Dipetik dari blog Kuda Kepang
Wednesday, October 15, 2008
RANJAU DAN DURI KE MERCU KUASA
Perjalanan Datuk Seri Najib Tun Razak ke mercu kepimpinan UMNO kelihatan mudah dan tanpa halangan. Buktinya, keseluruhan 28 daripada 191 bahagian UMNO yang telah mengadakan sidang perwakilan masing-masing setakat ini sudah pun mencalonkan Najib ke jawatan Presiden UMNO.
Tetapi, perjalanan Najib ke mercu kekuasaan negara nampaknya masih penuh duri dan ranjau. Contohnya, mulai penghujung 2006, Najib digerhanai persepsi umum yang negatif. Hingga ke hari ini, persepsi umum ini masih belum luntur.
nawawidahalan;
Secara umumnya imej Najib sudah terlalu lama diselubungi dengan persepsi negatif. Bukan perkara baru. Mungkin ada pihak yang mengambil kesempatan ini untuk membongkar dan melambakkan segala pekung yang pernah dan sedang disimpan. Ini tidak mustahil kerana Najib juga tentunya ada musuh politik sama ada dalam parti dan di luar parti.
Musuh politik Najib tentu cuba mengambil peluang terbaik dan mungkin terakhir untuk menguburkan sejarah siasah Najib yang panjang dengan kehinaan dan kemusnahan. Inilah politik yang semua akui sangat kotor dan jijik. Malah tiada erti kawan setia dalam sistem politik yang tidak berTuhan.
Sistem politik demokrasi adalah sistem yang tidak menetukan siapa Tuhan mereka. Jika majoriti rakyat tidak mahu kepada Tuhan, maka tiadalah Tuhan bagi penganut politik ini. Jika majoriti rakyat mahukan Islam, maka mereka pun menjadi jaguh dan pejuang Islam kononnya.
Sebab itu sistem politik demokrasi tidak menentukan Tuhan mereka. Pengamal sistem demokrasi akan menurut agama rakyatnya. Jika majoriti rakyat negara tersebut bukan Islam, pastilah bagi mereka jika mahukan kemenangan perlu meraikan agama rakyatnya. Inilah perangkap sistem demokrasi ala Barat yang diamalkan dalam negara ini.
Jadi Najib tidak perlu risau dengan persepsi negatif. Jika majoriti ahli dan pemimpin UMNO mengamalkan sifat negatif, maka pemimpin yang negatif akan terpilih. Begitu juga jika rakyat sudah suka dan bergelumang dengan perkara negatif sehingga sukar membedakan antara negatif dan positif, harapan pemimpin negatif terpilih amat cerah.
Maka sebab itu pemimpin yang sememangnya hidup dalam kemungkaran tidak berusaha bersungguh-sungguh membenteras kemungkaran, kerana takut hilang pengaruh dan sokongan. Sementara itu jika ada pula pemimpin yang baik tidak mampu menegur penyokong atau peminat yang mungkar kerana khuatir hilang sokongan juga.
Inilah hakikat senario keadaan pemimpin dan penyokong sistem politik demokrasi yang amat kotor dan jijik ini. Mungkinkah sistem yang kotor dan jijik ini mampu melahirkan pemimpin malah rakyat yang baik?
Jelas kepada kita kerosakkan sosial, ekonomi dan politik yang melanda umat manusia ini bukan sekadar faktor manusianya, tetapi juga faktor sistemnya.
Rabu, 2008 Oktober 15
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan