Masaalah perkauman, pertubuhan haram, gerakkan bawah tanah dan pertembungan antara agama merupakan masaalah sejagat. Masaalah ini telah wujud sejak wujudnya manusia dan sistem hidup bermasyarakat.
Secara ringkasnya belum ada tokoh yang berjaya menyatukan padu kaum dan bangsa di dunia sehingga mampu hidup aman damai dan harmoni selain Rasulullah saw. Para Rasul sebelum Rasulullah diutuskan untuk suatu kaum atau bangsa sahaja. Oleh kerana itu sejarah kurang memaparkan bagaimana antara kaum waktu itu boleh bersatu seperti di zaman Rasulullah saw.
Bagi umat Islam di akhir zaman yang menjadi umat terbaik kepada Rasul yang paling mulia marilah kita melihat bagaimana kaedah penyatuan umat oleh Rasulullah saw.
Rasulullah saw menanamkan sifat kasih sayang yang begitu mendalam di hati masyarakat Islam pada ketika itu. Kasih sayang yang bertunjangkan Iman dan Taqwa. Takut dan cintakan Tuhan. Bukan sekadar tahu syurga dan neraka tetapi yang lebih penting ialah amat merindui syurga dan amat gerun dengan neraka ditanam ke dalam jiwa sahabat-sahabat. Maka jadilah mereka yang sangat cintakan Akhirat lebih daripada mencintai dunia.
Hati yang telah benar-benar kenal, cinta dan takutkan Tuhan mampu berkasih sayang sehingga mencetuskan suasana yang sungguh mengkagumkan. Apabila kaum muhajirin yang berhijrah dari Mekah ke Madinah disatukan sebagai satu keluarga dengan kaum Ansar.
Sejarah telah memaparkan kepada kita bahawa mana keluarga Ansar yang ada dua helai pakaian, sehelai pakaian telah diberikan kepada saudara Muhajirin. Mana kaum Ansar yang ada dua rumah satu rumah diberikan secara percuma kepada keluarga Muhajirin. Siapa di kalangan kaum Ansar yang memiliki dua bidang tanah, sebidang tanah diwakafkan kepada kaum Muhajirin. Bahkan telah dipaprkan oleh sejarah bahawa ada sahabat Ansar yang mempunyai dua isteri berhasrat menceraikan seorang isteri untuk dikahwinkan kepada sahabat Muhajirin. Tawaran ini sahaja yang tidak diterima kerana dianggap sudah keterlaluan. Namun tawaran ini ada dinyatakan dalam sejarah.
Inilah hebatnya bilamana hati telah disatukan oleh Iman dan Taqwa. Jelas terbukti hanya melalui kasih sayang yang bertunjangkan cinta dan takutkan Tuhan sahaja berjaya menyatukan antara kaum dan bangsa di dunia. Dalam sejarah dunia belum ada bukti menunjukkan ada kaedah yang lebih berjaya menyatukan umat manusia selain daripada kaedah yang diperjuangkan oelh Rasulullah saw. Bukan sahaja sejarah Islam sangat menjunjung kebenaran ini, malah para sejarah bukan Islam tidak mampu memikirkan keajaiban penyatuan kaum Ansar dan Muhajirin yang sungguh luar biasa ini.
Kembali kita berusaha membina kasih sayang berasaskan cinta dan takutkan Tuhan demi mencapai kesatuan sejagat yang menjanjikan kehidupan yang aman damai. Tanpa melalui jalan ini mustahil kita boleh mencapi hasil yang sebaik mungkin. Inilah jalan yang telah ditunjuk dan dibuktikan oleh Rasulullah sehingga ke hari ini belum ada yang mampu mengatasi sejarah kegemilangan penyatuan umat seumpamanya.
Sebab itu kita tidak akan mampu mengatasi masaalah perkauman selagi tidak menurut jalan yang telah pun ditempuh oleh Rasulullh saw. Telah datang tokoh bertaraf dunia menggubal kaedah untuk menyatukan umat manusia, namun tiada kaedah yang berjaya dipratikkan sehingga membawa kejayaan seperti kejayaan yang dicapai oleh Rasulullah saw. Inilah kebenaran yang tidak siapa pun dapat menafikannya.
Kasih sayang yang mampu dibina oleh Rasulullah merupakan kunci perpaduan sejagat. Bukan sekadar teori tetapi telah pun menjadi realiti sehingga mampu bertahan lebih 700 tahun di muka bumi ini sebelum ianya dihancurkan oleh musuh-musuh Islam. Kehancurannya bukan kerana kekuatan musuh tetapi kerana umat Islam sudah mula melupakan asas kekuatan mereka iaitu Tuhan. Bila umat Islam mula lupakan Tuhan maka Tuhan pun melupakan mereka sehingga dibiarkan musuh-musuh meratah selahap mungkin umat Islam seluruh dunia.
Untuk Islam kembali gemilang, kaedah dan intipati perjuangan Rasulullah mestilah diamal dan diperjuangkan sungguh-sungguh. Cinta dan takutkan Tuhan mesti ditanam ke dalam jiwa semantap mungkin. Kasih sayang yang dibina akan mampu membawa perpaduan bukan sahaja kepada umat Islam tetapi melimpah kepada seluruh umat manusia, insyaAllah.
Jumaat, 2008 Oktober 17
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 comments:
Saudara sering mengatakan tentang kemunculan Sistem Khalifah di akhir zaman, ini saya setuju.
Saudara juga sering mengaitkannya dengan Abuya saudara. Ini saya kurang setuju.
Saudara perlu melihat perkara ini dari perspektif yang lebih luas. Abuya hanyalah "decoy" supaya kemunculan khalifah yang sebenarnya tidak disedari sehinggalah sampai masanya.
Catat Ulasan