'memusnahkan' kredibilitinya berakhir dengan jalan buntu.
Abuya Ashaari Muhammad adalah nama yang tidak asing lagi. Pemimpin yang di'kontraversi'kan oleh pihak Pusat Islam dan Jakim selama ini.
Abuya telah dicuba melalui pelbagai bentuk sekatan, halangan, cubaan dan akhirnya 'pembunuhan' karakternya oleh sekuat-kuat tenaga pemerintah sebelum ini.
Namun sehingga kini, mampukah kita menafikan ketokohan beliau?
Sebelum saya perpanjangkan hujah dan keterangan, saya penuh yakin bahawa Datuk tentu mengenali tokoh ini dari berbagai sudut. Saya yakin juga bahawa Datuk tentu tidak dapat menolak ketokohan dan kepemimpinan beliau. Inilah kepercayaan saya dalam hal ini.
Abuya mempunyai sebuah wadah perjuangan yang terbukti sangat berkesan dan berjaya merealisasikan gagasan dan kepimpinannya.
Abuya telah berjuang mendominasi bangsa Melayu dalam berbagai sudut seperti ekonomi, pertanian, pembangunan, kebudayaan, pendidikan, penerbitan, kesihatan, masyarakat, perhubungan antarabangsa dan lain-lain.
Abuya berjuang dengan prinsip, konsep, kaedah, teknik dan taktiknya yang sangat tersendiri.
Beliau tidak bersandar pada sistem yang diasaskan oleh Barat atau menceduk dari mana-mana sumber selain dari Islam.
Kaedah dan pendekatan perjuangannya sangat segar, praktikal dan mendahului zaman.
Sebagai hujah, mana ada gerakan Islam yang menggunakan bas double decker sebagai pusat tarbiah dan dewan meeting. Persembahan nasyid dan kebudayaan Islam telah dipeloporinya lebih dari 30 tahun dahulu diwaktu tiada gerakan Islam terfikir melakukannya.
Dalam sudut ekonomi, bukankah Abuya berjaya membuktikan melalui jiwa yang dididik takut dan cintakan Tuhan berjaya menggegarkan kuasa monopoli bangsa asing. Prinsip pernigaan bermodalkan Tuhan telah terbukti dijayakan tanpa sebarang sokongan atau dokongan sistem kewangan konvensional.
(Maaf Datuk..
sebagai tambahan yang perlu dinyatakan tentang Abuya adalah;
Terlalu ramai tokoh dan badan NGO berbangsa Cina menyokong ketokohan dan kepemimpinan Abuya secara terbuka dan senyap2.
Pada tahun 90an, hampir kesemua akhbar berbahasa Mandarin menyiarkan berita dan komentar yang sangat positif terhadap Abuya.
Harap sambungan ini disertakan pada komen saya yang awal, terima kasih Datuk.)
Terlalu banyak hujah untuk semua pihak mengakui ketokohan dan keberkesanan kepimpinan Abuya.
Persoalannya sekarang ialah, siapakah Abuya sebenarnya?
Benarkah beiau tokoh yang paling digeruni sehingga merupakan Melayu paling lama di'ISA'kan, yakni selama 10 tahun?
Tahukah Datuk beberapa pihak tertinggi yang berperanan menentukan kepemimpinan Malaysia sedang 'menjaga' dan 'menaikkan' beliau melalui sistem 'tersendiri' tetapi sah?
Sedarkah Datuk bahawa Abuya telah dan sedang mendapat perhatian dan sokongan pemimpin gerakan Islam seluruh dunia terutamanya Asia?
Saya bersaksi bahawa senario yang terjadi kini, keruntuhan politik, ekonomi dan budaya merupakan perkara yang telah Abuya sebutkan sejak 20 tahun dahulu.
Keadaan ini adalah membenarkan isyarat kebenaran dari Tuhan akan menang.
Oleh kerana kebenaran kepunyaan Tuhan, maka Tuhan ada caranya tersendiri untuk membela dan memenangkan HAKNYA.
Sementara kebatilan adalah musuh Tuhan, maka Tuhanlah yang berhak mengagal dan mengalahkannya.
Kita sebagai hambaNya hanya perlu menurut dan menerima kehendakNya.
Saya berharap Datuk terbuka dalam soal ini dan saya sangat ingin berjumpa Datuk jika sudi untuk berbincang mengenainya.
Ampun maaf dan terima kasih.
(saya mengesyaki notis di bawah yang di 'copy n paste' dari ruang komen The Scribe A Kadir Jasin adalah merujuk ulasan saya seperti di atas. 8.45 pm)
Comment deleted
This post has been removed by a blog administrator.
4:12 PM
nawawidahalan.blogspot.com
(ulasan ini tersiar dalam ruang komen kudakepang dibawah tajuk Mahyuddin Pertahankan Kerusi Naib Presiden, terima kasih Dato' Ruhanie)

Khamis, 2008 Julai 17
MALAYSIAKINI: ANALISA KEPUTUSAN DEBAT
Pemenang debat isu minyak ialah...
Jul 16, 08 2:49pm
Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul sebagai "pemenang" debat mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam tadi, demikian menurut tinjauan pendapat oleh Malaysiakini.
Tinjauan selama 12 jam itu dimulakan sebaik sahaja perdebatan Anwar dengan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek selesai pada jam 10 malam tadi.
Hasilnya menunjukkan pembaca Malaysiakini percaya prestasi Anwar jauh lebih menyerlah daripada Shabery.
Sejumlah 18,684 pembaca menyertai tinjauan pendapat tersebut, dengan 17,240 atau 95 peratus bersetuju bahawa hujah-hujah Anwar adalah lebih meyakinkan.
Menariknya, walaupun Anwar dilihat lebih menyerlah dalam perdebatan tersebut, tetapi majoriti pembaca (57 peratus) berkata beliau kelihatan bergantung pada notanya.
Shabery pula kelihatan kurang merujuk kepada nota-notanya.
Bagaimanapun, 90 peratus pembaca percaya, menteri penerangan itu mengelak menjawab banyak soalan yang dikemukakan oleh moderator dan dua orang penalis.
Diminta memberi mata 1 hingga 10 bagi kedua-dua pendebat tersebut, Anwar ternyata lebih menyerlah daripada Shabery.
Perdebatan selama sejam itu merupakan yang pertama membabitkan seorang menteri dengan seorang tokoh pembangkang yang disiarkan secara langsung di TV.
Ulasan saya;
DSAI mengatasi Datuk Sabery Cheek dalam banyak aspek.
DSAI memperjuangkan gagasan dan ideanya sendiri. Manakala Datuk Sabery Cheek hanya mempertahankan dasar dan tindakan PM dan cuba menerangkan kewajarannya.
Namun kenyataannya, Menteri Penerangan tersebut pun dilihat samar-samar dengan tindakan PM DSAAB. Inilah jadinya kalau hanya mempertahankan PM atas dasar kepentingan politik peribadi, bukan untuk kerana benar2 memahami dasar dan tindakan pemimpin tersebut.
Debat itu juga memperlihatkan bahawa kerajaan ketandusan 'wira' bagi menerangkan dan menjelaskan dasar setiap tindakannya.
DSAI dalam kesempatan ini berjaya menarik dan memikat peminat serta penonton pada siaran secara langsung itu. DSAI melalui ucapan dan teorinya lebih meyakinkan pemerhati berbanding hujah Menteri Penerangan.
Kesimpulannya, debat tersebut tiada pun yang memberi faedah langsung kepada rakyat. Tetapi lebih kepada medan menarik sokongan rakyat kepada agenda peribadi atau puak masing-masing. Apakah rakyat belum nampak tipu daya sistem demokrasi dan sistem pemilihan pemimpin melalui undi?
Dalam Islam, pemimpin adalah orang yang membawa manusia dekat dengan Tuhan. Pemimpin adalah orang yang paling kenal dan patuh kepada Allah. Pemimpin adalah orang yang mampu mengenalkan manusia kepada Tuhan seterusnya membimbing untuk taat dan patuh kepada perintah Tuhan.
Peribadi dan kepemimpinan pemimpin kebenaran adalah idola dan contoh umat manusia terutamanya dalam soal takut dan cintakan Tuhan. Sikap, pertuturan dan cara hidup pemimpin kebenaran adalah mirip peribadi dan cara hidup Rasulullah saw. Inilah pemimpin yang dapat menyelamatkan manusia dari tipuan dunia dan seisinya.

Selasa, 2008 Julai 15
KEPEMIMPINAN MELAYU DIPERSENDAKAN
Tuesday, July 15, 2008
Kepemimpinan Melayu Dipersendakan
A Kadir Jasin
(sebahagian petikan daripada The Scribe A Kadir Jasin)
Di hadapan kita, kaum-kaum lain mungkin tidak mentertawakan kita. Malah mereka terus berharap Malaysia stabil dan maju di bawah kuasa majoriti Melayu.
Tetapi di belakang kita, di dalam forum-forum tertutup dan di arena antarabangsa kepemimpinan Melayu kini menjadi bahan sindiran, jenaka, ketawa dan kutukan.
Betapa tidak, kepemimpinan Melayu, sama ada daripada sudut realiti atau persepsi, dilihat sebagai lemah di segi pemikiran, korup, rendah moral dan pekerti, berpecah-belah dan hipokrasi.
Akibat daripada realiti dan persepsi ini, timbullah pelbagai tuduhan, tohmahan dan syak wasangka terhadap pembesar politik Melayu daripada Perdana Menteri kepada Timbalan Perdana Menteri dan ketua de facto pakatan pembangkang.
1. Abdullah Ahmad Badawi dilihat sebagai lemah, tidak berkemampuan dan mengamalkan kronisme dan nepotisme;
2. Abdullah diuar-uarkan sebagai mengamalkan kebebasan dan keterbukaan tetapi institusi-institusi utama demokrasi dan ekonomi dirampas oleh konco-konconya yang beragenda peribadi;
3. Mohd Najib Abdul Razak dikaitkan dengan kes pembunuhan yang melibatkan penasihat dan pengawal keselamatannya. (Dia bersumpah dengan nama Allah dia tidak mengenali wanita Mongolia mangsa pembunuhan itu.); dan
4. Anwar Ibrahim dengan laporan liwat oleh seorang muda yang pernah menjadi pembantu di pejabat Parti Keadilan Rakyat. (Dia mahu penuduhnya bersumpah “qazaf” dengan mengemukakan empat saksi lelaki yang sempurna akal yang menyaksikan perbuatan itu.)
Realiti dan persepsi negatif ini tidak terhad kepada kepemimpinan politik sahaja. Ia turut merebak dan mencemari pentadbiran awam, polis dan kehakiman yang majoriti penjawatnya adalah Melayu.
Pegawai-pegawai tinggi awam ditangkap kerana disyaki melakukan rasuah -- yang terbaru dari Jabatan Imigresen -- dan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara didakwa memalsukan bukti perbicaraan.
Hari demi hari penarafan (rating) antarabangsa negara dalam pelbagai bidang merosot dan imej negara di mata dunia semakin buruk.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Jabatan Negara Amerika misalnya menyifatkan Malaysia sebagai negara yang terbabit atau menjadi pangkalan kepada “human trafficking”(jual-beli manusia).
Tahun lalu ia meletakkan Malaysia dalam “Tier 3” di segi pematuhan terhadap akta perlindungan jual-beli manusia.
Imej Malaysia menjadi semakin buruk dan meruncing setelah Kerajaan British baru-baru ini mengancam pengenaan visa ke atas pemegang pasport Malaysia mulai akhir tahun ini.
Alasannya adalah terlalu ramai pembawa pasport palsu Malaysia dikesan cuba memasuki negara itu. Tidak lama selepas itu, pegawai-pegawai Imigresen yang disyaki rasuah ditahan.
Cadangan Britain itu meletakkan Malaysia setaraf dengan negara-negara seperti Brazil, Lesotho, Swaziland (bukan Switzerland), Afrika Selatan dan Venezuela.
Ini semua adalah kemelut kepemimpinan yang lemah yang gagal mempertahankan imej dan integriti negara.............
Ulasan saya;
Saya juga turut bersetuju dengan pandangan Datuk A Kadir Jasin tersebut.
Senario ini membenarkan bahawa sistem pemilihan pemimpin sedia ada sudah tidak releven lagi. Keadaan ini memberi petanda bahawa dunia perlukan perubahan daripada sistem sedia ada yang diasas dan diperjuangkan oleh Barat.
Hakikatnya inilah percaturan Tuhan supaya manusia sedar untuk kembali kepada sistem yang datang dari Tuhan dan diperjuangkan oleh orang Tuhan.
Kejatuhan sistem politik, ekonomi dan budaya hidup hasil ciptaan akal dan nafsu manuisa tanpa merujuk kepada sistem Tuhan, adalah tanda-tanda yang nyata bahawa Tuhan sedang mengalihkan secara sistematik kekuasaan, pengaruh dan keyakinan manusia kepada sistem Tuhan.
Perjuangan kebenaran yang dipimpin oleh orang Tuhan pasti akan mendapat kemenangan mutlak melalui bantuan Tuhan.
Janji Tuhan Islam akan bangkit dari sebelah Timur di akhirzaman adalah isyarat bahwa pemimpin kebenaran tersebut adalah berketurunan Melayu.
Kepemimpinan Melayu yang tidak sedar dan tidak ambil peduli dengan janji Tuhan ini sedang diproses oleh Tuhan akan kejatuhan mereka. Tunggulah peristiwa yang sangat menggemparkan seluruh dunia tentang kebangkitan pemimpin Melayu bertaraf dunia tidak lama lagi.
Dalam hadis pemimpin berkenaan disebut sebagai Syuaib bin Soleh!

Rabu, 2008 Julai 09
Internet: Pengkhianat Atau Penyelamat? A Kadir Jasin
Tuesday, July 08, 2008
Internet: Pengkhianat Atau Penyelamat?
A Kadir Jasin
HERDIKAN Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi terhadap media yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi(ICT) seperti blog, laman perkongsian fail YouTube dan sistem pesanan ringkas (SMS) wajib dipandang berat.
Jelas daripada kenyataan yang dimukahadapankan oleh hampir semua akhbar arus perdana hari ini bahawa Perdana Menteri telah membuat “kerja rumah” atau telah dinasihati oleh pihak-pihak tertentu yang tahu mengenai peranan ICT dalam pembentukan pendapat umum.
Bahasa yang digunakannya boleh dianggap keras dan mengancam. Beliau menggunakan istilah seperti pengkhianatan, perbuatan khianat, pembohongan, “treason” dan “treachery.”
Beliau menuduh pengguna saluran siber ini sebagai tidak menunjuk hormat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.
Katanya segala fitnah dan pembohongan yang disebarkan melalui blogs dan YouTube tidak menyumbang ke arah mewujudkan perasan lega dan keyakinan di kalangan rakyat jelata...........
Nawawi Dahalan said...
Assalamu'alaikum Dato' dan semua pemblog juga pelayar..
Blog Dato' termasuk 5 blog paling popular utk saya. Saya juga percaya ramai pelayar dan pemblog sependapat mengenainya.
Saya kira ini kali pertama saya menghantar komen sebelumnya hanya membaca dan mengikuti isu atau posting Dato'.
Saya bersetuju dengan pandangan dan ulasan Dato' dalam isu berkaitan.
Bersama ini saya turunkan petikan tersebut sebagai panduan;
Kebebasan Media dalam Islam Vs Propaganda
Kebebasan media yang bertanggungjawab harus menerangkan perkara yang hak dan benar bukan menerangkan perkara yang batil dan palsu supaya kelihatan itulah yang terang.
Simboliknya, untuk menerangkan sesuatu berita, yang paling asas adalah cahaya atau nur kebenaran, bukan kegelapan yang diputar belit menjadi samar-samar.
Yang hendak diterangkan ialah kegelapan atau zulumat, maka yang gelap itu tetaplah gelap,
kebohongan perlulah dijelaskan bahawa ia satu penipuan. Bukan yang benar dan terang disamarkan
atau diselubungkan kegelapan hingga rakyat tidak tahu mana yang benar lagi.
Salah satu nama Allah, An Nuur bermaksud cahaya, iaitu cahaya dariNya membawa hak dan kebenaran, manakala kebohongan yang diterangkan oleh pihak-pihak yang tidak takutkanNya adalah kegelapan diselubungi kepalsuan dan kebatilan.
Bila datangnya cahaya, kegelapan pasti akan lenyap. Justru, tugas utama kebebasan media
ialah menerangkan sesuatu dengan cahaya kebenaran semoga lenyap segala kegelapan dan kebatilan.
Supaya masyarakat dapat hidup dalam cahaya dan nur yang terang benderang dan tidak lagi dibelenggu kegelapan yang penuh kebatilan, penipuan, kepalsuan dan kejahilan.
Apa yang berlaku sekarang ialah penerangan dengan segala kecanggihannya telah membawa kegelapan.
Dalam Islam, kebenaran itu pokoknya adalah Tuhan dan termasuk segala perkara yang hak yang datang dari Tuhan baik para nabi dan rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, Agama-Nya, Syariat-Nya, Hukum-hakam-Nya dan lain-lain lagi.
Apa yang tidak datang dari Tuhan dan segala yang dikaitkan dengan Tuhan, adalah kepalsuan dan kebatilan dari manusia yang tidak takutkan Tuhan.
Penerangan dalam Islam tidak memutar-belit, tidak membiarkan penipuan berlaku, dan lebih-Iebih lagi tidak mencetus atau mencipta penipuan.
la tidak menghalakan sesuatu isu kepada jalan pemikiran sesuatu pihak tanpa hak untuk kepentingannya.
Penerangan dalam Islam hanya memaparkan yang benar seperti mana yang Islam mahu.
Penerangan dalam Islam juga bukan alat Propaganda, kerana propaganda itu adalah penipuan untuk membawa fikiran masyarakat kepada sesuatu fahaman yang batil bagi keuntungan sesuatu pihak.
Sebaliknya penerangan dalam media yang bertanggungjawab adalah alat dakwah dan motivasi yang membawa manusia kepada hak dan kebenaran (Tuhan) dan kepada keselamatan hidup didunia dan akhirat.
Penerangan seharusnya menyatupadukan, membawa kesefahaman serta mencetuskan kasih sayang di kalangan masyarakat. Ini semua termasuk kebenaran yang Tuhan mahu kita usahakan.
Bukan memecah belah, hina- menghina, dakwa-mendakwa, tuduh-menuduh sehingga masyarakat menjadi kucar-kacir dan berkecamuk dan akhirnya berlakulah rusuhan dan pergaduhan.
Apabila hilang kasih sayang, maka akan hilanglah juga segala nikmat-nikmat yang lain seperti rezeki, perpaduan, kesatuan, bela-membela, bantu-membantu dan sebagainya. Akan datang pula huru-hara, pergaduhan, jenayah, tekan menekan, tindas menindas dan segala perkara yang akan menghimpit kehidupan manusia
nawawidahalan.blogspot.com
1:49 PM

Niz Aziz kecewa perhimpunan 'seronok-seronok' - Utusan
Nik Aziz kecewa perhimpunan ‘seronok-seronok’
KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.
Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.
“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.
“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.
Utusan Malaysia 9/8/08
Ulasan;
Islam adalah cara hidup. Perjuangan Islam mestilah konsisten dan terancang. Yang diperjuangkan adalah Tuhan dan sistem hidup bersama Tuhan. Bukan isu semasa. Bila pejuang Islam berjuang mengikut isu semasa, maka tidak dapat tidak terpengaruh dengan perjuangan 'non-Islamic'. Musuh pula akan cuba mencatur perjuangan umat Islam dengan menggembar gembur sesuatu isu agar kita menari mengikut rentaknya.
Perjuangan Islam mestilah menepati perjuangan kebenaran. Perjuangan kebenaran adalah perjuangan para Nabi dan Rasul. Perjuangan kebenaran adalah perjuangan mujaddid setiap zaman.
Apa itu perjuangan kebenaran?
Memperjuangkan Tuhan. Memperkenalkan manusia kepada Tuhan. Mendidik manusia agar takut dan cintakan Tuhan. Mengajak dan membimbing manusia hidup bersama Tuhan. Mempraktikkan sistem hidup mengikut kehendak Tuhan dalam semua aspek kehidupan. Inilah intipati perjuangan kebenaran.
Persoalan hidup seperti masaalah kenaikan harga barang, soal pemilikkan tanah, soal projek, isu semasa kelemahan dan kesilapan pentadbiran ini semua bukan persoalan pokok.
Punca masaalah manusia adalah kerana tidak kenal Tuhan. Tidak takut dan cintakan Tuhanlah yang menjadikan manusia liar dan menurut hawa nafsu masing-masing. Maka terjadilah kejahatan dan kemungkaran di tengah masyarakat,
Jadi perjuangan kebenaran adalah memperjuangkan TUHAN.

Selasa, 2008 Julai 08
DR. M: ADA USAHA BERSEPADU JATUHKAN NAJIB
KUALA LUMPUR 7 Julai - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pelbagai tuduhan liar terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menunjukkan terdapat usaha bersepadu untuk menjatuhkannya dalam dunia politik.
Menurutnya, beliau tidak mengetahui punca di sebalik komplot terhadap Timbalan Perdana Menteri itu tetapi percaya terdapat beberapa pihak terlibat.
''Bukan sahaja Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi dan lain- lain. Tentu ada dalang di sebalik keadaan sebegini yang bertujuan untuk menjatuhkan Najib. Terdapat usaha bersepadu menentang Najib. Saya tidak tahu kenapa," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia dan Indonesia di sini hari ini.
Ditanya mengapa Anwar membuat 'serangan' terhadap Najib, Dr. Mahathir menjelaskan, beliau tidak mengetahui puncanya.
''Saya tidak tahu kenapa beliau (Anwar) menentang Najib. Setahu saya, Najib tidak melaporkan tingkah lakunya (Anwar), tetapi beliau telah menyerang Najib. Mungkin dia berasa Najib menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri," kata Dr. Mahathir.
Ditanya sama ada Najib patut membersihkan namanya yang dicemari pelbagai persepsi negatif, Dr. Mahathir berkata: ''Tuduhan terhadap beliau adalah desas-desus semata-mata. Tiada bukti. Dia hanya bercakap dia membuat ini dan itu. Orang lain kata ini dan itu. Tetapi anda perlu memberikan bukti. Bukan hanya kata saya dengar orang lain cerita dan anggapnya sebagai bukti. Itu bukan bukti," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0708&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_18.htm
posted by kudakepang at 10:59 AM on Jul 8, 2008
Nawawi Dahalan said...
Kalau ketua lanun, mestilah ketua tu lebih lanun dari lanun-lanun lain.
Kalau ketua orang baik-baik, tentulah ketua tu lebih baik dari orang bebaik tu.
Kalau rakyat jahat, tentu ketua yang naik pun jahat begitu juga sebaliknya.
Jadi antara ketua dan pengikut ni macam cermin. Cerminlah diri sendiri.
Kalau rakyat baik, tentulah pemimpin yang jahat tak dapat naik. Tetapi jika pemimpin jahat, tentulah kerana rakyat juga suka kejahatan.
Pemimpin yang baik, mereka mencorak rakyat, bukan dicorak oleh rakyat.
Pemimpin yang naik melalui 'ehsan' rakyat tidak akan mampu mengubah rakyat dari jahat kepada baik. Maka rakyat dan pemimpin sama-samalah membaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan.
4:32 PM

Siapa Penyokong TDM sekarang?
By mat 'melayu' on July 8, 2008 2:34 PM
Salam semua...
telah lama sy mengikuti blog chedet dan selama itulah saya tertanya2...
1- kebanyakan komen semuanya pro Tun Mahathir
2- kebanyakan komen semuanya anti Dato' Seri Abdullah
3- kebanyakan komen semuanya ingin Dato' Seri Abdullah berundur
4- kebanyakan komen semuanya seakan hilang kepercayaan terhadap BN terutamanya Dato' Seri Abdullah
5- kebanyakan komen semuanya anti Dato' Seri Anwar Ibrahim
6- kebanyakan komen semuanya anti pakatan rakyat
soalan sy ialah:
kalau dah BN, pakatan rakyat tidak diterima... apakah parti politik pilihan saudara sekalian?.. apakah saudara semua tidak mempunyai parti yg hanya diatas pagar? apakah yg saudara cari? sebuah parti atau seorang pemimpin? jika Dato' Seri Abdullah tidak ada dihati saudara sekalian masakan boleh menerima UMNO lagi? hairan... sungguh hairan... siapa anda???
Ulasan saya;
Saya antara ramai peminat blog Che Det dan termasuk yang aktif menghantar komen.
Izinkan saya memberi pandangan berhubung sikap peminat, penyokong dan pengkagum TDM.
Mengikut pemerhatian dan analisa saya;
1. Kebanyakan penyokong dan peminat TDM adalah mereka yang bersifat rasional dan logik. Oleh kerana TDM mengutarakan pandangan, pendapat dan ulasan beliau secara rasional dan logik, maka golongan ini mudah menerima dan memberikan sokongan.
2. Sebahagian besar peminat blog chet det terdiri dari golongan profesional dan berpendidikan tinggi. Majoritinya tidak terlibat secara aktif dalam politik berparti tetapi menjadi pemerhati yang perihatin. Mereka memberi respon kepada sesuatu isu kerana sikap perihatin.
3. Sebahagian ahli UMNO yang menyokong TDM tidak mempunyai kepentingan diri dalam parti tetapi kecenderungan menyelamatkan parti. Bagi mereka yang berkepentingan serta berjawatan dlm UMNO pada masa ini, hanya menyokong dalam hati. Mereka tidak berani menzahirkan sokongan kerana boleh bawa 'mati'.
4. Rakyat Malaysia yg menjadi ahli parti politik hanya berjumlah kurang 1/4 daripada 26juta. 2/3 daripada rakyat Malaysia tidak mengikat diri mereka dengan parti politik. Sebahagian besar ahli parti politik pula adalah ahli 'tidur', tidak aktif dan komited. Sebenarnya, dalam sesebuah negara hanya perlukan 10% sahaja orang yg benar2 komited untuk menentukan hala tuju bangsa dan negara tersebut.
5. Sistem berparti adalah satu sistem yg telah lama dan dipenghujung usianya. Bukankah dunia telah menyaksikan pergiliran sistem-sistem yg menguasainya bertukar setiap zaman? Ini menunjukkan sistem politik berparti, politik pilihanraya dan demokrasi itu sendiri sedang menuju kepada zaman kehancurannya.
6. Kebanyakan rakyat Malaysia sudah TIDAK mempercayai dan mengharapkan apa-apa pun daripada sistem politik sedia ada. Bukankah ungkapan seperti ini biasa kita dengar;"Siapa pun naik, kita macam ni jugak..." atau "Kalau sipolan naik, kita tetap kena cari makan.."
7. TDM adalah orang berjuang. Perjuangan tidak mengenal erti usia dan kesihatan. Tetapi kebanyakan orang hanya berjuang untuk memenuhi impian dan kepentingan diri. Maka bila kepentingannya tercapai, mula malas berjuang. Adakalanya bila diuji dalm perjuang, mereka lari. TDM adalah pejuang bangsa. InsyaAllah saya percaya TDM akan menjadi pejuang agama dan orang yang sangat HEBAT memperjuangkan Tuhan sedikit masa lagi. Kerana jiwa TDM sudah lama luka kerana bangsanya. Pasti Tuhan datangkan pembela untuk menyelamatkan TDM sebelum rakyat mengalirkan air mata...ini keyakinan dan harapan kita rakyat Malaysia.
8. DSAI sebenarnya hanya pelakun tambahan dalam skrip kebangkitan Islam akhirzaman. DSAI bukan pelakun utama. Skrip besar kebangkitan Islam akhirzaman sedang bejalan. Skrip Tuhan yang direalisasikan oleh 'orang Tuhan'.
9. TDM sebenarnya sedang dalam landasan kebenaran. Siapa fikir apa yang TDM bangunkan selama pemerintahan beliau adalah persiapan untuk kebangkitan Islam akhirzaman. TDM adalah pembangun kemajuan atau tamadun material untuk umat akhirzaman. Sedang tamadun rohaninya telah dibangunkan oleh 'orang Tuhan' sejak 40 tahun yang lalu dan sedang menuju puncak kejayaan. Tunggulah janji Tuhan pasti berlaku. Sejarah pasti berulang. Islam kembali gemilang. Tiada siapa dapat menghalang termasuk Amerika yang paling malang.
10. Bersedialah mereka yang menyokong TDM untuk bersama dengan kejutan paling mengejutkan. Masa yang ditunggu pasti datang dengan izin Tuhan.
11. TDM berbeza dengan DSAI, AAB dan lain-lain pemimpin dalam banyak aspek kepimpinan. Tempuh pemerintahan TDM sendiri hampir mustahil dicabar dan dikalahkan. Termasuk kemampuan mencipta kemajuan dan mengawal keadaan. Maka penyokong TDM dilihat sangat mengharapkan keadaan kembali berulang. InsyaAllah harapan anda bukan angan-angan. Sabarlah menunggu masa yang pasti datang!

Che Det ; Snippets - Gula-Gula
By nawawidahalan on July 8, 2008 10:56 AM
Assalamu'alaikum Tun dan pemblog semua,
Apa yang Tun utarakan itu memang benar. Tetapi kenapa kebenaran selalunya lambat mengatasi kebatilan?
Dalam sejarah dunia, pemerintah yang benar2 adil dan dalam kebenaran hanya dipelopori oleh para Nabi, Rasul, Khalifah Rasul(khalifah yg empat) dan para Mujaddid seperti Umar Ibnu Aziz. Sedang pemerintah yang sesat atau kebatilan terlalu banyak dan lama.
Umat Islam perlu faham bahawa akhirzaman ada janji Tuhan melalui lidah Rasulullah bahawa kebenaran akan kembali mengatasi kebatilan.
Saya ingin menarik perhatian bahawa semua yg berlaku dalam dunia ini ketentuan Tuhan.
Tuhan telah berjanji akan gilir-gilirkan kuasa kpd bangsa2 di dunia ini.
Dalam sejarah telah dibuktikan bagaimana pergiliran kuasa dunia berpindah dari satu bangsa ke bangsa lain berlaku setiap zaman.
Bila sesuatu bangsa itu akan jatuh, maka berlakulah sebab2nya, begitu juga sebaliknya.
Grand design Tuhan telah diterjemahkan dalam realiti kehidupan. Melalui janji Rasulullah, baki grand design akhirzaman sedang berlaku.
Pasrahlah kita pada Tuhan. Apakah Allah tidak campurtangan dalam apa yang berlaku? Sebenarnya bila sesuatu kebatilan akan jatuh, maka ada sebab2 yg Tuhan jadikan. Begitu juga bila kebenaran mulai pudar, maka Tuhan jadikan sebab2 kebatilan menguasainya.
Sekarang adalah giliran kebenaran akan menguasai dunia setelah dikalahkan oleh kebatilan selama lebih 700 tahun.
Semua sistem yang mendokong sistem kebatilan dunia akan tumpas satu persatu. Sistem kebenaran atas nama Tuhan yakni Allah akan naik dan mengembalikan kesejahteraan dunia.

Khamis, 2008 Julai 03
TUDUH MENUDUH
Mengapa Ambil Berat Kezaliman Orang?
Menjelang Zuhur
18.10.99
Engkau mempersoalkan ketidakadilan orang lain?
Mengapa engkau mengambil berat sangat kezaliman orang?
Engkau laung-laungkan, engkau pekik-pekikkan
Engkau ajak dan hasut orang ramai bersimpati dengan engkau
Mereka pun riuh-rendahkan ke seluruh negara
Engkau dan mereka caci-maki si penzalim
Engkau dan orang ramai sakit hati dengan ketidakadilan mereka
Engkau atur strategi menentang mereka
Engkau tuduh dan tohmah berbagai cara
Tapi perlu ingat, engkau dan orang ramai sudah adilkah?
Apakah engkau dan orang ramai tidak melakukan kezaliman?
Sudahkah engkau dan orang ramai adil dengan diri sendiri?
Sudahkah berlaku adil dengan anak dan isteri?
Dengan kawan-kawan dan dengan orang-orang yang pernah terzalim?
Engkau tahukah beza, zalim martabat tinggi itu ialah orang yang tidak kenal Allah
Orang yang tidak menjadikan Tuhannya itu idolanya
Orang yang tidak mengagungkan, menyanjung dan tidak menyembah Allah
Zalim yang engkau perkatakan itu terlalu kecil sahaja
Tidak adil di bidang ekonomi, pembahagian projek yang tidak seimbang diagih
Pemimpin yang mementingkan kroni-kroninya sahaja yang engkau benci
Ini adalah ketidakadilan yang remeh-temeh dibandingkan orang yang tidak mempedulikan Tuhan
Ini bererti engkau menentang penzaliman yang kecil
Sedangkan kezaliman engkau lebih besar lagi
Tolak Kezaliman Dengan Kebaikan Diri
Menjelang tidur
22.10.99
Tolaklah kezaliman manusia dengan kebaikan diri
Mengadulah kepada Allah selalu
Dan cara bertindak berserahlah kepada Allah
Memohon ampunlah kepada Tuhan sebanyak-sebanyaknya
Akuilah bahawa berlakunya penzaliman itu
Disebabkan dosa-dosa kita
Jangan memaki-hamun dan menghina si penzalim
Tapi doakanlah mereka agar mereka mendapat petunjuk
Sabarlah di atas kezaliman mereka
Cepat membaiki diri, cepat pulalah Tuhan menyelesaikannya
Kezaliman manusia, jangan membalas penzaliman dengan penzaliman
Akan berlaku nanti penzaliman itu bertambah besar dan merata negara
Ia adalah hukuman dan pembalasan terhadap rakyatnya yang derhaka
Oleh itu para ulama dan pemimpin masyarakat
Ajak rakyat bertaubat banyak-banyak
Baiki diri, bersihkan hati atau jiwa
Doakan si penzalim agar diberi hidayah oleh Tuhan yang mencipta
Bukan secara menghasut-hasut rakyat menumbangkannya
Cara itu boleh menimbulkan huru-hara di dalam negara
Yang akan mendapat kesusahan semua rakyat jelata
Ertinya kita telah melakukan penzaliman kepada manusia pula
Berhati-hatilah bertindak terhadap penzalim
Nanti kita pun menjadi penzalim juga

Langgan:
Catatan (Atom)