Isnin, 2008 Jun 30

Ahli Mouncah.com

Assalamu'alaikum semua ahli mouncah.com yang dihurmati

Saya mengucapkan selamat bertemu kembali melalui ruang maya secara personal.

Pertama saya mengucapkan terima kasih di atas semua usaha anda mempromosikan mouncah.com sehingga kini.

Walau pun pencapaian sehingga hari ini masih jauh daripada sasaran, perkembangan yang perlahan pada permulaan biasanya tanda ada sesuatu kekuatan tersimpan yang belum digunakan. Oleh kerana itu saya berkeyakinan momentum mouncah.com melalui proses yang betul.

Seperkara yang saya ingin mohon maaf adalah janji untuk mengedarkan flyers secara percuma sebagai galakkan promosi secara offline terpaksa menunggu beberapa proses perubahan. Ini kerana berlaku kemasukan beberapa produk dan konsep yang perlu dikekalkan sedang dikemaskini.

InsyaAllah, kita akan menggandakan usaha mencapai kejayaan berkumpulan secara tersusun dan terancang dari semasa ke semasa.

Kesempatan ini saya memohon kepada ahli yang telah melanggan dan menggunakan mana-mana produk mouncah.com agar dapat berkongsi pengalaman dan permasalahan(jika ada) dengan emailkan respon anda.

Jika anda mempunyai idea dan cadangan yang wajar kita laksanakan untuk kebaikan bersama adalah sangat-sangat dialu-alukan. Sebarang teguran dan cadangan anda saya sedia menerima dan dipertimbangkan sebaik mungkin.

Semoga komitmen anda bersama mouncah.com bukan sekadar dapat memungut hasilnya di dunia, tetapi yang lebih besar moga Allah kirakan sebagai kebajikan yang dapat menyelamatkan kita di Akhirat jua. Amin.

Dalam ajaran Islam ssuatu yang kita lakukan menepati 5 syarat..maka jika berjaya dapat 2 keuntungan. Di dunia berjaya, di Akhirat insyaAllah masuk syurga. Inilah keindahan ajaran Islam yang tercinta.

Lima syarat tersebut adalah 1. Niat buat sesuatu kerana Allah, 2. Perkara yang dilakukan sah menurut syariat, 3. Perlaksanaanya tepat mengikut syariat, 4. Natijah(hasil) digunakan selaras dengan syariat, 5. Tidak meninggalkan ibadah asas.

Ampun maaf dan sekian, sehingga bertemu lagi.

Salam kemesraan dan perhubungan yang berterusan dari saya,

admin mouncah.com
Nawawi Dahalan
nawawidahalan.blogspot.com.

Jumaat, 2008 Jun 27

SOLAT PENAWAR 'MATI PUCUK'

"Solat mampu rawat masalah mati pucuk" UM
Oleh Berita Harian
Khamis, 26 Jun 2008
KL: Kajian tiga pensyarah Universiti Malaya mengenai solat, menemui rahsia penawar dan mampu merawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dan sakit pinggang.

Kejayaan itu didedahkan dalam Seminar Kejuruteraan Bio Perubatan (BIOMED) 2008 anjuran universiti itu yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Hotel Nikko, di sini, pagi ini.

Ulasan;

Kajian tersebut baik dan memberi faedah. Yang penting kita akan nampak kehebatan dan kebesaran solat yang merupakan perintah pertama dan utama dari Tuhan. Namun kenapa hanya mengkaji sudut yang 'kecil' daripada sejumlah kebesaran dan keagungan solat?

Mati pucuk dan sakit pinggang merupakan sakit fizikal yang dihidapi segelintir anggota masyarakat. Dalamm Islam pesakit yang mengidap sakit fizikal tidak menanggung sebarang dosa dan kesalahan bahkan jika sabar dengan sakit tersebut boleh pula menghapuskan dosanya. Kesimpulannya, penyakit berbentuk fizikal bukanlah satu kehinaan dan kejahatan. Penyakit fizikal hanya merupakan ujian kesabaran, kesyukuran dan kasih sayang Tuhan kepada hambaNya. Sakit fizikal adalah penghapusan dosa juga menjadi sebab rahmat dan kasih sayang Tuhan jatuh kepada mereka yang sabar dan redha menghadapinya. Sakit fizikal boleh menyelamatkan manusia dari terjun ke neraka di Akhirat. Di dunia pesakit fizikal tidak berpotensi merosakkan orang lain. Penyakit dan pesakit fizikal sebenarnya bukanlah berbahaya kepada manusia dan alam jika dibandingkan dengan penyakit dan pesakit jiwa!

Penyakit dan pesakit mental bukan sahaja dirinya rosak, tetapi sangat berpotensi merosakkan orang lain. Di dunia pesakit mental menjadi masaalah kepada dirinya sendiri dan juga orang lain. Jika kekurangan mental itu merupakan kejadian asalnya, di akhirat dia selamat dari api neraka.

Penyakit dan pesakit yang paling merbahaya adalah penyakit dan pesakit jiwa(hati). Jiwa yang sakit ialah hati yang bersarang dengan segala jenis sifat mazmumah(keji) seperti sombong, riak, ujub, takabbur, hasad, dengki, tamak, pemarah, cinta dunia, gila pangkat, gila puji, gila nama, gila betina, tak kenal Tuhan, tak takut Tuhan dan seumpamanya. Sedang jiwa(hati) yang sihat dipenuhi segala sifat mahmudah(terpuji) seperti cinta Tuhan, takut Tuhan, sabar, redha, syukur, pemaaf, lemah lembut, berkasih sayang, tawaduk, pemurah dan lain-lain.

Bagi pesakit jiwa(hati) mereka sangat berpotensi merosakkan orang lain. Pesakit jiwa umpama racun. Rosak lagi merosakkan! Jadi sebenarnya penyakit dan pesakit jiwalah yang paling berbahaya lantas sangat patut ditakuti dan dibimbangi. Kerana penyakit dan pesakit jiwa, di dunia dia merosakkan diri dan orang lain, di Akhirat terjun ke dalam neraka, wal'iazubillah! Namun sehingga kini belum ada institusi di dunia yang serius mengkaji tentang punca, kesan dan cara mengatasi atau merawat penyakit dan pesakit jiwa. Paling menghairankan, penyakit dan pesakit jiwa seolah-olah bukan masaalah dan tidak membawa kesan langsung dalam kehidupan.

Realiti hari ini, penyakit dan pesakit jiwalah yang membawa malapetaka dan kesengsaraan hidup manusia. Rogol, rompak, rasuah, zina, samun, caci maki, hina menghina, pergaduhan, pembunuhan dan peperangan adalah berpunca daripada penyakit dan pesakit jiwa. Kerana hati manusia telah bersarang dengan segala macam sifat keji, maka jiwa yang telah rosak inilah menghancurkan sistem hidup manusia. Mereka secara fizikalnya tidak menunjukkan mengidap apa-apa sakit bahkan biasa merekalah orang yang paling menjaga kesihatan fizikal. Tetapi dalam hati bersarang berbagai penyakit jiwa.

Penyakit jiwa inilah sebenarnya yang perlu dicegah dan dirawat. Tuhan yang menjadikan manusia dan seluruh alam ini Maha Mengetahui segala keperluan manusia. Maka untuk membersihkan jiwa(hati) atau roh, diberikanNya satu kaedah yang paling sistematik iaitu solat.

Solat sebenarnya mampu menjadikan manusia memiliki peibadi yang agung. Melalui solat bukan sekadar kesihatan fizikal, tetapi paling utama kesihatan jiwa dapat dibina. Solat yang benar-benar dihayati dapat membakar musnahkan segala sifat mazmumah dalam diri. Hasilnya, jiwa akan memiliki sifat mahmudah(terpuji) yang meliputi rasa kehambaan dan rasa berTuhan yang mendalam dihati sanubari. Inilah peranan utama solat yang Allah 'hadiah'kan kepada umat Islam. Kenapa masih mencari faedah fizikal atau lahiriah? Bukankah tujuan dan peranan solat sangat besar untuk membangunkan roh, jiwa atau hati setiap orang yang benar-benar menghayatinya.

Pada pandangan saya, eloklah ada pihak yang benar-benar membuat kajian tentang kebesaran dan keagungan solat. Ini penting kerana rahsia solatlah para sahabat dan umat Islam di zaman salafussoleh mampu menawan dunia! Rahsia solat telah berjaya dikuburkan oleh oreintalis sehingga umat Islam sendiri tidak tahu apa tujuan dan peranan solat. Inilah punca utama kelemahan dan kehinaan umat Islam kini.

Khamis, 2008 Jun 26

Batal Projek, Pasar Malam, Raja Petra Kamaruddin

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.

Saya tertarik mengulas beberapa isu terkini sebagai sumbangan fikiran dan menggalakkan berfikir secara kritis.

Pengumuman terbaru berhubung penangguhan projek dan alasannya;
Projek Monorail bernilai RM2 bilion dan Jalan Lingkaran Luar (PORR) di Pulau Pinang telah ditangguhkan, kata Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri.(malaysiakini 26/6/08)

Menurut berita tersebut, kerajaan hanya akan meneruskan projek yang bersifat mesra rakyat.

Maka jauh di sudut hati kecil kita tertanya-tanya; apakah selama ini kerajaan merancang projek yang tidak mesra rakyat? Mengikut keterangan, projek yang dikatakan mesra rakyat adalah yang memberi kesan langsung kepada kebajikan dan keselesaan rakyat. Ini bermakna semua projek yang telah dibatal atau ditangguhkan tidak termasuk dalam projek mesra rakyat?

Kenapa dari awal perancangan lagi, kerajaan tidak menetapkan keutamaan projek mestilah bersifat mesra rakyat?

Maka sebagai rakyat, bingunglah kita dibuat oleh kerajaan yang sedia bingung!

Beberapa hari lalu saya berbual dengan seorang peniaga pasar malam. Produk beliau hanyalah Cucur Peneram atau setengah daerah menyebut Kuih Telinga Kera. Sudah 7 tahun berniaga pasar malam dengan 7 orang kakitangan. Mungkin pendapatan beliau pun sekitar 7000 sebulan.

Cerita yang nak dikongsikan adalah semangat peniaga Islam keturunan Melayu.

Beliau minta pendapat saya untuk mengelakkan daripada terpaksa 'bercuti' kerana jemputan kenduri ahli keluarga mertua. Pihak pengajur kenduri meminta beliau membawa semua staf hadir, ini bermakna dengan sendirinya perniagaanya terpaksa 'bercuti'.
Pihak yang menjemput beranggapan bahawa peniaga adalah orang yang berkerja sendiri. Maka bila-bila boleh cuti, bila-bila boleh rehat. Inilah orang Melayu!

Sebenarnya seorang peniaga atau mereka yg menjadi majikan sendiri kena lebih berdisplin dari orang makan gaji!

Sebab itulah ramai orang Melayu yang dulunya makan gaji ingin berniaga tak menjadi. Bukan kerana tiada modal, kemahiran, semangat, peluang, bantuan, sokongan dan dorongan, tetapi masaalah paling besar adalah TIADA DISPLIN! Mereka menyangka bila menjadi majikan sendiri, maka ikut suka hati. Nak kerja, kerja; tak nak kerja, rehat. Dari mana mereka belajar?

Padahal bila kita buat perbandingan antara pihak swasta dengan pihak kerajaan bukankah terdapat perbezaan yang ketara.

Kakitangan awam displin kerja cukup lemah berbanding kakitangan swasta. Ini kerana orentasi kakitangan swasta adalah merasakan mereka sebagian daripada majikan. Prestasi kerja kakitangan memberi kesan langsung kepada pencapaian syarikat.

Kesimpulan daripada cerita tadi, peniaga pasar malam yang berjaya, lebih berdisplin berbanding kakitangan awam yang bergaji besar!

Saya berani katakan, kerana jika kakitangan awam berani buktikan mereka lebih baik, maka jadilah peniaga yang berjaya. Mungkin mereka rasa tidak cucuk untuk berniaga pasar malam, maka buka kedai di pusat-pusat membeli belah terkenal.

Jika benar mereka punyai wawasan, jatidiri, displin yang tinggi dan keyakinan diri maka tidak perlu bekerja makan gaji. Lebih-lebih lagi tidak akan terlibat dengan rasuah hanya kerana ingin 'duit lebih'. Ayuh! Terjunlah bergelanggang di tengah masyarakat membangunkan ekonomi demi kepentingan agama dan bangsa. Soal peribadi insyaAllah dengan sendirinya terbela!

Negara digemparkan semula dengan isu pembunuhan wanita Monggolia. Raja Petra Kamaruddin telah meningkatkan kewibawaan dakwaan beliau berhubung isu tersebut dengan membuat akuan bersumpah baru-baru ini.

Muda Mohd Noor | Jun 25, 08 12:12pm

dikemaskini Rosmah Mansor telah memberi kenyataan kepada polis berhubung dakwaan terbaru Raja Petra Kamarudin yang mengaitkannya dengan kes Altantuya Shaariibuu


Menjadi kehairanan seluruh rakyat Malaysia dan Monggolia khususnya dan dunia amnya dengan kes tersebut. Persoalannya, kenapa sampai perlu mayat diletupkan dengan bom? Kenapa isu ini dikaitkan dengan orang kenamaan? Sekali pun perbicaraan mahkamah sedang berjalan mengenainya, namun tidak dapat dinafikan, masyarakat pasti tertanya-tanya, apakah perkara yang sebenarnya sedang berlaku di sebalik isu ini?

Sebagai iktibar, marilah kita kembali merenung sejenak. Setiap kejahatan manusia terhadap manusia lain, lambat laun akan menerima akibatnya. Inilah sunnatullah!

Kezaliman manusia kalau tidak menerima balsan di dunia, di akhirat sudah PASTI!

Tetapi mengikut keterangan hadis, umat Muhammad akan dibalas di dunia lagi. Kenapa? Supaya di akhirat akan diringankan atau diampunkan terus. Inilah rahmat Tuhan kepada umat Muhammad saw yang merupakan umat paling mulia kerana kemuliaan Nabinya.

Kenapa isu ini tidak mampu ditutup walau pun sebelum ini usaha untuk meredakannya direncanakan?

Sebenarnya, zaman ini ada janji Tuhan kepada umat Islam. Kebangkitan Islam sedang berlaku mengikut jadual dan rencana Tuhan. Maka semua yang berlaku ada kaitan dengan kejatuhan orang yang menentang Tuhan. Mereka yang cuba menggagalkan jadual Tuhan sedang dihimpit keseksakan hasil usaha tangan-tangan(kuasa) mereka.

Tunggulah masanya. Orang yang Tuhan kehendaki naik dizaman ini sedang menunggu masa yang sesuai dan tepat mengikut jadual Tuhan. Masanya terlalu hampir. Persiapan sudah diperingkat akhir. Mereka yang memusuhinya bersiap sedialah untuk jatuh tersungkur! Ini janji Tuhan kepada kita di akhir zaman.

Khamis, 2008 Jun 19

Kuda Kepang: Abdullah Masih Layak Memimpin UMNO?

Nawawi Dahalan said...
Assalamu'alaikum Datuk,

Saya memang meminati tulisan, posting Dato', selalu mengikuti tetapi jarang memberi maklum balas. Sejak akhir-akhir ini, kegusaran Dato' terhadapt masa depan UMNO begitu jelas. Namun saya kurang pasti, bagaimana respon rakan-rakan Dato' terhadap pendedahan dan cadangan yang telah Dato' kemukakan.

Benarkah mereka masih sayangkan UMNO di mana bangsa Melayu sebagai terasnya?

Berapa peratuskah ahli UMNO yang punyai semangat juang warisan tokoh-tokoh UMNO terdahulu?

Saya cadangkan Dato' dan rakan-rakan perlu melihat dan mengkaji senario politik tanah air dan dunia amnya menerusi sumber yang paling berwibawa, iaitu Al Quran dan Hadis.

Bukankah sumber utama ini telah dijadikan kajian terperinci oleh Yahudi dan Nasrani dalam semua aspek. Hasilnya mereka lebih mengetahui apa yang akan berlaku secara khusus dan umum pada setiap masa. Tetapi umum ulama sudah tidak mengambil sumber utama ini sebagai rujukan dalam menyusun dan mengatur kehidupan umat Islam. Akhirnya, umat Islam seolah-olah sudah kehilangan panduan dan pedoman.

Dalam Al Quran, ayat yang menerangkan mengenai hukum hakam, tidak lebih 500 ayat. Sedang dalam Al Quran terdapat 6,666 ayat. Ayat Al Quran pula mempunyai 70 lapis tafsirannya. Percaya dan yakinlah, bahawa semua yang telah dan akan berlaku telah pun dicerita dan diisyaratkan oleh Al Quran kemudian dihuraikan oleh Hadis Nabi. Cuma kebanyakan ulama akhirzaman telah hilang ilmunya kerana mereka pun bergantung kepada musuh Islam. Untuk menghuraikan dan menafsirkan senario dunia masa kini perlukan bantuan ilmu ilham.

Saya mengajak Dato' dan rakan-rakan melihat dan meninjau melalui ilmu ilham yang Allah berikan kepada mereka yang bertaqwa. Dari sumber inilah, segala persoalan dapat diungkai bukan hanya sekadar persoalan hukum hakam tetapi seluruh persoalan kehidupan termasuk sistem politik, ekonomi, pendidikan dan kebudayaan.

InsyaAllah, keyakinan bahwa masa ini adalah masa Islam akan kembali gemilang adalah jelas. Kegemilangan Islam tidak akan terjadi tanpa pimpinan seorang yang paling layak, itulah 'orang Tuhan'.

ampun maaf, sekian.

nawawidahalan.blogspot.com
mouncah.com

Rabu, 2008 Jun 18

Masjid, Mukhriz dan Melayu

Assalamu'alaikum semua yang dihormati.

Isnin 16/6/08 saya solat Zohor di Masjid Rawang. Selepas solat, kelihatan beberapa orang sedang rancak berbual di varanda masjid. Di sekitar perkarangan masjid tersebut mudar mandir seorang yang berbadan tegap dengan sebatang rotan besar di tangannya. Saya menyapa beliau dengan bertanya apa yang sedang dilakukannya. Lelaki berkenaan seorang peniaga di gerai berhampiran masjid tersebut. Lelaki itu mendakwa sedang melakukan rondaan bagi mengelakkan dari anasir yang tidak sihat berkeliaran dan mengambil kesempatan di kawasan masjid. Katanya tujuan berbuat demikian untuk memastikan keselamatan dan keselesaan para jamaah.

Dakwa lelaki tersebut, sebentar tadi ada seorang pengunjung masjid yang berbadan tegap, sihat dan dewasa memohon ihsan para jamaah membantu dari segi kewangan. Pengunjung tak dikenali itu mendakwa kehilangan dokumen diri dan kehabisan wang menjadikan beliau tidak dapat meneruskan perjalanan. Maka mengharapkan bantuan orang ramai, pengunjung itu merasakan di masjid lah kemungkinan besar harapannya tercapai.
Sebaliknya apa yang berlaku, para jemaah terutamanya lelaki yang berkawal tadi telah menghalang dan meminta pengunjung misteri itu keluar dari kawasan masjid.

Menariknya, cerita dan kisah seperti ini sememangnya sering terjadi dan kita ketemui. Beberapa bulan sebelum ini, saya pernah solat Zohor di Masjid Negeri Perak, Ipoh. Sewaktu berwuduk, saya terpandang seorang 'cacat' sedang terkial-kial untuk membonceng motosikal yang ditunggang oleh rakannya. Kelihatan kedua lelaki tersebut bukanlah terlalu muda, mungkin lingkungan umur 40'an. Lelaki 'OKU' yang tiada sebelah tangan itu cuba membonceng dengan bantuan sepasang tongkat. Keadaannya mengundang rasa simpati dan ingin menolong. Maka saya terus membantu 'OKU' berkenaan dengan memangku badan beliau. Sambil memeluk 'OKU', saya diingat oleh rakannya supaya berhati-hati kerana dia sakit jika dipegang kuat-kuat. Maka tanpa mengesyaki apa-apa, saya pun cuba mengangkat 'OKU' untuk dapat duduk dibelakangnya. Setelah selamat, mereka berdua pun beredar dengan 'senyuman'. Tiba-tiba baru saya perasan! Sewaktu saya memeluk badan 'OKU' yang berlakon tadi, saya telah memegang sebelah tangan yang disembunyikan dalam bajunya. Dengan memakai baju dua lapis yang seakan kusam dan comot, lakonannya memang hebat. Hampir saja saya mengejar mereka berdua kalau tidak kerana hendak menunaikan solat. Bukan untuk apa, sekadar ingin bertanya, kenapa jadi begitu?

Inilah senario yang selalu kita jumpa. Masjid tidak terkecuali menjadi sasaran penipuan dan perlakuan sumbang. Kisah ini hanya sebagai contoh kes ringan dan kecil. Tetapi sebahagian masyarakat menganggap kes seumpama ini sebagai amat berat dan menjadi perhatian. Sebenarnya kerosakan yang lebih besar berlaku dalam masjid hari adalah kerosakan akidah, ibadah dan akhlak. Rasa takut dan cintakan Tuhan bukan lagi agenda utama untuk disemai ke dalam jiwa ahli jamaah. Tiada langsung usaha membina dan meningkatkan kasih sayang antara ahli jamaah. Ibadah hanya tinggal kulit atau rangka semata-mata, tanpa ada rohnya! Inilah kemungkaran dan kerosakan yang paling utama sedang berlaku setiap masa di masjid pada hari ini.


Malam Rabu 17/6/08 saya berpeluang hadir dalam majlis kesyukuran anjuran Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Dalam ucapannya, beliau sempat merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan semua pihak yang masih menghargai kedua orang tuanya. Kehadiran golongan 'veteran' mengatasi pemuda-pemudi memberi maksud keadaan sokongan UMNO pada masa ini sangat bergantung kepada mereka. Jelas generasi muda tidak berminat dengan Gerakan Pemuda UMNO.

Dalam majlis pada malam itu, Mukhriz telah diwawancara oleh beberapa wakil media yang kemudiannya telah tersiar sebagai berita pada keesokan harinya. Saya juga terpandang gelagat seorang tua keturunan Cina meminta 'sesuatu' dari Mukhriz. Sebagai wakil rakyat, lumrah bila diminta pastilah tidak dihampakan. Di penghujung acara malam tersebut, Mukhriz sempat meninjau bas eksklusif dua tingkat milik Global Ikhwan. Datuk Mukhriz berkata,"Tun suka perkara-perkara begini...(idea dan penampilan yang menaikkan imej Islam/Melayu)" merujuk kepada kekagumannya kepada bas tersebut.

Sebuah kilang beras terkenal dalam kawasan Parlimen Jerlun kini menjadi milik bangsa asing setelah dijual oleh pemilik asalnya yang berbangsa Melayu. Pengeluar beras yang menggunakan khidmat seorang pelakon lelaki popular dalam iklannya itu adalah antara jenama terkenal dan dapat dibanggakan dalam negara. Namun atas sebab dan alasan yang tidak dapat dipastikan ianya tergadai dalam perjalanan menempa nama dan menaiki tangga kejayaan. Ini merupakan secebis kenyataan pilu yang mengguris hati sanubari jiwa bangsa Melayu. Kenapa tidak!

Perjuangan bangsa yang dilaungkan oleh UMNO, dalam kawasan yang masih diwakili oleh anak bekas Perdana Menteri paling lama berkuasa dan paling berjaya dalam sejarah kepimpinan UMNO tidak mampu mempertahankan walaupun sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan paling utama, pengeluar beras makanan asas orang Melayu. Bagaimana dengan membela nasib bangsa yang dilaung-laungkan?

Kita telah lama digula-gulakan dengan pembelaan bangsa. Hakikat perjuangan membela bangsa telah pun mencipta sejarah kabur bahkan malap. Kemajuan tercipta, bangsa kian merana. Memang ada yang berjaya, tetapi lebih ramai yang teraniaya. Materialnya membangun dan maju, kasih sayang dan tolak ansur kian murung dan lesu. Bangsa hilang arah, agama kian parah, sekali pun negara nampak gagah, sebenarnya musuh sedang menunggu untuk meratah. Jiwa bangsa terlalu lemah, sekilas ujian sudah punah, jati diri telah musnah, politik merdeka tetapi jiwa masih terjajah!

Manakah pembelaan yang sebenarnya? Tunggulah wahai bangsaku, kembali kita menanti kedatangan penyelamatan yang dijanji, melalui lidah Nabi, akhirzaman kegemilangan Islam pasti, kenapa diragui, sedang depan mata kebangkitan sedang direalisasi, mereka yang bejiwa sekeping besi, ujian besar tiada erti, Tuhan tempat berserah diri.

Yakinlah wahai saudaraku, Melayu hanya bangsa, bukan segalanya, bangsa di dunia Tuhan jadikan untuk bekerjasama, bukan untuk bersengketa, siapakah yang akan berjaya menyatukan bangsa-bangsa di dunia, kalau bukan Tuhan datangkan 'orangNya', penyelamat sudah hampir tiba, hanya menunggu masa, janganlah kita lupa, dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya, marilah kembali pada Tuhan, melalui orang yang mengenal dan memimpin kita kepadaNya.

Jumpa lagi di lain masa...ampun maaf dari saya.

Sabtu, 2008 Jun 14

Makan Percuma

Kurang lebih jam 8.00 pagi Syeikh Nizam telefon, tanya khabar dan apa rancangan pagi ini. Kebetulan sedang hidupkan enjin kereta untuk keluar bersama Ustaz Abdullah Ariffin bersarapan sambil bercerita perkembangan semasa. Maka perancangan terus bertukar, keluar dengan Syeikh Nizam. Memang pun hati harap ada kesempatan setelah lama (seminggu lebih) tak keluar dengan Syeikh. Rupanya rasa hati itu difahami dan ditunaikan oleh Syeikh. Berkat Abuya, pemimpin utama dapat menghayati gaya bekerja secara roh. Ertinya sensitivity roh pemimpin harapan Abuya telah dapat berperanan untuk mendidik anak buah mereka.

Perancangan asal hanya xpdc singkat sekitar BCH telah bertukar lagi menghala ke Bukit Jelutung untuk meraikan jemputan Ustaz Ramadhan. Syeikh Nizam pada awalnya hanya ingin mengambil angin luar kerana telah lama berkurung akibat kesihatan fizikalnya agak terganggu seminggu ini. Perjalanan menuju Shah Alam tidak disia-siakan. Perbincangan mengenai perjuangan dan isu semasa sentiasa mengisi suasana perbualan kami. Inilah kehidupan bersama orang bertaqwa. Hasil pimpinan ASZ lahirlah barisan pemimpin yang taqwa adalah agenda utama hidup mereka.

Sebaik sampai di kawasan perumahan elit Bukit Jelutung kami terus menuju ke rumah Ustaz Ramadhan. Rumahnya berhadapan dengan surau taman tersebut memudahkan beliau menjalan tugas selaku imam utama. Kejiranan berkenaan dihuni oleh beberapa orang kenamaan bergelar Professor, Tan Sri, Datuk dan kebanyakannya adalah golongan professional yang dikira berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka telah maju dan bertamadun jika diukur pada keadaan lahiriahnya. Namun secara rohani dan maknawi, hanya Tuhan yang tahu. Walau bagai mana pun, manusia boleh mengesannya seperti berlakukah kasih sayang dan saling rasa bersama dan berkerjasama antara kejiranan tersebut? Secara individu pula, apakah rasa berTuhan dan rasa kehambaan begitu mendalam setelah mengecapi nikmat yang melimpah ruah? Hati kecil masing-masing boleh menjawab, kerana hati kecil tidak pernah menipu tuannya. Itulah yang terlintas dibenak fikiran bila melihat bangunan kediaman masyarakat elit Bukit Jelutung.

Beberapa minggu lalu Syeikh Nizam di rumahnya, telah menerima tetamu daripada Jerman dikenali sebagai En Garry. Beliau berasal dari Indonesia tetapi telah bekerja lebih 10 tahun di Jerman. Setelah beberapa tahun melanjutkan pelajaran di Perancis dalam bidang kejuruteraan pesawat, beliau kembali ke Indonesia untuk tempuh lima tahun sebelum berhijrah ke Jerman selepas itu hingga kini. Dalam perbualan bersama beliau, penulis bertanya, apakah isu yang hangat sekarang diperkatakan oleh masyarakat di Eropah? Beliau menceritakan kisah seorang bapa yang telah ‘menyimpan’ anaknya sendiri dan telah dijadikannya umpama isteri sehingga melahirkan 7 orang anak. Berita tersebut telah pun dipetik oleh akhbar tempatan beberapa minggu sebelum ini. Maka penulis menyatakan bahawa kelakuan lelaki tersebut adalah sifat orang yang tidak bertamadun. Lantas disahut oleh Syeikh Nizamuddin, katanya; Sebenarnya orang Barat itu pun memang belum bertamadun, cuma mereka sahaja yang mendakwa sudah bertamadun. Hakikatnya, mereka tidak bertamdun kerana tidak kenal Tuhan. Tuhan yang menciptakan alam ini. Tuhan yang menjadikan dan menghidupkan manusia. Maka orang yang belum kenal Tuhan sebenarnya masih belum bertamadun.” Begitulah lebih kurang lebih penerangan ringkas Syeikh Nizam kepada semua yang hadir bersama tetamu dari Jerman pada pagi tersebut.

Maka apa yang kami saksikan tentang masyarakat elit di sesetengah kawasan, apakah begitu keadaan sebenar mereka? Apakah hanya tamadun lahiriah sahaja yang terbangun? Bagaimana dengan tamadun maknawiah lebih lagilah dengan tamadun rohaniah? Pernahkan mereka terfikir bahawa tamadun maknawiah dan rohaniah jauh lebih penting daripada tamadun material atau tamadun lahiriah?

Setelah Ustaz Ramadhan ada bersama, kami terus keluar menuju tempat untuk menikmati sarapan. Sebuah kopitiam yang menjadi kunjungan utama dikawasan tersebut juga jadi pilihan kami. Berdasarkan pemerhatian sepintas lalu, kopitiam tersebut mendapat sambutan dikalangan masyarakat pertengahan dan ke atas sebagai tempat menjamu selera. Setelah memilih sedikit juadah dan memesan makanan dan minuman, kami menuruskan perbualan mengenai perjuangan dan isu semasa. Kali ini lebih menarik kerana Ustaz Ramadhan pandai menghidupkan suasana dengan pertanyaan dan sesekali membuat tetamunya geli hati dengan jenaka ringan. Begitulah hidup yang penuh kasih sayang macam satu keluarga sekali pun tiada pertalian darah dan keturunan antara satu dengan lain. Hasil ilmu dan didikan mursyid, kami bagai adik beradik bahkan lebih daripada itu. Perasaan dikongsi tanpa ada ‘halangan’ dan persefahaman yang sentiasa selari dalam berfikir. Tiada rasa curiga dan pertembungan fikiran sekali pun masing-masing bebas melontarkan pendapatnya.

Memang makanan dan minuman di kopitiam pilihan kami ini menepati selera. Sedar tidak sedar kami berbual sambil menghabiskan pesanan yang menyelerakan jam telah menunjukkan pukul 11.15 minit pagi setelah lebih sejam setengah berada di situ. Ustaz Ramadhan yang melayani kami sebagai tetamunya menuju ke kaunter untuk membuat bayaran. Kami semua beredar ke arah kenderaan Syekh Nizamuddin, sebuah Toyota Alphat yang baru keluar kurang sebulan.

Sebaik semua memasuki kenderaan, secaran bersahaja Ustaz Ramadhan memaklumkan bahawa semua makanan dan minuman kami telah dibayar oleh pelanggan yang tidak kami kenali. Mengikut keterangan petugas di kaunter kopitiam tersebut, pelanggan yang membayarkan pesanan kami datang berseorangan dan duduk sebentar bersarapan tidak jauh dari tempat duduk kami. Pelanggan berkenaan hanya membayar pesanan kami dengan tidak memperkenalkan dirinya. Jadi, kami kira makan percumalah, bukan jamuan sebagai tetamu. Walau bagai mana pun, Ustaz Ramadhan masih di kira berkebajikan kerana niat awal beliau untuk melayani tetamu. Begitulah peristiwa makan di kopitiam pagi Sabtu, makan percuma!Kepada pelanggan yang pemurah berkenaan, semoga Allah sentiasa merahmati anda dan kami ucapkan ribuan terima kasih mudah-mudahan kita akan berkenalan dan berkasih sayang suatu masa nanti!

Sebenarnya cerita ringkas ini tidak berakhir semudah itu. Kejadian tersebut masih bermain dalam fikiran dan perasaan saya. Jiwa dan hati kecil tertanya-tanya apakah hikmah yang dapat dicungkil daripada kemurahan hati seorang pelanggan yang tidak dikenali membayar makanan kami?

Apa yang mendorong beliau membayar pesanan tersebut? Apakah tujuan dan kepuasan yang beliau perolehi dari pebuatannya itu? Apakah penilaian beliau terhadap kami sehingga sanggup membayar kesemua pesanan kami? Apakah mesej dan iktibarnya? Yang agak menghairankan jika difikir-fikir, menjadi kebiasaankah kepada masyarakat kita membayar makanan pelanggan lain apabila ada kesempatan berbuat demikian? Bermacam persoalan lagi yang menerjah dilapangan fikiran saya.

Kami yang menaiki sebuah MPV mewah, berpakaian kemas, masing-masing membawa telefon bimbit berjenama dan beserta sebuah kamera Canon masih ada orang simpati untuk membayarkan pesanan kami? Benarkah atas rasa simpati atau sebenarnya sokongan dari hati kecilnya yang mendorong beliau ingin menyumbang sedikit rezeki mudah-mudahan diberkati Tuhan?

Pada penghujung hari ini, saya membuat kesimpulan mudah. Jika Allah kehendaki, maka sesuatu yang pelik jadi tidak pelik. Adik beradik nak belanja satu sama lain pun berkira, inikan orang yang tidak dikenali. Tetapi bila Tuhan gerakkan hati, mudah sahaja membelanjakan harta bukan untuk peribadi. Tetapi tidak semudah itu persoalan ini kita simpulkan.

Allah telah memberi jaminan bahawa orang bertaqwa, rezekinya dari sumber tidak di duga. Selain daripada itu, Tuhan memberi jaminan pertolongan dan keselamatan bagi orang bertaqwa. Inilah yang sentiasa ditanam dalam jiwa oleh Abuya kepada pengikutnya. Maka pada pagi ini, kenyataan yang jelas kami dipertontonkan oleh Tuhan merasai terus jaminan Tuhan terhadap orang bertaqwa. Bukan sekadar orang yang bertaqwa, tempiasnya saya yang ‘takua’ pun dapat merasai menumpang berkat rezeki orang bertaqwa.

Inilah hikmah makan percuma hasil berkat orang bertaqwa yang lahir dari didikan pemimpin paling bertaqwa yang memimpin orang-orang bertaqwa di akhir zaman.

http://nawawidahalan.blogspot.com

Khamis, 2008 Jun 12

Perniagaan, pelaburan atau menjana pendapatan melalui internet

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Sejak PRU12 menggegarkan negara dengan keputusannya, maka secara tidak langsung, rakyat dipromosikan peranan dan keberkesanan internet. Dalam konteks PRU12, media alternatif atau media online telah diakui memberikan impak yang besar. Menjelang pilihanraya, bloggers telah dilabelkan dengan pelbagai jenama oleh pihak yang cuba merendah-rendahkan peranan mereka. Setelah keputusan PRU12 mengejutkan negara, internet mula menarik perhatian banyak pihak. Maka senario blog yang dikendalikan atau dinisbahkan kepada tokoh-tokoh politik ternama negara muncul satu persatu. Blog Tun Dr Mahathir telah mendominasi pelayar dan peminat politik tanah air dengan begitu drastik. Inilah bukti dunia internet tanah air semakin diberi perhatian.

Sehubungan dengan perkembangan tersebut, perniagaan dan pelaburan gaya maya telah mengambil kesempatan menangguk di alam maya. Sememangnya sebelum ini banyak program dan skim internet menjadi isu dan polemik dikalangan masyarakat. Program dan perniagaan internet yang sebelum ini dicurigai dan dipandang 'senget' umum keadaan tersebut kini mula berubah. Suatu ketika dahulu, internet selalu dipandang sinis seperti,"Boleh percaya ke internet?" atau seumpamanya. Kini nadanya mula bertukar kepada,"Apa kata internet?"

Perniagaan, pelaburan atau program menjana pendapatan melalui internet sememangnya sedang berkembang pesat. Walau pun golongan yang telah terbukti berjaya masih kecil dan boleh dipertikaikan, namun peluang sebenarnya wujud dan kejayaan tidak mustahil dicapai. Bagi mereka yang sedang berjinak dengan perniagaan internet, beberapa aspek penting perlu diberi perhatian. Bukan sekadar untuk mengelakkan kerugian dalam bentuk modal atau pelaburan, tetapi yang lebih utama sah menurut syariat. Jika suatu perniagaan dan pelaburan itu diragui atau jelas tidak memenuhi kriteria yang dibenarkan, hasilnya adalah wang yang tidak halal atau syubhat. Bagi umat Islam, hasil yang haram akan mengakibatkan hidup tiada keberkatan dan rahmat Tuhan. Jika tiada rahmat dan berkat dalam kehidupan, tiada lagi erti kesenangan atau kemewahan. Segalanya akan memusnahkan kembali dengan hilangnya kebahagian diri dan ketenangan jiwa. Oleh itu setiap program atau skim perniagaan perlulah dibuat sedikit kajian untuk memastikan sah menurut syariat.

Dalam ruangan ini saya tidak bertujuan menggariskan ciri-ciri atau kriteria perniagaan yang sah menurut Islam. InsyaAllah dalam kesempatan lain kita akan sama berbincang perkara tersebut.

Ahad, 2008 Jun 08

Banduan Amerika paling ramai di dunia

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mempunyai kira-kira 2.3 juta banduan dalam penjara negara itu, iaitu bilangan paling ramai di dunia serta tertinggi dalam sejarah, kata organisasi hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW), kelmarin.

Bilangan itu mewakili kadar penduduk dipenjara kepada 762 orang untuk setiap 100,000 penduduk berbanding 152 orang untuk setiap 100,000 penduduk di Britain, 108 di Kanada dan 91 orang di Perancis.

“Jumlah kadar penduduk dipenjara itu mengesahkan AS sebagai negara paling ke hadapan dalam memenjarakan penduduk. AS patut bertanya kepada diri sendiri, kenapa lokap di negara itu dimasuki lebih ramai penduduk berbanding Kanada, Britain dan negara demokrasi lain,” kata Pengarah Program HRW, David Fahti, dalam kenyataannya untuk mengulas statistik dikeluarkan Jabatan Keadilan, kelmarin.



Statistik terbaru itu turut menunjukkan ketidakseimbangan kaum yang nyata dalam jumlah banduan di AS dengan jumlah penduduk kulit hitam melebihi banduan kulit putih dengan kadar nisbah 6:1.

Hampir 11 peratus penduduk kulit hitam berusia 30 hingga 34 tahun berada di dalam penjara, mengikut statistik Jabatan Keadilan.

HRW berkata, berbanding penduduk kulit putih, penduduk kulit hitam di AS adalah 12 kali lebih ramai dihantar ke penjara akibat jenayah dadah walaupun jumlah penagih antara dua bangsa itu hampir sama.

“Walaupun berkulit putih, mereka ternyata lebih ramai membentuk majoriti pengguna dadah tetapi penduduk kulit hitam mewakili 54 peratus banduan yang berkait dengan jenayah dadah,” katanya. - AFP

"Perpaduan Melayu pada tahap paling rendah" Zahid Hamidi

Oleh Bernama
Sabtu, 07 Jun 2008
KL: Perpaduan Melayu kini berada pada tahap paling rendah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Katanya ia berlaku kerana orang Melayu kini yang tergolong dalam pelbagai organisasi mempunyai pandangan dan halatuju yang berbeza-beza.

"Mereka tidak ada halatuju yang sama arah sepertimana dahulu, dan itu menyebabkan banyak organisasi di luar lingkungan kita mula melontar beberapa pandangan yang dulunya relevan tetapi kini tidak relevan lagi umpamanya soal ketuanan Melayu," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sijil konvokesyen Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini, Sabtu.

Menteri itu berkata mengenai soal ketuanan Melayu, orang Melayu sebenarnya tidak meminta lebih daripada apa yang terkandung dalam Perlembagaan atau berhasrat mengetepikan hak dan agama kaum lain.

Beliau berkata apabila orang Melayu menyuarakan kembali soal ketuanan Melayu, ada yang berpandangan seolah-olah orang Melayu mahu merampas hak orang lain sedangkan itu bukan hasratnya.

"Saya ingin tekankan kita tidak menolak (hak) bangsa dan agama lain tetapi cuma mahu hak kita dipertahankan," katanya.

Beliau berkata orang Melayu kini juga sudah kehilangan kuasa politik apabila terdapat penghakisan kuasa politik dan ia boleh dilihat dalam majoriti suara di Parlimen dan beberapa peristiwa yang berlaku di negeri Selangor dan Perak. Mengenai seni silat, beliau meminta persatuan silat bersama-sama berganding bahu menterjemahkan agenda dalam menyatupadukan ummah.

"Kita tahu setiap kaum ada kaedah seni mempertahankan diri tersendiri, ini bukan satu wadah untuk kita bertempur. Sebagai rakyat Malaysia kita perlu mempertahankan rasa kecintaan terhadap negara," kata Ahmad Zahid.

Seramai 868 pelajar Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia menerima sijil masing-masing. Enam puluh orang daripada mereka adalah penerima sijil lulus dengan Kepujian.

Perpaduan yang dibina atas nama bangsa sebenarnya untuk siapa? Apakah tujuan diadakan kesatuan atas nama bangsa? Apakah dasar2 dan ciri2 yang ditetapkan untuk mengukur samada bangsa itu bersatu atau berpecah? Perjuangan bangsa hanya bersifat sementara dan amat rapuh. Tiada lagi penyatuan yang terbukti lebih kukuh dan utuh samaada secara ilmiahnya maupun sejarah selain dari kesatuan kerana Allah atas nama Islam.

Hanya setelah kejatuhan Islam sejak 700 tahun yang lalu, umat Islam sendiri sudah terpengaruh dengan berbagai fahaman dan ideologi. Hatta Islam pun diperjuangkan ketengah masyarakat menggunakan platform perjuangan ideologi, bukanlah platform Islam sejati.

Kenalilah perpaduan Islam yang bertunjangkan Iman. Bersatu dalam Islam ertinya bersatu dalam aqidah, ibadah, akhlak, menilai kawan dan lawan dan berlapang dada dengan khilafiah. Perpaduan dalam Islam adalah kerana dan untuk Tuhan. Perpaduan dalam Islam bermula dengan takut dan cintakan Tuhan. Hasil cinta dan takutkan Tuhan manusia tidak akan berhasad dengki, rasuah, mementingkan diri, bergaduh, tuduh menuduh dan lain-lain. Maka manafaat cinta dan takutkan Tuhan kembali untuk manusia, bukan untuk Tuhan. Tuhan tak perlukan manafaat kerana Dia yang memberi manafaat. Manusia yang cinta dan takutkan Tuhan sudah tentu akan baik lahir dan batinnya, maka himpunan manusia yang baik ini dengan sendirinya boleh bersatu dan berpadu.

Untuk mencapai tujuan tersebut perlukan pimpinan. Umat Islam diberi jaminan akan adanya pemimpin yang dijanjikan setiap seratus tahun. Maka umat Islam patut sedar bahawa melalui lidah Rasulullah kita dijanjikan dengan pemimpin yang mampu menyatu dan menyelamatkan bangsa Islam di setiap awal kurun.

Marilah kita meneliti dan mengkaji, siapakah pemimpin di zaman ini yang mempunyai ciri2 penyelamat dan mampu menyatukan umat. Lihatlah model yang dibangunkan oleh pemimpin tersebut sebagai hujah beliau mampu menyatukan umat ini. Lihar peribadinya, keluarganya, kumpulannya dan seterusnya penerimaan bangsa2 di dunia terhadap kewibawaan dan kepimpinannya.

Menurut keterangan hadis, di akhir zaman ada pemimpin yang disebut Shuib bin Soleh. Siapakah beliau? InsyaAllah kita akan bincangkan pada masa sesuai akan datang.

Jumaat, 2008 Jun 06

Bila Melayu Terbela?

BILA MELAYU TERBELA?

Wahai bangsa Melayu bangsaku
Kekuatan Melayu bukan pada bangsa
atau semangat kebangsaan
Begitu lama perjuangan atas nama Melayu
sejak merdeka
semakin LAYU
Ekonomi sahaja pun belum selesai hingga kini
Padahal keistimewaan-keisimewaan telah diberi
kepada orang Melayu lebih dari perlu
hingga bangsa lain iri hati

Namun ekonomi masih terkebelakang, kecuali sedikit individu Melayu
Dari segi pendidikan dan pelajaran kita bangga di satu segi
sejak merdeka, ramai yg pandai, cerdik dan ada degree


Tapi orang Melayu yang pandai tidak mampu berdikari
kecuali makan gaji…
Yang berilmu tidak ramai yg tawadhuk dan merendah diri
Hidup nafsi-nafsi, fikir diri, yg miskin diserah pada kerajaan
untuk membela…
Berdiam diri, tidak peduli

Dari segi politik pula, makin ke hujung makin tak stabil
Politik wang dan jatuh-menjatuhkan semakin dibudayakan dan menjadi-jadi

Di sudut perpaduan jauh daripada yg dikehendaki
Bukan sahaja perpaduan bangsa belum terjadi
Perpaduan di dalam parti pun belum terjadi lagi
Hakikat ini terpaksa kita akui

Ada satu aspek yang ini memang kita berpuas hati
Kemajuan & pembangunan amat pesat sekali
dunia memang mengakui dan irihati
Tetapi side effect yg negatif hasil pembangunan
sangat menakutkan


MELAYU-lah yg paling ramai terlibat gejala negatif
Dadah, rasuah, budaya melepak, gangsterisme di sekolah2
Sumbang mahram, buang bayi, budaya rocker, liar
Belum lagi diperkatakan jenayah ragut, ugut, rokok
Rogol, bunuh, pergaduhan, murtad
Kes-kes rumahtangga, cerai-berai, tidak bertanggungjawab
orang Melayu number-one

Terpaksalah kita menerima penuh malu dan dukacitanya…
Inilah hasil perjuangan Melayu dengan semangat kebangsaannya,bukan!

Sebenarnya kekuatan orang Melayu bukan pada semangat Melayunya
Melayu ada Allah, ada Islam = di sinilah kekuatan orang Melayu..

Seperti orang Arab di zaman Rasul
yg menjadi empayar dunia
Mereka tidak memperjuangkan bangsa Arab
tetapi memperjuangkan Tuhan dan Islam
akhirnya bangsa Arab terbela

Bangsa Turki menjadi empayar
bukan kerana memperjuangkan bangsa Turki.
Mereka memperjuangkan Tuhan dan Islam..
akhirnya bangsa Turki terbela

Mengapa orang Melayu tidak belajar dengan sejarah ini?

Orang Melayu kan ada Tuhan, kan ada Islam
mengapa orang Melayu tidak perjuangkan Tuhan dan Islam?

Abu Nizam 2/10/04

Pahitnya satu kebenaran

BANGSAKU BUKAN MELAYU..

Bangsaku
bukan Melayu,
Bangsaku ialah
yang seagama denganku,
Setiap muslim adalah bangsaku,
Bangsaku ramai didunia ini,
Ramai bolehlah dibanggakan…

Bangsaku bukan satu keturunan darah,
Bangsaku adalah satu pegangan dan satu aliran keyakinan,
Bangsaku ada dimana-mana merata dunia,

Yang ramai adalah di Asia atau di timur ini…


Bangsaku amatlah menyedihkan,
Berbagai-bagai penyakit masyarakat menyerang mereka,
Diantaranya perpecahan, perbalahan, jatuh menjatuhkan,rasuah,
ketidak adilan, mundur, miskin dan kotor,

Hidup nafsi-nafsi
bekerjasama dengan musuh secara
tidak disedari atau
secara disedari,
Secara langsung mahupun
secara tidak langsung,

Mementingkan diri,
hidup fikir diri sendiri,
Mereka mengaku Islam
tapi tidak kenal Tuhan,
Jauh sekali ditakuti
dan dicintai,

Mereka ramai tapi tidak kuat
dan tidak berdaulat,
Mereka besar dari segi ramai
tapi ibarat buih dilaut,
Sampah sarap sahaja pun
boleh memecah belahkan mereka,

Inilah yang aku sedang
sedihkan
bahkan aku sedang
tangiskan,
Inilah yang sedang
aku perjuangkan,

Tapi kerana kejahilan mereka,
mereka adalah menjadi musuh,
Bukan orang yang tidak seagama,
Aduh! Susahnya memperjuangkan Islam
dimasa kini…

Terpaksa bermusuh sesama sendiri.

Abu Nizam 14/05/05

Sepuluh Budak Hitam

Pagi semalam saya mengisi program untuk pelajar yang menjalani kursus untuk keluar negara. Mereka dihantar keluar negara bukan sekadar belajar tetapi juga menjadi duta perjuangan.

Saya ambil kisah sepuluh budak hitam yang menjadi cerita dan lagu rakyat. Sewaktu zaman kanak-kanak, saya telah didengarkan tentang kisah sepuluh budak hitam yang mudah mengalah hanya kerana sebab-sebab kecil. Sebagai contoh rangkap lagu tersebut; sepuluh budak hitam, main tepi jalan, satu kena langgar tinggal lagi sembian. Sembilan budak hitam, main sorang papan, satu sudah jatuh tinggal lagi lapan... kemudian..enam budak hitam, makan budah delima, satu telan biji, tinggal lagi lima. Lima budak hitam, main lompat-lompat, satu patah kaki, tinggal lagi empat...

Begitulah seterusnya, hingga satu budak hitam, sangat susah hati, tak lalu makan langsung dia mati!

Apa moral cerita tersebut?

Sebenarnya rahsia cerita di atas sangat besar. Penjajah yang merancang melemahkan jiwa anak jajahan mereka, telah merancang dengan begitu teliti dan dari semua aspek. Lalu dibesarkan oleh mereka cerita Pak Pandir dengan Mak Andeh, Lebai Malang, lagu Bangau oh Bangau dan seumpamanya adalah untuk melemahkan jiwa anak bangsa jajahan mereka. Bukan sekadar itu, sebenarnya Yahudi dan Nasrani telah mengkaji lebih awal dan mereka lebih memahami akan isyarat hadis mengenai kebangkitan Islam di akhir zaman. Mereka telah mengenalpasti bahawa Islam ada masa depan di Asia Timur. Bumi Malaysia bertuah dan daerah rantau ini telah menjadi sasaran orentalis barat untuk dijajah dan dibunuh jiwa bangsanya. Ini bagi menggagalkan jadual keabngkitan Islam di akhir zaman menurut gambaran dan kajian mereka.

Maka cara yang sangat halus dan tersusun telah dilaksanakan sejak sebelum penjajahan berlaku. Selepas keluar dari bumi jajahan dengan menghadiahkan sebuah kemerdekaan politik, mereka sebenarnya masih menjajah jiwa anak bangsa tersebut. Dengan strategi yang begitu tersusun rapi dan sangat halus, sejarah mengenai bangsa bekas anak jajahan ditulis mengikut acuan dan olahan mereka. Maka generasi kemerdekaan yang belajar sejarah bangsa telah menerima suntikan bius yang melemahkan jiwa mereka. Hasilnya, bekas anak jajahan mereka sebenarnya masih dijajah secara mental dan spiritual.

Sebagai contoh; Sejarah ditulis kononnya Islam bertapak di Malaysia melalui pedagang Arab. Parameswara masuk Islam kerana mimpi berkhatan. Adakah itu satu kebenaran atau sebahagiannya hanya ciptaan? Apakah fakta sebenar yang berjaya disembunyikan? Sedarkah bahawa kita belajar sejarah bangsa menurut kacamata bekas penjajah kita?

InsyaAllah dalam kesempatan lain saya akan menulis lebih terperinci mengenainya. Semoga dapat kita bincang dan muzakarahkan topik ini bersama.

Wassalam.
Terima kasih dan anda termasuk yang bertuah!

Saya ucapkan terima kasih dan izinkan untuk mendedahkan rahsia dalam rahsia!

Produk ilmu yang ada dalam ebook edaran mouncah.com merupakan keperluan setiap insan. Ilmu yang membimbing manusia untuk selamat di dunia dan menjamin keselamatan di negeri kekal Abadi, iaitu Akhirat.

Ilmu untuk membersihkan hati dan jiwa dari segala sifat mazmumah atau sifat negative. Sifat mazmumahlah yang menjadikan manusia tidak tenang dan bahagia. Sedang bahagia adalah sesuatu yang rohani dan maknawi. Bahagia bukan sifat lahir sebaliknya berhubung rasa dan perasaan. Bahagia sesuatu yang dirasai oleh jiwa dan perasaan. Hanya dalam Islam sahaja ada jalan atau kaedah menemui kebahagian hakiki.

Kebahagian bukan kemewahan, bukan kesenangan dan bukan yang bersifat material. Lihatlah reality kehidupan, bukankah orang yang kaya, terkenal dan berkuasa juga menghidapi penyakit bosan, murung, kecewa dan putus asa?

Kebahagian hakiki adalah apabila manusia dapat hidup bersama Tuhan. Bila manusia faham dan gembira dengan ketentuan dan ketetapan Tuhan. Bila manusia pandai menerima apa saja yang Tuhan takdirkan.

Kenapa kita hanya gembira dengan nikmat, sedang ujian dan bencana juga dari Tuhan? Orang yang telah mencapai kebahagian hakiki, mereka bersyukur dengan nikmat dan redha dengan ujian yang kedua-duanya adalah dari Tuhan.

Bagaimana untuk mendapat kebahagiaan hakiki tersebut? Semuanya terjawab dalam ebook Mengenal Diri Melalui Rasa Hati insyaAllah, yang dibawa secara eksklusif oleh http://mouncah.com/admin kasih dan ampun maaf.
Untuk makluman anda semua, saya sedang membangunkan blog untuk menjadi medan perbincangan isu semasa, bertukar pandangan, mesej motivasi, renungan dan sentuhan jiwa, cerita ringan dan pengalaman yang boleh dikongsi bersama.

Sebelum blog saya aktif, saya sampaikan melalui email ini.

Semalam kita dikejutkan dengan pengurangan subsidi minyak yang mengakibatkan kenaikan mendadak dan luar jangka harga petrol dan disel bermula tengah malam tadi. Sewaktu berita tersebut diumumkan, saya berada di bandar Tangkak Johor dalam rangka road tour mouncah.com. Kurang 1/2jam kemudian, bandar mulai sesak dengan kenderaan. Setiap stesyen minyak kenderaan berbaris panjang menunggu giliran mendapatkan bekalan pada harga lama. Saya juga memberi tahu keluarga dan rakan2 untuk mengisi penuh tangki minyak kenderaan masing2.

Inilah senario sepontan rakyat. Pada pagi ini sempat saya meninjau berita dan ulasan dari beberapa media alternatif. Pelbagai reaksi dan luahan yang dapat kita saksikan.

Apa yang patut kita pelajari dan fahami dari situasi ini?

Kemarahan, protes dan rasa tidak puas hati tidak sepatutnya kita lahirkan dan lepaskan dengan menyalahkan mana2 pihak. Sekali pun nampak pihak pemerintah adalah sasaran yang wajar kita tempelak namun perlulah kita juga bersikap lebih rasional. Sebaik-baiknya kita bersikap matang dan berprinsip dalam apa jua keadaan. Menyalah dan mendesak pidak lain akhirnya membawa kepada keadaan yang semakin bercelaru. Akibat daripada kecelaruan yang berlaku, kita juga akan menerima kesusahan dan kesan langsung atau tidak langsung.

Marilah kita bertenang dan merenung beberapa aspek penting. Allah telah mengingatkan kita dalam firman yang bermaksud; "Akan berlaku kerosakan dan kemusnahan di daratan dan lautan hasil tangan2 mereka... maka merekalah yang akan merasai penderitaan dan azabnya.."

Inilah peringatan awal Tuhan kepada manusia. Bukankah semua ini kerana sikap manusia itu sendiri? Memanglah manusia suka menyalahkan orang lain. Tetapi jika kita kaji dan teliti secara halus, sikap menyalahkan mana-mana pihak tidak membawa apa-apa kebaikan. Sedang rasa tidak puas hati yang bersarang dalam diri kita semakin membebankan. Kita akan marah. Kita akan protes. Jiwa jadi tidak tenang dan tidak tenteram. Akhirnya kita tetap di takuk lama. Apa faedahnya?

Marilah kesempatan ini kita mengubah sikap lebih positif. Kenaikan harga barang pasti berlaku dan tidak mungkin kita dapat lari dari situasi yang amat mencabar kemampuan kewangan kita. Bertenang dan berfikir secara positif. Rancanglah perbelanjaan dan tingkatkan pendapatan. Jangan buang masa dengan perbualan isu semasa tanpa bertindak mengubah dan membaiki keadaan diri dan keluarga. Kenapa kita bertemu rakan hanya melepaskan perasaan geram pada kerajaan? Bukankah lebih berfaedah kita promotkan pernigaan bersama mouncah.com? Itu sebagai contoh. Masih banyak peluang boleh dicipta dan direbut demi meningkatkan kemampuan kewangan dalam keadaan semasa.

Sikap yang lebih penting lagi, marilah kita bermuhasabah diri. Kenapakah Tuhan biarkan kita dilanda pelabagai ujian dan cabaran sejak akhir-akhir ini? Apakah mesej dan maksud Tuhan bertindak sedemikian? Bukankah semua yang terjadi adalah ketentuan dan keizinan Tuhan?

Manusia pada hari ini umumnya sudah tidak percayakan Tuhan.Sebahagian besar umat Islam masih yakin adanya Tuhan. Tetapi sudah tidak merasakan Tuhan berperanan dalam setiap kejadian dan kehidupan harian. Tuhan sudah dijadikan keperluan bermusim, bukan lagi keperluan utama dan setiap masa. Benarkah begitu?

InsyaAllah dikesempatan akan datang kita akan bincangkan lebih lanjut persoalan ini. Maaf dari saya dan moga sama2 mengambil iktibar daripada isu yang sempat diutarakan.

Jumpa lagi, terima kasih dan ampun maaf.

Nawawi Dahalan
p/s 02,
5/6/08
Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera kepada anda yang saya hormati dan kasihi sekelian.

TERIMA KASIH DAN PENGUMUMAN TERKINI DARI SAYA (ADMIN)

Sekali lagi dan insyaAllah tidak akan jemu kerana tidak rugi untuk saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas kesudian bersama Mouncah.com.

Kepada anda yang telah melanggan produk sekali gus upgrade penyertaan bersama Mouncah.com saya berharap anda telah menerima faedah awal, iaitu nilai produk yang anda perolehi.

Anda insyaAllah akan menerima kelebihan yang sewajarnya atas langganan dan penyertaan sukarela bersama Mouncah.com. Kami berharap anda bersabar dan tidak lupa untuk sama berusaha mencapai kejayaan.

Saya yakin anda faham dan lebih maklum bahawa setiap kejayaan didahului oleh kesabaran serta usaha yang gigih. Namun marilah kita menanamkan keyakinan dalam hati, bahawa usaha ikhtiar dan kejayaan itu semuanya adalah ketentuan dan keizinan Tuhan Yang Maha Agung. Dialah yang akan memudahkan sesuatu yang susah juga sebaliknya. Maka dengan keyakinan sebegini sekiranya berjaya, kita selamat daripada sombong dan lupa diri. Jika kita masih belum berjaya, keyakinan ini mampu membenteng diri daripada kecewa dan putus asa. Inilah harapan saya agar menjadi keyakinan dan pegangan bersama.

Pengumuman selanjutnya, saya sedang dalam usaha menyediakan flyers untuk ahli berbayar bagi membantu anda mempromosikan produk dan program ini. Flyers yang akan dibekalkan untuk anda akan dihantar sebaik sahaja kami menerimanya daripada syarikat percetakkan.

Flyers tersebut akan diagihkan mengikut nisbah pakej atau produk yang dilanggan. Jika anda ingin menempah jumlah yang selebihnya, sila hubungi saya untuk perundingan selanjutnya.

Sekian. Ampun maaf dan terima kasih.

Nawawi Dahalan;
p/s 01/jun08

Khamis, 2008 Jun 05

Salam perkenalan

Assalamu'alikum dan selamat sejahtera kepada anda kenalan dan rakan baru saya menerusi alam maya.

Selama ini saya hanya mengikuti perkembangan dunia maya dengan membaca dan kadang-kadang memberi komentar di dalam beberapa blog terpilih. Saya juga menjadikan media online sebagai alternatif utama mendapatkan berita dan isu semasa.

Sepanjang menggunakan kemudahan internet, pelbagai perkembangan dan pengetahuan semasa telah saya terima. Justeru sedar tidak sedar saya juga mengalami berbagai perasaan dan tidak kurang anjakan fikiran. Walau bagai mana pun, paksi keyakinan dan perjuangan masih bertunjang dalam usaha menuju Tuhan.

Sepintas lalu, kadang-kadang saya sungguh terharu apa bila membaca luahan perasaan yang tidak terarah oleh mereka yang kecewa. Kekecewaan kepada rakan, majikan, kerajaan, sistem bahkan paling merbahaya, kekecewaan kepada Tuhan.

Sekalipun sebahagian perayau internet tidak mengatakan secara langsung perasaan kecewa mereka, namun jelas dalam tulisan dan kenyataan yang dihantarkan adalah menifestasi dari perasaan yang mencengkam jiwa, itulah rasa kecewa!

Maka saya terpanggil untuk sama memahami dan seterusnya menunjukkan jalan keluar yang wajar dan sepatutnya manusia tempuh untuk mencari kebenaran jawapan dari keresahan yang melanda.

Marilah kita sama-sama lari kepada Tuhan, bukan lari dari Tuhan. Inilah permulaan tulisan saya dan diharap dapat berterusan sehingga terjalin kasih sayang