Jumaat, 2008 Oktober 10

Isu Semasa

Di Malaysia selepas umat Islam menyambut hari raya dengan beraneka corak dan ragam, umat Melayu khususnya UMNO menyambut hari pengumuman Pak Lah dengan perasaan yang bercampur-campur.

Di Amerika, juga melibatkan hampir keseluruhan pasaran saham utama dunia menunjukkan penurunan atau jelasnya sedang merudum.

Suasana ekonomi dunia yang tidak dapat dijangka dan diramalkan sedang mengganggu perasaan dan jiwa penduduk dunia pada masa ini. Negara yang mengamalkan dasar kapitalis seperti Amerika adalah yang paling ketara menerima kesan daripada keadaan ekonomi dunia yang semakin lembab dan tidak bermaya.

Kebanyakan negara di dunia pada masa ini sedang menghadapi kemelut ekonomi. Setelah sekian lama dunia dilanda masaalah sosial yang semakin parah, kini kebuntuan ekonomi dan politik pula yang ketara dirasai dan dialami oleh seluruh dunia.

Bagi umat Islam yang benar-benar faham maksud kerja-kerja Tuhan, inilah masanya mereka bertambah ceria kerana janji Tuhan semakin hampir. Tuhan telah berjanji bahawa Islam akan kembali gemilang di akhirzaman.

Pra syarat kemenangan Islam ialah mesti adanya segelintir atau sekelompok manusia yang sangat mengusahakan taqwa. Tentunya kelompok tersebut dipimpin oleh orang yang paling bertaqwa di zaman ini. Maka jika kelompok ini telah wujud, Allah ada caranya menjatuhkan musuh-musuhNya.

Tuhan menjadikan seluruh sistem yang bercanggah dengan sistem Tuhan sedang mengalami kebuntuan. Sistem politik, sistem ekonomi dan sistem sosial yang mengenepikan agenda Tuhan sedang kebuntuan. Maka inilah tanda kejatuhan dan kehancuran sistem anti Tuhan untuk digantikan dengan sistem Tuhan yang tulen melalui orang bertaqwa.

Umat Islam yang benar-benar faham maksud Tuhan kenapa dunia kini sedang mengalami kebuntuan dari semua aspek, hanya terdiri dari mereka yang sedang berjuang mengikut jadual Tuhan.

Sebab itu, kebuntuan politik tanah air khususnya tidak akan pulih dengan pertukaran pemimpin atau tokoh penerajunya. Politik dan ekonomi negara khususnya akan pulih dan menjadikan hidup rakyat aman damai ditangan pemimpin yang berjaya membawa sistem Tuhan.

Ini bermakna, bukan sekadar bertukar pemimpin, tetapi umat Islam yang yakin bahawa kemenangan semakin hampir membawa bersama mereka sistem yang selamat lagi menyelamatkan, iaitu sistem Tuhan oleh orang Tuhan.

0 comments: