Selepas berlakunya tsunami politik pada Mac 2008, politik tanahair terus bergelora tanpa ada tanda bila akan berakhir.
Seperti tsunami yang melanda Aceh terutamanya, ribuan malah mungkin puluhan ribu gempa susulan pula berlaku di seluruh dunia pada skala kecil mau pun skala besar.
Kita sudah menyaksikan gelora dalam UMNO sehingga membawa kepada penggantian kapten parti. Gelora MCA bertambah bercelaru dan semakin kusut. Gelodak dalam parti PPP belum pun selesai sebenarnya walaupun beritanya sudah tertimbus oleh isu yang lebih sensasi. MIC pula memang meluat dengan sikap presidennya. Gerakan juga tidak mampu mengelak daripada kepincangan dalaman. Komponen BN dari Sabah dan Sarawak juga dipercayai sedang diancam berbagai perbalahan dalaman yang akan meletus bila-bila masa terutamanya hampir pemilihan parti juga sekiranya ada pilihanraya kecil atau pilihanraya negeri. BN yang menjangkau usia 60 tahun semakin ketara keuzuran, tenat dan boleh dikatakan sebagai sedang nazak.
Harapan yang dibawa oleh PR pula dilihat hanya tinggal harapan apabila satu persatu masalah dalaman parti gabungan tidak rasmi PKR, PAS dan DAP menjadi bahan perbincangan dan penilaian umum.
PKR yang menghadapi masalah pertembungan dan kecelaruan nilai, budaya, fahaman dan kepentingan anggota teutamanya kepimpinan menyebabkan banyak berlaku perbalahan dalaman.
PAS pula sebuah parti yang berulang kali berada dalam situasi tersepit, terhimpit dan dalam persimpangan setiap kali mengadakan kerjasama dengan parti lain berhadapan dengan krisis keyakinan ahli terhadap barisan kepemimpinan parti. Pertembungan aliran fahaman tua dengan pendekatan kaum muda semakin menjadi-jadi. Senario ditelan mati emak diluah mati bapak dalam meraih sokongan majoriti umat Islam berbanding minoriti bukan Islam tidak menemukan formula atau jalan keluar yang meyakinkan.
DAP yang lebih konsisten dan komited terhadap gagasan dan wawasan mereka dilihat lebih berjaya menyembunyikan masalah dalaman mereka walaupun tidak dapat dinafikan berlaku macam-macam 'perkara'.
Gabungan PR yang berlaku di atas matlamat bersama menjatuhkan BN dengan masing-masing parti mempertahankan prinsip dan dasar yang bertentangan satu sama lain nampaknya semakin rapuh dan pincang. Benarlah harapan tinggal harapan atau lebih tepat harapan berterbangan bersama angan-angan!
Persoalannya, ke manakah arah tuju politik tanahair?
Rakyat terus dipertontonkan dengan adegan-adegan panas, karut dan tahyul dalam episod gelora politik yang terlalu panjang. Rakyat sudah bosan, kecewa, hilang kepercayaan, marah, benci, tidak peduli dan akhirnya lebih banyak fikir diri sendiri. Nafsi-nafsi. Bila umat Islam terutamanya hidup nafsi-nafsi maka waktu itulah saat kehancuran umat sekalipun kedudukan musuh pada waktu itu juga terlalu lemah.
Harapan sebenar umat hanyalah kepada Tuhan. Tuhan telah menjanjikan akan adanya penyelamat di akhirzaman yang akan menyatukan semula umat Islam seterusnya menaungi dunia dari penzaliman dan penindasan. Imamul Mahdi adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu segenap lapisan. Tetapi sebelum Imamul Mahdi muncul, Putra Bani Tamim terlebih dahulu diangkat sebagai pemimpin yang akan membuka laluan.
Kita yakin episod gelora politik yang sedang ditayangkan adalah merupakan antara intisari skrip Tuhan untuk akhir zaman. Semakin hampir gelaran ikhwan menjadi milik mereka yang berjuang dalam jemaah kebenaran. Kemenangan yang dijanjikan Tuhan sememangnya perlu menempuh berbagai ujian terutamanya ujian keyakinan. Ayuh! Bangunlah wahai pejuang kebenaran yang yakin dengan janji Tuhan untuk hidup mati bersama 'Orang Tuhan'!
Khamis, 2009 November 12
Selasa, 2009 November 10
Kuasa Minda vs Kuasa Politik
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penahanan Dr. Asri mantan mufti Perlis. Kecoh, riuh rendah dan gempar seketika dunia ilmuan, ulama, pentadbir atau pihak berkuasa agama dan gerakan-gerakan Islam samada yang berbentuk NGO maupun parti politik. Tokoh pembangkang dan kerajaan saling membuat ulasan dan tanggapan. Keliru sebentar masyarakat khusus umat Islam di Malaysia.
Dr Asri dalam reaksi balasnya meminta pihak berkuasa agama atau orang yang mempunyai kuasa dalam pentadbiran hal ehwal agama Islam jangan menyekat atau menghalang sesuatu fahaman atau pemikiran melalui kuasa. Beliau juga mendakwa sistem pentauliahan yang diamalkan oleh pihak berkuasa agama sebagai sistem yang ketinggalan, karut malah tiada dalam Islam. Begitulah telatah mantan mufti Perlis yang sering dikaitkan dengan fahaman Wahabi itu dalam usahanya mempertahankan diri.
Yang hairannya pada masa yang sama beliau beria-ia mempertahankan sijil-sijil sebagai bukti kelayakan atau pencapaian beliau yang didakwa oleh setengah pihak sebagai palsu. Apakah sistem sijil yang dibanggakannya itu ada dalam Islam? Apa bezanya sistem sijil dengan tauliah pejabat agama?
Ada pula pihak yang mendakwa jangan cepat menolak atau bertindak jika hanya berbeza pendapat. Perbezaan pendapat memang sering terjadi dalam apa jua perkara. Dalam Islam perbezaan pendapat di kalangan ulama dalam perkara furu' atau cabang memang dibenarkan bahkan membawa rahmat. Tetapi perbezaan dalam perkara pokok terutama aqidah sememangnya tiada kompromi.
Seingat kita, mereka yang berfahaman Wahabi sangat menolak perbezaan pendapat. Pendukung fahaman Wahabi sering membangkit persoalan kilafiah menjadi asas perbincang sehingga dianggap perkara tersebut sebagai persoalan pokok. Perbincangan yang sering kali mengundang polemik seperti persoalan talkin, tahlil, maulid, bacaan qunut, tawasul, istighasah dan sebagainya selalu sahaja diperbahaskan sehingga membawa kepada tuduhan-tuduhan melampau.
Kenapa dalam perkara seumpama itu puak-puak Wahabi ini tidak boleh berlapang dada atau bertolak ansur dengan perbezaan pandangan atau perselisihan pendapat. Sedangkan persoalan tersebut kebanyakannya sudah pun diperbahaskan oleh ulama muktabar secara terperinci dan dengan penuh kasih sayang.
Kes Dr Asri ini mengimbau kembali kita kepada kes Al Arqam. Al Arqam sehingga kepada pengharamannya tidak langsung dapat dibuktikan terlibat dalam melakukan sebarang bentuk kesalahan jenayah. Samada jenayah sivil maupun jenayah agama. Kes Al Arqam adalah kes perbezaan pendapat dan fahaman. Pihak berkuasa agama tertutamanya Pusat Islam kemudiannya Jakim berbeza pendapat dalam beberapa isu seperti tawasul, istighasah, Imam Mahdi, tariqat, mimpi bertemu Rasulullah, yaqazah dan seumpamanya.
Dalam isu Al Arqam, pihak berkuasa agama ternyata tidak mampu berhadapan dengan kekuatan Al Arqam khususunya Ustaz Ashaari (sekarang lebih dikenali sebagai Abuya) dalam menyebarkan pandangan mereka. Jentera dan sistem penyampaian Abuya dan Al Arqam cukup terancang, tersusun, komited dan menyeluruh.
Justeru dalam kes ini jelas pihak berkuasa agama tidak mampu berhadapan kuasa minda Abuya dan Al Arqam. Lalu akhirnya mereka menggunakan kuasa politik untuk menghalang, menyekat dan cuba membunuh kuasa minda Abuya dan Al Arqam. Ternyata hanya jenama Al Arqam yang dapat dimusnahkan. Roh Al Arqam masih segar dan subur dalam minda umat kini.
Apakah kekecohan yang tercetus antara golongan ulama, cendikiawan Islam, pihak berkuasa agama dan mantan mufti ini merupakan salah satu kifarah akibat mubahalah di atas penindasan dan kezaliman mereka? Wallahu'alam.
Mungkin tidak lama lagi Tuhan akan lakukan peristiwa yang lebih menggemparkan umat Islam terutamanya golongan agama!

Khamis, 2009 Oktober 29
Politik vs Siasah
Dalam Islam politik terkandung dalam persoalan siasah. Siasah membawa maksud yang lebih luas berbanding politik apa yang kita faham selama ini. Politik hari ini mumnya difahamkan persoalan berkaitan dengan perjuangan parti khususnya dalam proses pemilihan pemimpin melalui undi. Politik dalaman berkaitan hal dalaman parti, manakala politik nasional pula perkara yang berkaitan dasar, sikap, perjuangan dan aktiviti parti yang melibatkan masyarkat umum. Pada umumnya begitulah yang kita faham tentang perkataan politik.
Siasah menurut Islam mudah tetapi menyeluruh. Siasah bermaksud tadbir. Mentadbir apa jua hal kehidupan bermula dengan mentadbir diri, keluarga, masyarakat, negara seterusnya alam sejagat. Mentadbir aktiviti kehidupan seperti ekonomi, pendidikan, pertanian, kebudayaan, kesenian, kesihatan, perniagaan, perhubungan, kemasyarakatan, kebajikan, penerbitan, hiburan dan apa jua aktiviti kecil atau besar yang semuanya perlu ditadbir atau perlu ada pentadbiran.
Matlamat pentadbiran dalam Islam adalah agar semua perkara yang ditadbir itu kembali kepada kehendak Tuhan atau lebih mudah lagi kembali tunduk dan patuh pada kehendak Allah swt Tuhan yang menjadi, memiliki dan mentadbir seluruh alam ini. Tuhan tidak perlukan kepada faedah daripada semua pentadbiran tersebut melainkan manaafatnya akan kembali kepada manusia selaku khalifah di muka bumi ini. Manusia akan hidup berpadu, berkasih sayang, harmoni, tenang dan bahagia. Itulah buah atau natijah daripada pentadbiran dalam Islam.
Jika politik atau siasah atau pentadbiran dalam Islam difahami dan dihayati hampir mustahil orang politik akan bergaduh dan bercakaran sesama sendiri. Lebih-lebih lagi jika politik tersebut didakwa politik Islam. Sejarah telah memaparkan terutamanya dalam masyarakat yang berada dalam lingkungan tiga ratus tahun atau tiga kurun yang dijamin Rasulullah saw, kisah pergolakan dalam pentadbiran atau politik waktu tersebut terlalu minima. Jika ada pun berlaku hanya disebabkan istihadulfikri yang mudah diselesaikan dalam masa yang singkat.
Kenapa dalam dunia politik masa ini sering berlaku pergaduhan, percakaran, pertembungan, perbalahan, persengketaan, cantas mencantas, tikam belakang, kawan makan kawan, perpecahan seterusnya sehingga pembunuhan?
Kenapa wujud suasana bercelaru dan haru biru dalam kita nak melaksanakan satu pentadbiran bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kebahagian hidup kepada masyarakat semenjak dunia mengguna pakai sistem politik terkini?
Dalam Islam urusan pentadbiran atau jawatan dalam pentadbiran bukanlah sesuatu yang menjadi rebutan dan hambatan samada secara individu maupun berkelompok. Masyarakat Islam zaman salafusoleh iaitu sepanjang tigaratus tahun sekitar Rasulullah saw sangat bimbang dengan jawatan dan banyak tokoh yang besar-besar telah menolak untuk menerima jawatan yang mahu diberikan walaupun mereka memang layak menerimanya. Mereka terlalu cemas memikirkan akibat dan kesan daripada bebanan amanah yang terlalu berat samada di dunia ini apatah lagi bila di Akhirat kelak. Inilah sikap sebenar orang yang layak atau patut menerima amanah dalam urusan pentadbiran terutamannya mentadbir sebuah negara.
Berbeza dengan politik kepartian dan politik pilihanraya ahli politik dan penyokong parti berebut-rebut jawatan dan kuasa dengan dakwaan mereka lebih layak dan patut menguasai pentadbiran tidak kira pentadbiran dalam parti maupun pentadbiran negara. Inilah punca mereka sering atau sentiasa bercakaran, bertentangan, hentam-menghentam, cantas mencantas, berbalahan dan ada ketikanya sehingga sanggup berbunuhan. Kenyataan yang kita saksikan pergaduhan atau persengketaan dalaman parti biasanya lebih parah berbanding antara parti-parti. Perpecahan di kalangan ahli parti dilihat lebih hebat kesannya kepada masyarakat berbanding perpecahan atau perbalahan antara parti.
Sebagai contohnya pertembungan antara DAP dengan UMNO sejak dulu belum pernah menyaksikan berlaku peristiwa besar di peringkat nasional berbeza dengan perpecahan dalam UMNO sewaktu krisis Tengku Razaliegh dengan Tun Dr Mahathir dan juga krisis Dato' Seri Anwar Ibrahim. Ini sangat menghairankan kerana ahli politik bergaduh sesama mereka lebih buruk walaupun dalam satu parti dan satu fahaman sedangkan mereka mendakwa mampu menyatukan masyarakat luar yang berpegang kepada berbagai kefahaman, keyakinan dan aliran kehidupan.
Dalam Islam kriteria utama seorang pemimpin ialah adil. Adil dalam dirinya iaitu sangat menjaga dan memelihara hukum Allah dalam kehidupan sehariannya hatta tidak melakukan perkara fasik sekali pun. Antara contoh perbuatan fasik bagi lelaki ialah tidak menutup kepala semasa keluar rumah atau memakai pakaian yang menyerupai pakaian tradisi orang bukan Islam seperti memakai tali leher. Adil dalam rumahtangga dan keluarga. Sebab itu kebanyakan tokoh Islam terutamanya Khalifah ArRasyidin mereka mengamalkan poligami. Lelaki yang berpoligami sahaja terbukti mampu adil dalam rumahtangga dan berjaya mendidik dan mentadbir wanita. Jika dalam rumahtangga sudah gagal sudah tentu tidak layak untuk mentadbir masyarakat. Inilah kayu ukur asas dan mudah menurut Islam dalam memilih pemimpin tidak kira peringkat mana sekali pun.
Daripada rumusan ringkas ini fahamlah kita kenapa buah atau natijah daripada sistem politik masa kini dengan siasah Islam jauh berbeza seperti langit dengan bumi. Secara ringkasnya perbezaan dasar, matlamat dan pendekatan sahaja pun sudah cukup untuk menjawab persoalan ini.
Persoalan yang jarang diperkatakan adalah faktor pemimpin dan janji Tuhan. Sebenarnya kemelut politik atau dunia hari ini ada kaitan dengan pemimpin dan janji Tuhan pada setiap zaman. Kita percaya kerosakan menyeluruh yang terjadi dalam sistem kehidupan pada masa ini terutamanya persoalan politik hanya akan mampu diselesaikan atau diselamatkan oleh pemimpin yang Tuhan datangkan bersama pakej janji-janji Tuhan yang sedang dan akan berlaku di zaman ini.
Kemusnahan politik Barat dan kembalinya siasah Islam sebenar akan berlaku tidak lama lagi berdasarkan perkembangan yang sedang kita sama-sama saksikan. Yakinlah kebenaran yang Tuhan janjikan pasti berlaku dan ianya sudah terlalu hampir.

Jumaat, 2009 Oktober 23
Peliknya wanita
Kebiasaannya wanita berbangga jika suami mereka diangkat menjadi pemimpin samada pemimpin kecil apatah lagi pemimpin besar atau pemimpin utama. Kadang-kadang jika suami dilantik jadi ketua di pejabat atau ketua kampung pun dah kembang-kembang hati isteri. Fitrah Allah jadikan kepada wanita berbanggajika suami sebagai pemimpin.
Tapi yang peliknya kebanyakan isteri tidak menjadikan suami mereka sebagai pemimpin yang wajib ditaati, dipatuhi, tunduk, hormat dan kasih kepadanya. Sering terjadi di dalam rumah tangga isteri ghairah menguasai suami sekali gus hilang ketaatan, kepatuhan, tunduk, hormat dan kasih sayang kepada suami.
Kebanyakan para isteri hanya merasa kasih terhadap suami selagi kepentingan diri mereka tidak terjejas. Jika kemahuan dan kepentingan mereka tercabar atau dicabar, maka hilanglah kasih sayang terhadap suami sebaliknya terlalu mudah untuk meningkari dan mengkhianati suami. Inilah situasi yang sering berlaku dalam rumahtangga bila mana isteri tidak menjadikan dan meletakkan suami mereka selaku pemimpin pada setiap masa dan keadaan.
Jika para isteri berbangga bila suami menjadi pemimpin kepada orang lain kenapa tidak bersyukur suami menjadi pemimpin dalam keluarga terutamanya kepada isteri sendiri dengan menunjukkan rasa taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih kepada suami sekali pun pada ketika di mana kepentingan diri tercabar?
Justeru bukan mudah bagi wanita yang jika di dalam hati mereka belum benar-benar merasa berTuhan untuk taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih pada suami mereka. Lebih-lebih lagi jika lelaki yang menjadi suaminya terdapat kelemahan di mana-mana pada mata dan hati mereka. Sedangkan suami yang soleh pun masih dipertikaikan oleh para isteri, inikan pula suami yang toleh (jahat, fasik) lebih-lebih lagi menjadi sasaran kepada amukan sembilan nafsu wanita. Hanya lelaki yang luarbiasa sahaja mampu menjinakkan hati dan nafsu wanita untuk taat, patuh, tunduk, hormat dan kasih terhadap suaminya.
Pada masa ini Abuya Ashaari sedang memproses para isteri supaya kembali kepada kedudukan asal mereka selaku isteri dan mengangkat para suami sebagai pemimpin yang selayaknya sepertimana yang telah ditetapkan oleh Allah swt bahawa lelaki itu mengatasi kaum wanita. Proses yang luarbiasa ini sedang dilakukan untuk melahirkan para isteri role model yang mereka itu sangat mentaati, mematuhi, tunduk, hormat dan terlalu kasih kepada suami masing-masing sekalipun hidup berkongsi suami. Ini adalah antara kekuatan luarbiasa yang menjadi bukti atau salah satu tanda terhadap kebenaran bahwa Abuya merupakan pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan di zaman ini sebagaimana selayaknya digelar Sohibuzzaman yakni penguasa zaman!

Selasa, 2009 Oktober 13
Kenapa PAS tidak dibantu?
Terlebih dahulu memohon maaf jika analisa dan apa jua pandangan berdasarkan tajuk di atas menyinggung khususnya pemimpin, ahli dan penyokong PAS. Tetapi jauh dari di sudut hati setiap mereka yang mengharapkan Islam terbela pasti akan sedikit sebanyak terkesan dengan prestasi dan reputasi PAS dahulu, semasa dan akan datang.
Setelah PAS kalah atau lebih tepat tertewas di DUN Bagan Pinang, maka ada baiknya kita cuba membantu dari sudut masing-masing untuk mengembalikan kekuatan dan keutuhan sebenar perjuangan Islam atau perjuangan kebenaran jika yang demikian itulah kedudukan sebenar perjuangan PAS.
Selepas membaca dan mengikuti ulasan juga analisa politik dari pelbagai pandangan tokoh-tokoh berhubung kekalahan PAS khususnya belum ada yang menyentuh mengenai kegagalan PAS disebabkan kegagalan dalam mendapatkan bantuan Allah untuk menang pada setiap pertarungannya.
Perjuangan Islam walau bagaimana hebat sekali pun pejuangannya, anggota-anggotanya, peralatan serta kelengkapannya, persenjataan, strategi, teknik dan taktik itu semua adalah usaha lahir semata-mata yang tidak memberi kesan apa-apa melainkan dengan izin Allah jua. Keizinan Allah bahkan pertolongan Allah adalah faktor kemenangan utama dalam perjuangan Islam atau lebih tepat perjuangan kebenaran.
Allah menjanjikan kemenangan dan kejayaan kepada perjuangan kebenaran adalah berdasarkan kekuatan taqwa. Sementara kemenangan dan kejayaan kepada perjuangan selain perjuangan kebenaran adalah atas dasar 'quwwah' iaitu kekuatan lahir atau usaha ikhtiar.
Sebagai perbandingannya, jika perjuangan kebenaran mempunyai kekuatan taqwa yang solid daripada pejuangnya, usaha ikhtiar yang sekadarnya pun mampu mengalahkan perjuangan kebatilan yang memiliki berganda-ganda lebih hebat kekuatan lahir mereka. Ini terbukti dalam hampir setiap peperangan di zaman Rasulullah dan para sahabat. Kebanyakan peperangan yang dilancarkan oleh baginda Rasulullah saw adalah terdiri daripada perajurit yang lebih kecil jumlahnya berbanding bilangan musuh. Bukan sekadar bilangan tentera Islam jauh lebih kecil tetapi kelengkapan dan keperluan untuk peperangan juga jauh lebih lemah dan serba kekurangan berbanding tentera musuh.
Semasa perang Hunain bilangan tentera Islam masih kurang berbanding tentera musuh tetapi nisbahnya tidak begitu besar. Dalam Al Quran diceritakan bahawa peperangan Hunain menjadi iktibar apabila tentera Islam gagal mencapai kemenangan yang gemilang walau pun kekuatan lahirnya hampir sama dengan kekuatan musuh adalah kerana sudah ada antara para sahabat yang merasa yakin bahawa kemenangan akan memihak kepada mereka berdasarkan kekuatan lahir sehingga hampir terlupa bahawa kemenangan-kemenangan sebelumnya adalah atas faktor bantuan Allah kerana kekuatan taqwa.
Allah menegaskan dalam firman Nya yang bermaksud, "Tidakkah kamu lihat (sebelum ini) betapa golongan sedikit dapat mengalahkan golongan yang lebih besar dengan izin Allah..."
Kepada PAS marilah kita koreksi kenapa perjuangan kita tidak mendapat pertolongan Tuhan?
Syaidina Umar pernah berpesan kepada tentera-tenteranya dengan berkata yang membawa maksud lebih kurang begini, " Aku lebih takut dosa-dosa kalian daripada musuh-musuh kerana jika kalian berdosa maka Allah akan biarkan kalian dikalahkan oleh musuh sebagai balasan terhadap dosa kalian. Tetapi jika kalian menjaga diri dengan bertaqwa, nescaya Allah akan mengalahkan musuh-musuh Nya juga merupakan musuh-musuh kalian dan memberikan kemenangan kepada kalian."
Nah inilah prinsip asas dan utama atau amanat yang paling penting kepada tentera atau pejuang-pejuang kebenaran demi menagih kemenangan yang dijanjikan Allah kepada perjuangan kebenaran. Selagi PAS yakin dan mempertahankan bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan kebenaran maka jalan ini perlu ditempuh dan dijadikan agenda utama setiap masa dalam perjuangannya.
Penekanan kepada setiap anggota betapa pentingnya sifat taqwa diusahakan sungguh-sungguh untuk menjadi pakaian setiap peribadi adalah langkah yang wajar selagi PAS benar-benar ingin memperjuangkan Islam agar didaulatkan di muka bumi ini. Tetapi sebaliknya jika perjuangan PAS sekadar untuk memenangi pilihanraya, maka saranan mengusahakan taqwa perlulah dikesampingkan sebaliknya tumpukanlah kepada usaha-usaha untuk memenuhi kemahuan-kemahuan pengundi samada mereka yang sedia tunduk mau pun mereka yang mengingkari Tuhan!

Sabtu, 2009 Oktober 10
KAYA HATI KAYA YANG HAKIKI
Orang yang kaya hati dikatakan juga kaya roh atau kaya jiwa. Manusia
sibuk mencari kekayaan wang ringgit dan harta benda tetapi kurang
berminat untuk mengkayakan hati, roh atau jiwa mereka. Sebenarnya kaya
hati ialah kaya yang hakiki. Tidak ada lagi kekayaan yang boleh
mengatasi kaya hati. Kalau hati sudah kaya, maka kekayaan akan dirasai
di mana-mana dan dalam apa jua keadaan. Orang yang kaya wang ringgit dan
kaya harta benda boleh jatuh miskin dan papa kedana bahkan boleh jatuh
muflis atau bangkrap. Tetapi orang yang kaya hati akan tetap kaya
selama-lamanya.
Bagi orang yang kaya hati, ada harta atau tidak ada harta, ada kekayaan
atau tidak ada kekayaan, sama sahaja padanya. Kaya atau miskin tidak
menyusahkan hatinya dan tidak menggugat jiwanya. Sama ada dia dipuji
atau dikeji, dimuliakan atau dihina, sama sahaja baginya. Dia tidak
merasa bangga dan tidak pula berkecil hati atau cacat hatinya.
Orang yang kaya hati, imannya kuat. Keyakinannya kental. Akhirat adalah
matlamatnya. Dengan dunia ini, ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.
Bagi orang yang kaya hati, dunia ini suatu yang mudah. Dia merasa cukup
dan puas dengan apa yang ada. Banyak atau sedikit serupa sahaja.
Orang yang kaya hati merasa cukup dengan Tuhan. Dia merasa kaya dengan
Tuhan. Kalau dunia dan harta ada di tangan, dia susah hati kerana ini
bererti tanggungjawab yang berat terhadap agama dan masyarakat yang
perlu dipikul. Dia takut kalau-kalau tanggungjawab itu tidak dapat
dilaksanakan. Kalau harta itu dapat diberi kepada orang yang memerlukan
dan dapat dikorbankan ke jalan Allah, maka terhibur jiwanya dan lapang
dadanya. Kalau ini tidak dapat dilakukan maka susah hatinya. Harta dan
dunianya di tangan tetapi tidak di hati. Kalau dunia dan harta tidak
dimiliki, senang hatinya kerana tanggungjawabnya ringan.
Dia tenang dengan ujian dan kesusahan. Dia tidak digugat oleh hal-hal
dunia yang menimpanya sama ada yang berbentuk nikmat dan kesenangan
mahupun yang berbentuk ujian dan kesusahan. Dunianya tidak dapat
melalaikannya dari Tuhan dan dari tanggungjawabnya.
Orang yang kaya hati tidak merasa `inferiority complex' atau
hina diri dengan orang kaya atau raja, orang cerdik pandai, orang yang
berkuasa dan sebagainya. Dia memandang semua manusia semuanya setaraf
sahaja. Pada dia, martabat manusia diukur mengikut iman dan taqwanya dan
bukan dengan ukuran dunia.
Orang yang kaya hati, kalau mereka kaya harta, ramai orang boleh
menumpang dan mendapat manfaat dari kekayaannya. Dia tidak merasakan
kekayaan itu miliknya dan oleh itu mudah baginya membelanjakannya. Fakir
miskin terbela, orang susah dibantu, orang yang memerlukan diberi, dan
orang yang berhutang diselesaikan hutangnya. Dia menjadi `bank'
kepada masyarakat.
Benarlah bahawa kaya dan miskin itu hanya istilah semata-mata yang
berbeza maksudnya mengikut orang yang menuturkannya. Ada orang merasakan
bahawa kaya itu bermaksud mempunyai banyak harta kekayaan dan miskin itu
tidak mempunyai apa-apa. Ada pula yang faham bahawa kaya itu bermaksud
tidak mahu dan tidak memerlukan sesuatu apa pun walaupun tidak mempunyai
apa-apa dan miskin itu bermakna memerlukan kepada sesuatu walaupun
setengah dunia telah menjadi hak miliknya. Allah itu disebut Maha Kaya.
Ini bermakna Allah tidak memerlukan kepada sesuatu apa pun. Allah Maha
Kaya dari memerlukan sesuatu.
Dengan definisi ini, kalau seseorang manusia itu hatinya sudah tidak
terpikat dan tidak mahukan lagi kekayaan dunia ini, maka kayalah dia
walaupun dia tidak punyai apa-apa. Tetapi kalau seseorang manusia itu
memiliki setengah dunia ini dan dia masih mahukan dan gilakan yang
setengah lagi, maka dia tetap miskin kerana dia masih dalam keadaan
memerlukan.

Selasa, 2009 September 29
Jatuh Setandan
Kemelut politik tanahair nampaknya berterusan, semakin rumit dan kompleks. Rakyat biasa semakin meluat dan hilang keyakinan kepada parti memerintah atau parti pembangkang samada di pusat mau pun di negeri-negeri.
Sebahagian penyokong parti-parti yang semakin banyak di arena politik pilihanraya di negara ini sudah bertambah tawar hati dengan pemimpin-pemimpin mereka. Membosan dan membingungkan dengan gelagat atau politiking yang semakin mengarut dan melalut dari semasa ke semasa.
Pegeseran dan perselisihan antara pemimpin dalam parti-parti politik sudah tidak dapat disembunyikan lagi dari pengetahuan umum. Mereka yang bercakaran sesama sendiri kerana pengaruh, kuasa dan kepentingan tersembunyi tidak dapat menahan perasaan yang terpendam lalu memuntahkan kepada khalayak. Selama ini mereka mendabik dada mampu menyelesaikan masalah jika diberikan kuasa dilihat semakin menambah masalah sementara masalah yang sedia ada pula gagal dan tidak mampu untuk dirawat.
Pemimpin-pemimpin politik sejak dulu hingga sekarang dilihat lebih banyak menimbulkan masalah samada berbentuk peribadi atau pun menyentuh kepentingan umum. Ini membuktikan sistem politik sedia ada tidak berjaya melahirkan pemimpin yang berkualiti. Jika ada pun pemimpin politik yang baik dan berprinsip itu bukan dicipta atau dilahirkan oleh sistem politik sedia ada. Ini adalah kerana latar belakang pendidikan, asuhan, bimbingan, keluarga, ilmu, pegangan dan keyakinan peribadi pemimpin tersebut yang dibentuk di luar sistem politik tetapi mereka kemudiannya menceburi bidang politik.
Maka apa yang kita dapat faham bahawa sistem politik Barat yang terbukti jauh terpesong daripada kebenaran ini, sebenarnya gagal melahirkan pemimpin yang berkualiti sebaliknya sudah menjadi kebiasaan pula kita lihat sistem politik inilah yang merosakkan peribadi pemimpin walau pun sebelumnya itu dia adalah seorang yang berkualiti.
Sebab itu sebelum terlambat kepada mana-mana ahli politik, penyokong parti politik atau penganut fahaman politik yang masih ada ruang hati terbuka agar meninggalkan kepercayaan dan kebergantungan kepada sistem yang semakin menuju kehancuran dan kepupusan ini.
Sebenarnya masalah politik yang sedia ada dan semakin mencengkam hidup masyarakat bukanlah kerana kesalahan pemimpin politik semata-mata tetapi yang paling jelas adalah kesilapan dan kerosakan akibat daripada sistem yang direka dan dicipta oleh akal manusia terutamanya akal manusia yang telah menolak kewujudan dan sistem daripadaTuhan.
Jadi jika kerosakan ini ingin diperbaiki sekadar dengan menukar pemimpin tetapi pemimpin yang baru itu masih dilahirkan daripada sistem politik sedia ada maka sudah tentu tidak membawa apa-apa kejayaan dan kemungkinan besar akan bertambah buruk berdasarkan seperti apa yang sedang kita saksikan sekarang.
Setiap perubahan mesti ada pemimpin. Pemimpin adalah faktor penentu kepada perubahan untuk kejayaan dan kebaikan. Oleh kerana pentingnya pemimpin untuk memimpin satu perubahan menyeluruh maka pemimpin tersebut mestilah yang benar-benar berkualti, berwibawa, mempunyai kekuatan minda, ilmu, strategi, pendukung, sistem dan akhirnya 'power' yang luar biasa. Hanya pemimpin yang lahir daripada sistem Tuhan mampu melakukan perubahan yang sangat diharap-harapkan oleh semua manusia pada ketika ini termasuk pemimpin-pemimpin yang sedang bergelut dengan 'dosa-dosa' mereka.
Tunggulah masanya semua sistem dan pemimpin-pemimpin yang berada dalam sistem karut ini jatuh berguguran bersama-sama. Mereka pasti akan jatuh setandan, hempap menghempap antara satu sama lain tidak lama lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)